Saturday, 16 January 2016

Tips Jimat Masa Sediakan Bubur Bayi Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum & salam ceria buat semua.

Bagi sesetengah ibu, faktor masa menjadi salah satu sebab dia agak 'malas' untuk sediakan bubur bayi. Biasalah seorang ibu..dah nama pun ibu pasti banyak tugas lain yang perlu dilakukan tambahan pula bagi ibu bekerjaya yang hanya mempunyai masa yang terhad untuk melakukan kerja-kerja rumah terutamanya pada waktu hari bekerja.



Untuk masak bubur bayi pula, kadang-kadang memang mengambil masa yang agak lama dari step awal menyediakan bahan-bahan hinggalah nak memasak beras menjadi bubur. Akak dulu pun memang jenis malas juga tapi untuk anak keenam ni, jadi rajin pula bila dah tau tips jimat masa ni. hahaha..sebenarnya ia adalah hasil pembacaan juga, walaupun kita ni dah lama jadi ibu, jangan la malas untuk menambah ilmu ya terutamanya ilmu-ilmu berkaitan keibubapaan, ilmu masak memasak dan lain-lain lagi lah.

Ok, meh akak nak share tips jimat masa sediakan bubur bayi ni. Salah satunya ialah dari segi penggunaan beras. Biasanya akak dulu-dulu kalau masak bubur nasi guna apa-apa jenis beras pun mesti sampai sejam lebih dok merebus beras saja. Akak memang tak pernah guna slow cooker atau apa-apa jenis periuk canggih yang lain. Akak masak bubur anak guna dapur gas biasa je. Kali ni apa kata para ibu semua kisar atau blend dulu beras tu menggunakan blender kering hingga hancur. Kalau nak halus lagi bagus, nanti bubur tu dah masak tak perlu blend lagi, boleh terus bagi bayi makan je sebab dah halus dan lembut. 

Masukkan beras dalam blender

Blend hancur

Blend banyak terus pun boleh, 1 atau 2 pot ke, boleh simpan dalam bekas. Tiap kali nak masak, tuang je 3 sudu besar, basuh guna tapis teh tu dan terus masukkan dalam periuk. Masukkan air, tak perlu banyak sangat kalau 3 sudu besar beras tu, letak je 2 hingga 2 1/2 cawan air. Kalau letak air banyak terpaksa masak lama lak untuk keringkan air tu. Biasanya akak masak 20 hingga 30 minit je. Ha..masa hampir masak tu boleh la tambah sayur apa yang korang suka.

Lagi satu tips jimat masa ialah, korang sediakan awal-awal puri sayuran atau buah-buahan yang korang nak masukkan dalam bubur bayi tu. Korang siap buat masa hujung minggu ke, dan korang jangan tak tahu pulak, puri sayur atau buah tu boleh simpan beku dan tahan sampai sebulan. Untuk Huda ni akak memang buat siap-siap puri sayuran atau buahan tu pada hujung minggu. Masa malam atau awal pagi masak bubur terus masukkan puri tu. Memang jimat masa tak perlu nak potong-potong sayur lagi masa nak buat bubur tu.

Antara puri sayuran yang akak buat. Nanti akak kongsi tentang puri pula ya.


Lagi satu, korang pun boleh buat pati ayam atau pati ikan bilis dan simpan beku. Sama juga nanti tinggal masukkan je waktu bubur nasi hampir masak. Ha..untuk buat puri dan pati ayam tu nanti akak kongsi dalam entri lain ya. Untuk kali ni, akak kongsikan 3 tips ni dulu untuk jimatkan masa korang memasak bubur bayi.

Tak perlu lagi nak tunggu lama-lama beras empuk, tak perlu lagi habiskan masa awal pagi tu nak potong sayur, nak potong ayam dan tak perlu lagi nak blend bubur tu sebab beras dan puri sayuran atau buahan tu kita dah blendkan awal-awal.

