Saturday, 20 October 2018

6 Punca Lelaki Tidak Subur Yang Perlu Diambil Tahu Oleh Para Suami

Tahukah anda apakah punca lelaki tidak subur? Adakah para suami ambil tahu mengenai punca-punca ini? Perkara ini amat penting diketahui oleh pasangan yang belum dikurniakan cahayamata setelah lebih setahun berkahwin. Jom kenali punca-punca tersebut.



Sekarang ni, ramai je para suami yang mempunyai masalah kesuburan tapi takut atau malu untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan bagi menceritakan masalah mereka. Tuan-tuan dan encik-encik tak sepatutnya bersikap begini, anda mesti segera untuk berjumpa dengan doktor bagi menyelesaikan masalah anda.

Jika sudah lebih daripada 1 tahun anda kerap bersama dengan isteri tanpa melakukan sebarang tindakan yang boleh menghalang si isteri untuk hamil tetapi si isteri tetap juga belum hamil, ini bermakna pasangan ini perlu segera berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca mengapa perkara ini terjadi. Kali ini saya akan kongsikan tentang punca bagi pihak suami.


Apakah Punca Lelaki Tidak Subur?


1) Saluran Sperma Tersumbat.

Suami atau lelaki tersebut mungkin mengalami masalah saluran yang membawa sperma tersumbat. Akibat daripada sumbatan ini, ia boleh menghalang sperma daripada bercampur dengan air mani. Bagaimana sumbatan ini boleh terjadi? Ia boleh terjadi akibat jangkitan, kecederaan atau sememangnya beliau dilahirkan dengan keadaan sedemikian.

Organ Pembiakan Lelaki

Masalah sumbatan ini boleh diatasi dengan cara pembedahan. Oleh sebab itu, suami isteri yang mempunyai masalah ketidaksuburan ini perlu berjumpa Dr untuk mengetahui langkah seterusnya yang boleh diambil.

Seseorang lelaki yang telah membersihkan saluran sperma yang tersumbat mempunyai 50% hingga 75% peluang untuk subur semula setelah sumbatan itu dibersihkan.


2) Masalah Sperma Yang Tidak Tetap

Masalah berkaitan sperma yang tidak normal ni memang kerap berlaku. Sperma lelaki boleh jadi terlalu kurang, bentuk yang tidak normal, pergerakan yang tidak betul dan mungkin juga sukar bergerak.

Untuk masalah ini, para suami boleh mengambil ubat subur atau membuat rawatan kesuburan seperti:

i- Mengambil ubat ganadotrophins:

Ubat kesuburan yang amat membantu jika suami anda tidak dapat menghasilkan apa-apa sperma.


Selain itu, jika anda ingin mengambil suplimen yang semulajadi dan selamat untuk membantu menghasilkan sperma yang berkualiti, anda boleh mengambil CoQtrol Plus dan Zinc Plus Shaklee. Bacaan lanjut mengenai fungsi Coqtrol dan Zinc Plus untuk atasi masalah ketidaksuburan, boleh baca di sini.



ii- Membuat Rawatan IUI:

Rawatan inseminasi dalam rahim dengan sperma suami anda.

iii- Suntikan Sperma (ICSI):

Membuat rawatan suntikan sperma.


3) Masalah pancutan (ejakulasi)

Punca utama suami tidak subur juga mungkin berlaku disebabkan pancutan suami yang tidak tepat (sperma tidak bergerak dengan baik), atau mungkin spermanya tertinggal atau ternaik dalam pundi kencing.



Masalah ini dapat diatasi dengan berjumpa Dr untuk mendapatkan rawatan dan juga mengambik ubat kesuburan atau suplimen-suplimen tertentu.


4) Penggunaan Minyak dan Ubat-Ubatan


Seorang suami yang kerap mengambik ubat-ubatan juga boleh menjadi punca kepada ketidaksuburan beliau. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberi kesan kepada ketidaksuburan sperma atau yang boleh menyebabkan sperma rosak.


Elakkan Pengambilan Ubat Yang Berterusan


Antara ubat-ubat yang perlu diawasi ialah seperti:

a) Ubat antibiotik
b) Sesetengah ubat yg diambil utk masalah
darah tinggi.
c) Ubat untuk rawatan ulser
d) Steroid


5) Masalah Hormon Testosteron Yang Rendah

Ada pendapat menyatakan bawah penurunan jumlah sperma juga adalah disebabkan oleh kadar hormon testosteron yang rendah. Apakah itu hormon testosteron? Testosteron adalah hormon yang dihasilkan oleh kaum lelaki dalam testis dan kelenjar adrenal.

Kadar testosteron yang tinggi dapat mempengaruhi kesuburan lelaki yang berkait dengan gubunga seksual dan juga dapat meningkatkan fungsi organ reproduksi. Kadar testosteron bagi seorang lelaki mencapai kemuncak pada usia 40 tahun dan akan makin menurun selepas itu.

Jadi untuk memastikan kadar testosteron anda tidak menurun sebelum tiba masanya, faktor pemakanan paling penting kena kawal.


6) Penyakit Fizikal

punca lain kepada masalah ketidaksuburan lelaki juga adalah disebabkan oleh penyakit fizikal yang dialami oleh seseorang individu. Antara penyakit yang boleh menyebabkan masalah infertiliti ini ialah seperti darah tinggi, kencing manis dan seumpamanya. Oleh sebab itu, semua lelaki mesti menjaga kesihatan diri dengan baik bagi menghindari penyakit-penyakit ini. \


Pengambilan Suplimen

Selalunya kaum lelaki atau suami amat susah untuk mengamalkan suplimen sebagai amalan harian mereka. Namun, bagi para suami yang mengalami masalah ketidaksuburan ini, anda mestilah konsisten mengambil vitamin dan pastikan vitamin yang diambil adalah semulajadi, selamat dan bebas bahan kimia merbahaya.

Dalam Shaklee, terdapat beberapa suplimen yang boleh diamalkan osetiap hari bagi meningkatkan kesuburan dan kualiti sperma iaitu Set Lelaki Sejati. Set ini terdiri daripada CoQtrol, Omega Guard, Zinc dan Vitamin E. Untuk bacaan lanjut mengenai fungsi vitamain-vitamin ni, boleh rujuk di sini.



Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, dan berminat untuk membeli Set Lelaki Sejati ini, boleh terus klik link di bawah. Anda juga boleh wassap saya di talian 013.4517098 @ wassap terus ke link berikut ( www.wasap.my/0134517098/set+kesuburan+lelaki ).



Untuk sebarang pertanyaan lain mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 18 October 2018

Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki Agar Kuantiti dan Kualiti Sperma Bertambah

Tahukah anda bahawa ada cara untuk tingkatkan kesuburan lelaki? Dan tahukah anda cara ini juga dapat tingkatkan kuantiti dan kualiti sperma? Kalau nak tahu, jom baca artikel ini selanjutnya.



Biasa kita dengar, jika sepasang suami isteri yang dah lama berkahwin tapi belum dikurniakan cahayamata, pasti ramai yang mengata si isteri yang tidak subur, mandul atau seumpamanya. Tidak ramai yang sedar bawah lelaki juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan ini.

Sebenarnya, suami isteri yang masih belum dikurniakan cahayamata ini perlu mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Kedua-duanya perlu segera berjumpa Dr untuk membuat rawatan kesuburan.


Jalani Rawatan Kesuburan

Rawatan ini bertujuan untuk mengetahui punca atau sebab ketidaksuburan berlaku. Salah satu daripada rawatan yang boleh dilakukan adalah pemeriksaan analisis sperma.