Sekarang ni akak memang tengah teruja nak sediakan bubur dan puri untuk pelbagaikan makanan bayi akak Huda. Lagipun Huda dah mencecah 8 bulan, dah boleh bagi macam-macam rasa baru. Masak sambil bergembira je ni, jangan stress-stress lak. Hahaha.. Macamana? Ok tak tips ni? Korang cuba lah nanti..buat masa hujung minggu senang sikit.

Ok sampai jumpa lagi. Bye..

>>> Jangan lupa tonton video akak ni ya..kalau sudi, like la video ni kat youtube tu..<<<


Tuesday, 12 January 2016

Pengedar Shaklee Aktif Di Bintulu, Sarawak (COD\POS)

Assalamualaikum.

Saya adalah pengedar Shaklee aktif di kawasan Bintulu Sarawak. Saya menjalankan khidmat COD ke sekitar bandar Bintulu dan kawasan sekitarnya. Pengeposan juga dilakukan melalui perkhidmatan bas dan Pos Malaysia.



Jika anda tercari-cari Pengedar Shaklee aktif di kawasan Bintulu, anda bolehlah berhubung dengan saya melalui whatsApp atau sms ke no 0134517098. InsyaAllah stok vitamin dan produk Shaklee lain sentiasa tersedia untuk anda.

Shaklee adalah produk suplimen yang telah lama berada di pasaran dunia dan Malaysia. Vitalea Shaklee merupakan produk multivitamin pertama di dunia yang berusia lebih 100 tahun. Shaklee adalah produk yang disahkan HALAL, SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM.

Jika anda ingin membeli atau ingin menyertai kami menjalankan bisnees Shaklee, segeralah berhubung dengan saya, Pengedar Shaklee Aktif di kawasan Bintulu Sarawak dan juga seluruh Malaysia.

Sebelum mengundur diri, jom tonton video testimoni saya ni dulu..sampai jumpa lagi..bye..


Sunday, 10 January 2016

Pengalaman Menarik Rakaman Video Testimoni Sendiri di Pejabat Supermom

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Kali ni akak nak kongsikan pengalaman menghadiri sesi rakaman video testimoni Shaklee yang di adakan di pejabat Supermom di Shah Alam pada bulan Disember yang lepas. Korang ingat lagi tak tentang peraduan Supermom Shaklee Story yang akak sertai tempohari? Haa..peraduan yang group Supermom Master Hadhatina anjurkan tu..yang tu la..



Dalam peraduan bulan November tu, akak terpilih sebagai pemenang tempat ke-3 dan layak untuk ke peringkat kedua. Pada peringkat kedua kami dikehendaki menjalani sesi rakaman video testimoni tersebut yang akan dijalankan di pejabat Supermom. Dan video-video tersebut akan disiarkan di channel youtube dan perkiraan pemenang berdasarkan 'likes dan views' video testimoni tersebut di youtube.

Alhamdulillah, akak berkesempatan pergi menjalani rakaman video testimoni akak sendiri sewaktu pulang bercuti ke kampung pada bulan Disember lepas. Baru tahu susah rupanya bercakap depan kamera dan depan orang ni. Tak sama tau dengan bercakap atau bagi kuliah kepada pelajar. Sesi rakan akak sampai terpaksa 'cut' beberapa kali. Tak tahu lah orang lain mungkin dah biasa, tapi akak sendiri macam jadi kaku pula bila berada depan kamera.

Tapi, akhirnya berjaya juga menyiapkan rakaman tersebut. Dan setelah diedit oleh pihak Supermom, inilah hasil video testimoni set kehamilan dan berpantang Shaklee dari akan sendiri. Korang jangan senyum-senyum tau tengok 'kekakuan' akak dalam video ni. Hehe..

Haa..lepas ni boleh la ramai-ramai tengok, lepas tu bagi 'like' dan 'share' video testimoni akak ni di fb atau blog korang. Mana tahu kan, hasil dari sokongan korang semua, akak terpilih sebagai pemenang nanti kan?! InsyaAllah kalau dah rezeki takkan ke mana. Tapi sebenarnya akak ni suka-suka je join Pertandingan Supermom Shaklee Story ni. Kata orang, nak memeriahkan suasana sambil-sambil dapat kongsi kebaikan Shaklee..ok..jom tgk video akak ni ya..jeng..jeng..jeng.. selamat menonton!