Dengan pemeriksaan analisis sperma, seseorang pasangan boleh mengetahui volume jumlah sperma, bentuk (morfologi), pencairannya (likuifaksi), jumlah sel sperma per milliliter (mml), gerakan sperma (motilitas), PH, jumlah sel darah putih (leukosit), dan kadar fruktosanya (gula).



Sperma Normal dan Tak Normal


Saya nak kongsikan kisah benar yang terjadi kepada rakan saya seperti yang diceritakan beberapa hari yang lalu. Beliau dan suami telah berkahwin kira-kira 5 tahun yang lalu tetapi masih belum dikurniakan cahayamata.



Hasil pemeriksaan yang dilakukan bersama Dr Pakar Sakit Puan, doktor mendapati si isteri tidak mengalami sebarang masalah kesuburan dan tiada masalah untuk hamil. Namun, bila dilakukan ujian analisis sperma sang suami, doktor mendapati terdapat beberapa masalah terhadap sperma suami.





Hasil Ujian Analisis Sperma Kali Pertama

Ujian analisis sperma kali pertama dijalankan pada bulan 26 Jun 2018, bilangan sperma suaminya hanyalah 35 sahaja manakala tahap motility sperma hanyalah 30% sahaja. Bilangan sperma yang amat sedikit boleh mengurangkan potensi si isteri untuk hamil.


Hasil Ujian Kali Pertama


Apa Itu Motility?

Motility adalah tahap pengukuran bagi menentukan berapa peratus sperma yang boleh bergerak secara normal. Pengukuran tahap motility ini adalah amat penting bagi mengenalpasti sama ada sperma sang suami adalah normal atau bermasalah. Sperma yang normal ialah apabila tahap motility sperma tersebut mencapai sekurang-kurang 50%.


Hasil Ujian Analisis Sperma Kali Kedua

Sang suami berjumpa doktor semula pada 1 Oktober 2018 untuk menjalani ujian analisis sperma kali kedua. Hasil ujian kedua ini amat memeranjatkan doktor dan juga pasangan suami isteri rakan saya ini.


Keputusan Ujian Kedua


Apa taknya, bilangan sperma telah melonjak naik dari 35 sahaja menjadi 97000 bilangan sperma! Wow hebat sangat ni sehinggakan doktor pun terkejut dan merisik-risik apakah suplimen yang diamalkan oleh sang suami. Dalam masa 3 bulan lebih sahaja, bilangan sperma naik mendadak sebegini.




Manakala tahap motility sperma pada ujian kedua juga turut meningkat daripada hanya 30% pada ujian pertama kepada 85% pada ujian kedua! Fuhh! Ini memang betul-betul teruja tau.


Apa Suplimen Yang Wajib Diamalkan Oleh Suami

Salah satu cara yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan lelaki ialah dengan pengambilan vitamin. Sama seperti suami kawan saya tadi. Antara vitamin yang amat baik untuk meningkat bilangan dan kualiti sperma ialah:


1) CoQTrol

CoQTrol mengandungi Coq10 yang amat baik untuk menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 juga dapat membantu meningkatkan kualiti sperma dengan peningkatan bilangan sperma yang sihat serta meningkatkan pergerakan sperma.




Fungsi CoQ10 dalam CoQtrol






2) Zinc Plus

Pengambilan Zinc yang mencukupi dapat menghasilkan sperma yang kuat.






3) Vitamin E

Amat bagus diamalkan oleh kaum lelaki untuk meningkatkan kesuburan.




4) Omega Guard

Omega Guard amat baik untuk pembentukan sperma yang sihat dan berkualiti.




Selain itu, kaum lelaki juga boleh amalkan Multivitamin Vitalea, Vitamin C dan B Complex untuk melengkapkan lagi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Jika anda seorang suami atau suami anda mempunyai masalah seperti di atas dan ingin mendapatkan vitamin-vitamin yang dinyatakan, boleh membuat pembelian secara online dengan hanya klik butang di bawah. Anda juga boleh terus berhubung dengan saya di talian 013-4517098. InsyaAllah saya akan memberikan konsultasi terbaik buat anda.




Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 17 October 2018

6 Bahaya Stres dan Cara Atasinya Dengan Mudah dan Selamat

Sekarang ni ramai sangat rakyat Malaysia yang alami tekanan atau stres. Tahukah anda apakah bahaya stres? Apakah yang akan terjadi jika stres dibiarkan berlarutan? Nak tahu cara atasi stres dengan selamat? InsyaAllah dalam artikel ni akan saya kongsikan bahaya stres dan cara atasinya dengan selamat.




Menurut Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye, menjelang tahun 2020 dijangka makin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah stres akibat tekanan kerja dan keluarga. Stres atau depresi bakal menjadi penyakit kesihatan mental utama bagi rakyat Malaysia.


Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas menujukkan 29 peratus rakyat Malaysia mengalami depresi atau stres dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus pada 2011. Kajian oleh pakar berhubung kadar stres dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 50 peratus pesakit depresi dari 2011 sehingga  2015.


Adakah Stres Ini Bahaya?

Mungkin ramai yang beranggapan stres ini hanyalah masalah kecil tetapi sebenarnya ia membawa bahaya yang lebih besar jika tidak di tangani dengan baik. Sehinggakan dalam keadaan atau situasi tertentu ia boleh membawa maut.

Jom kita tengok 6 bahaya stres yang boleh dihadapi oleh seseorang:

1. Sakit Kepala Yang Teruk

Orang yang menghadapi masalah stres akan mengalami sakit kepala yang bersangatan sehingga membawa ke leher.

2. Penyakit Jantung




Stres juga boleh mengganggu sistem arteri dalam badan kita yang mana ia boleh membawa kepada penyakit jantung. Jika tidak dikawal, ia mempunyai risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat.

3. Mengganggu Sistem Penghadaman dan Ketidakselesaan pada perut


Stress yang kronik akan mengganggu sistem penghadaman kita. Akibat daripada ini, kita akan menghadapi simptom-simptom seperti makanan susah untuk dihadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit. Sekiranya kita menghadapi simptom seperti ini, pastinya akan mengurangkan kualiti hidup kita dan keluarga.

4. Sistem Imun Menjadi Lemah

Stres yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit. Stres yang berlarutan akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan penyakit kulit yang teruk.

5. Insomnia

Stres juga dapat membuat seseorang mengalami susah tidur (insomnia). Insomnia boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur atau hanya dapat tidur sekejab dan telah menyebabkan kualiti tidur makin berkurangan.

Seseorang yang mengalami imsomnia, akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kurang segar. Daya konsentrasi dan kemampuan berfikir pun ikut terpengaruh. Insomnia yang diakibatkan stres membuat seseorang mengalami hipertensi, kelainan jantung dan penyakit kencing manis. 

6. Mudah lupa dan hilang tumpuan.

Seseorang yang mengalami stres juga boleh menyebabkan beliau menjadi seorang yang mudah lupa dan hilang konsentrasi. Disebabkan tekanan yang beliau hadapi boleh menjadikan beliau sering terlupa dan hilang tumpuan terhadap pekerjaannya. 


Bagaimana B Complex dapat membantu mengatasi stres?

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin. Fungsi setiap satunya adalah seperti berikut:



Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.


Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.


Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

Vitamin B5~mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang.

Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual.

Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit.

Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya.



Jika anda salah seorang yang mengalami masalah tekanan @ stres, boleh cuba amalkan B Complex Shaklee ini. Bagaimana cara nak membelinya? Ada dua cara:

1) Anda boleh terus membeli secara online dengan klik di link ini:





atau

2) Boleh hubungi saya di talian 0134517098 melalui wassap atau call.