Jumpa lagi ya.

Saturday, 2 January 2016

Selamat Tinggal 2015...Selamat Datang 2016!

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum & selamat bertemu kembali. Didoakan agar anda semua dirahmati Allah sentiasa.

Sudah masuk hari kedua kita melangkah ke tahun baru 2016. Pasti kita semua mengharapkan kedatangan tahun baru ini membawa 1001 kebaikan, kejayaan, kekayaan, kebahagiaan dan segala yang positif buat kita.

Saya mengharapkan agar kita dapat mengambil iktibar dari segala peristiwa yang berlaku pada tahun 2015 yang lalu. Apa yang baik kita jadikan pengajaran dan tauladan, yang tidak baik kita jadikan sempadan. Tinggal dan buangkan jauh-jauh segala sifat negatif yang kita ada pada tahun lalu, sebaliknya tanamkan azam untuk menjadi insan yang memiliki segala sifat positif pada tahun 2016 ini.

Dan bagi saya sendiri, saya amat mengharapkan agar kedatangan tahun 2016 ini membawa bersama kebaikan dan rahmat Allah SWT. Saya amat mengharapkan agar saya dapat bertukar tempat kerja ke negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman sementelaah suami saya dah dapat pindah mengajar di sana. Saya juga berharap akan dapat meningkatkan prestasi dan kualiti dari sudut ibadah, kehidupan peribadi, kerja hakiki, bisnes, kehidupan keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

Sama-samalah kita menanam azam untuk menjadi insan yang lebih baik pada tahun 2016 ini berbanding tahun sebelumnya.

Selamat Tinggal 2015, Selamat Datang 2016!

Sehingga bertemu lagi..bye!

Sunday, 25 October 2015

Testimoni Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Supermom Shaklee Story

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak share testimoni saya sendiri menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. Ini adalah kisah benar yang saya alami dan disebabkan ini jugalah saya jatuh cinta dengan Shaklee dan mengambil keputusan untuk menjadi ahli dan akhirnya terus kongsikan kebaikan Shaklee dengan orang ramai. Sebelum anda membaca lebih lanjut, apa kata klik link testimoni Supermom Shaklee Story ini dan berikan 1 like untuk testimoni saya.



Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.


Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. 


Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda! 

Peraduan Testimoni Supermom Shaklee Story

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Page Supermom Shaklee Story

Assalamualaikum.

Group Supermom Shaklee dibawah kelolaan Master Hadhatina telah menganjurkan satu peraduan testimoni yang dinamakan Supermom Shaklee Story. Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna produk Shaklee dan SID yang berada di bawah group Supermom. Dan yang istimewanya, sepanjang Oktober ini peraduan ini terbuka juga kepada para 'leaders' dalam group Supermom Club House.



Pertandingan ini berlangsung selama 3 bulan mulai Oktober hingga Disember 2015. Peserta hanya perlu menghantar kisah benar pengalaman mereka menggunakan produk Shaklee beserta gambar sebelum dan selepas. Contoh testimoni yang telah dihantar boleh anda lihat di page Supermom Shaklee Story.

Carta Alir Peraduan

Pemenang akan dipilih berdasarkan 'like' yang paling banyak yang diperolehi daripada pengguna FB. Setiap bulan 3 pemenang akan dipilih dan akan berpeluang masuk ke peringkat akhir yang akan bermula pada Januari dan Februari 2016. Hadiah-hadiah yang menarik menanti setiap pemenang termasuklah percutian untuk 2 orang ke Bali. 

Antara Hadiah Peringkat Akhir

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh jenguk page Supermom Shaklee Story..dan jangan lupa klik 'like' untuk testimoni saya ini.

Sekian coretan saya untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi.

Monday, 5 October 2015

Resepi Chewy Choc Chips Cookies

Teks: Najihah abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum..alhamdulillah dap bertemu lagi di ruangan maya ini.

Saya ni banyak memasak untuk anak-anak je kat rumah. Kiranya diorang ni macam dah jadi inspirasi untuk saya rajin memasak. Biasalah kanak-kanak ni selalu sangat cepat boring kalau kita hanya masak benda yang sama je. Jadi sebagai ibu, kita kena rajin membuat kelainan dalam masakan kita.

Antara makanan kegemaran anak-anak saya ialah cookies atau biskut. Kalau buat biskut kegemaran diorang tu, sekejab je abis. Baru-baru ni saya ada la google resepi cookies, kalau-kalau terjumpa resepi yang mudah dan nampak sedap memang saya nak buat lah untuk anak-anak. Google punya google terjumpalah blog Sallys Baking Addiction ni, buka je blog tu banyak sangat resepi-resepi cookies, brownies dan kek yang sedap-sedap dan saya rasa nak cuba buat mana yang mudah dan lazat.

Pertama kali buat saya letak choc rice 


Antaranya ialah cookies ini lah. Dah 2 kali saya buat, kejab je abis anak-anak makan. Sedap sangat diaorang cakap. Kali pertama saya buat banyak letak choc rice sebab choc chips ada sikit je. Kali kedua buat baru letak choc chip mengikut sukatan yang diberi dan saya letak badam cingcang sekali untuk kali kedua yang saya buat. Yang bestnya, cookies ni kita boleh je 'add-onn' apa-apa saje bahan tambahan yang kita suka. Resepinya anda boleh tengok di sini..

Bahan-bahannya:

170 gm unsalted butter / mentega (boleh juga kalau nak guna salted butter, tak perlu letak garam dah)

280 gm tepung serbaguna @ tepung gandum (boleh juga kalau nak guna tepung naik sendiri tapi tak perlu letak baking soda lagi)

1 sudu teh baking soda

1 1/2 tepung jagung

1/2 sudu teh garam halus (nak kurangkan sikit pun boleh)

130 gm gula perang (resepi asal 135gm)

95gm gula halus (resepi asal guna 100gm)

1 biji telur ayam + 1 biji kuning telur

1 sudu besar esen vanilla

180 gm (atau byk mana je yang korang suka) choc chips

*tambahan jika suka: walnut @ almond cincang, choc rice warna warni (blh kurangkan gula jika letak choc rice ni sbb ia agak manis)

Cara Membuatnya:

1) Cairkan mentega dengan api sederhana (jangan sampai hangus) - biarkan ia sejuk seketika.

2) Dalam bekas lain, ayak tepung, baking soda dan tepung jagung.

3) Adun mentega cair bersama gula perang dan gula halus menggunakan mixer atau pemukul telur sehingga gula agak mencair.

4) Masukkan telur dan terus pukul, seterusnya masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

5) Masukkan / Campurkan bahan-bahan kering tadi (tepung) dan gaul menggunakan spatula atau tangan (saya guna tangan je). Adunan jadi agak melekit sebab mentega cair tadi.

6) Kemudian masukkan choc chips dan bahan-bahan tambahan lain (jika ada) dan gaul sebaiknya.

7) Bila dah sebati semuanya, masukkan adunan ke dalam bekas kedap udara (saya masukkan dalam plastik je) dan simpan dalam peti sejuk (rungan sejuk biasa, bukan tempat beku) selama 2-4 jam atau maximum boleh sehingga 4 hari.

Saya masukkan dalam plastik je dan simpan dalam peti sejuk

8) Bila dah cukup masanya, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan doh menjadi sedikit lembut (room temperature) lebih kurang 30 minit (bergantung kepada berapa lama korang simpan dalam peti sejuk).

9) Sementara itu, panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170 darjah celsius.

Kali kedua buat, saya letak choc chips dan almond cincang

10) Setelah doh agak lembut sedikit, sapukan dulang dengan mentega, bulat dan leperkan doh mengikut kesukaan anda sehingga penuh dulang pembakar.

11) Bakar cookies antara 11-15 minit berdasarkan jenis oven dan saiz cookies korang. Dan jika korang suka soft cookies, jangan masak lama sangat. Jika nak rangup boleh la masak lama sikit.

12) Bila dah masak, biarkan cookies sejuk seketika barulah boleh dimakan atau disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!