Tuesday, 16 October 2018

Doktor Sahkan Ketumbuhan Di Payudara Wanita Ini Hilang Selepas 3 Minggu Amalkan Suplimen Ini!

Ketumbuhan di payudara hilang? Biar betul ni?? Ya memang betul! Ini bukan main-main lagi. Ketumbuhan di payudara wanita ini hilang selepas 3 minggu amalkan suplimen Shaklee!




Bagaimanakah perasaan anda apabila mengalami simptom-simptom seperti barah. Tak kisah la apa-apa barah pun, sekarang ni kan macam-macam barah, payudara, usus, tulang, rahim dan pelbagai lagi lah. Pasti dunia terasa gelap gelita kan? Akak sendiri dah ada beberapa orang customer yang mengadu sebegini. Kita tak berada di tempat mereka, tapi bagi akak sendiri yang mendengar luahan hati mereka, hanya boleh memberi kata-kata semangat dan minta mereka membuat pemeriksaan dengan doktor secepat mungkin.

Dalam pada itu, kebiasaanya mereka ini menghubungi akak untuk beriktiar dengan suplimen Shaklee. Memang kita amat dituntut untuk berusaha dan berikhtiar dan akak selalunya akan ingatkan mereka supaya berjumpa Dr dan jangan tinggal ubat yang diberi. Cuma perlu jarakkan masa pengambilan ubat dan suplimen Shaklee sahaja.





Kali ni akak nak kongsikan kisah benar yang diceritakan sendiri oleh Puan Zamzakidah mengenai pengalaman beliau berhadapan dengan situasi getir apabila mengalami tanda-tanda seperti barah payudara. Jom baca kisah beliau ini.


"Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.



Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.

Puan Zamzakidah
Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee."


Demikianlah kisah yang diceritakan oleh Puan Zamzakidah. Syukur dengan izin Allah, ikhtiar beliau dengan mengamalkan Shaklee berhasil. Jika anda mengalami simptom sebegini, jangan berputus asa lagi, ikhtiarlah dengan Vivix Shaklee.


Apa Yang Puan Zamzakidah Amalkan?


Vivix®



Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.


Anda boleh membuat pembelian secara online dengan klik butang order di bawah untuk membuat pembelian segera. Tetapi jangan lupa hubungi akak untuk konsultasi seterusnya. 



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 15 October 2018

Ikhtiar Ibu Tanpa Putus Asa Bebaskan Anak Dari Kanser Hodgkins Lymphoma Tahap 4

Dewasa ini bermacam jenis penyakit yang muncul dalam masyarakat kita. Paling ditakuti ialah penyakit barah atau kanser yang kini menjadi penyakit yang makin meningkat peratusannya dari hari ke hari. 




Perasan atau tidak, dulu-dulu kita amat jarang mendengar berita tentang saudara, rakan mahupun orang yang kita kenali mengidap penyakit kanser ini. Tapi kini, seringkali kita mendengar orang yang kita kenali mengidap barah. Sedih dan risau tak terkata apabila kita mengetahui insan yag kita sayangi mengidap penyakit yang amat ditakuti ramai orang.



Begitu juga perasaan seorang ibu iaitu Puan Saadiah Arbain apabila mengetahui anak lelaki kesayangannya yang berusia 10 tahun mengidap Kanser Hodgkins Lymphoma Tahap 4. Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran daripada Doktor yang mengesahkan anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih saya sehingga berusia 10 tahun tiba-tiba mengidap barah! Memang suatu yang sukar dibayangkan.

Sedikit info tentang Kanser Hodgkins Lymphoma, kanser ini selalunya menyerang kanak-kanak hingga usia remaja berusia 3 tahun ke atas. Jadi memang tidak hairanlah banyak berita yang kita dengar kanak-kanak mengidap kanser ini.


Limfoma boleh muncul di mana-mana dalam sistem limfa..


Berbalik kepada kisah anak Puan Saadiah tadi, saya nak kongsikan kisah beliau di sini sebagaimana yang diceritakan oleh Puan Saadiah sendiri. Jom ikuti kisah beliau sebagaimana yang diceritakan dalam page Supermom Shaklee Story.


"Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 


Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik. Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 



Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 



Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.



Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL. Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 



Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 



Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.



Justeru itu saya berusaha mencari supplement bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik. Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 


Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya. Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan. Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.



Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 



Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee."


Demikianlah gembiranya seorang ibu apabila anaknya disahkan sembuh daripada penyakit kanser yang amat ditakuti ramai orang. Alhamdulillah, dah banyak kes pesakit kanser yang sembuh setelah amalkan Resveratrol dan Polifenol yang menjadi bahan utama dalam Vivix.

Vivix adalah satu-satunya vitamin yang dapat bertindak sehingga peringkat sel dan DNA. Ia bertindak memperbaharui sel tubuh yang telah rosak dan menggantikan sel kanser yang rosak dengan sel yang baharu.



Setiap penyakit ada ubatnya, jangan terus mengalah dan berputus asa apabila kita ditimpa sebarang penyakit. Berusaha dan beriktiarlah untuk mencari penawar bagi penyakit yang dihidapi sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Saadiah terhadap anaknya. Disamping doa yang tidak putus kepada Allah SWT.

Jika anda mengidap kanser atau sebarang jenis penyakit kronik, saya sarankan berikhtiarlah dengan Vivix Shaklee. Anda boleh berhubung dengan saya melalui maklumat yang tertera di bawah atau anda juga boleh membuat belian online dengan menekan butang order di bawah. Tapi jangan lupa menghubungi saya setelah membuat belian online untuk mendapatkan konsultasi seterusnya.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 14 October 2018

7 Tanda Penyakit Tibi dan Kaedah Merawatnya Agar Tidak Berjangkit dan Melarat

Tibi adalah penyakit berjangkit no 1 dan dianggap antara penyakit yang tertua di dunia. Ia pertama kali dikesan dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir pada tahun 460 Sebelum Masihi. Ia dikesan sebagai penyakit yang paling cepat merebak dan boleh membawa maut.



Di Malaysia, penyakit Tibi muncul sebagai pembunuh no. 1 antara tahun 1945 hingga 1957. Sebahagian besar katil-katil di hospital kerajaan dipenuhi oleh pesakit-pesakit Tibi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, umumnya, satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna, satu daripada setiap tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda sedia mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.

Kuman-kuman tibi menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan. Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan mereka sempat melawan kuman-kuman tibi.

Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.


BAGAIMANA TIBI MEREBAK?

Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.



Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.




7 TANDA PENYAKIT TIBI

Kebanyakan pesakit Tibi akan mengalami tanda-tanda berikut:

Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
- Kahak berdarah
- Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
- Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
- Hilang selera makan
- Berat badan menyusut
- Mudah letih dan lemah badan


GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN

Terdapat beberapa golongan paling berisiko mendapat jangkitan tibi iaitu: 

• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.



LANGKAH PENCEGAHAN TIBI


• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG

• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.



RAWATAN PENYAKIT TIBI


Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.


Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.


PENGAMBILAN VITAMIN

Pengambilan vitamin Shaklee amat disyorkan kepada pesakit tibi bagi membantu meningkatkan sistem imun, menghalang bakteria daripada merebak, memastikan sel tubuh badan sihat, membantu membersihkan saluran pernafasan dan mengurangkan keradangan serta alergik atau asthma.

Antara vitamin yang patut diamalkan oleh pesakit Tibi ialah Vivix, Vitamin C, Omega Guard dan Garlic Complex.


Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, bersegeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Anda juga boleh berikhtiar dengan vitamin Shaklee yang disarankan dan pembelian boleh dibuat secara online seperti dinyatakan di bawah. Pembelian juga boleh dibuat terus melalui saya dengan menghubungi di talian 013-4517098.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.