Tuesday 20 December 2016

Percutian Singkat Ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.

Cerita ni dah tiga minggu berlalu, tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan lambat sikit Kak Jiah dapat update entri tentang kisah percutian kami ke Bukit Gambang Resort City. Sebenarnya ia adalah percutian yang tak dirancang, maksud akak bukannya plan dari awal, dua tiga bulan sebelum..bukan..ini kira on the spot punya plan jugak la.



Kisahnya pada 24-26 November yang lepas iaitu Khamis sampai Sabtu akak terpilih sebagai peserta Bengkel Penyelidikan anjuran UMT bertempat di Resort World, Kemaman. Kiranya 25 November tu bermulanya cuti sekolah bagi anak-anak. Disebabkan tiada yang dapat jaga anak-anak akak sebab suami hanya akan sampai ke Terengganu pada Khamis malam Jumaat, maka slot bengkel pada hari Khamis dan malamnya akak tak dapat hadir. Alhamdulillah pihak urusetia memahami masalah dan kekangan yang akak hadapi dan akak diberi keizinan untuk hadir ke bengkel tersebut mulai pagi Jumaat.

Bila dapat tahu ada bengkel tu iaitu seminggu sebelumnya, baru akak terfikir nak bawa anak-anak sekali ke Resort World, Kemaman..alang-alang dia orang pun tengah bercuti kan. Jadi bila diskas dengan kawan, dapatlah kami share bilik yang disediakan penganjur dan dia juga bawa ahli keluarga. Makanya bilik yang akak tempah personal tu kami kongsi berdua bayarannya dan kawan tadi ambik bilik yang disediakan oleh urusetia. So, save la bajet kan..ini pun dicadangkan oleh pihak urusetia jugak memandangkan ada juga peserta yang ingin membawa ahli keluarga.

Bila akak dapat tahu Bukit Gambang Water Park tak jauh sangat dari Kemaman, maka akak ambil keputusan nak bawa anak-anak mandi manda di sana. Kami bermalam satu malam sahaja di Resort World Kemaman, habis je Bengkel jam 12 tengahari terus kami check out dari hotel tu. Sebelum bertolak ke Bukit Gambang, sempat akak dan suami layan permintaan anak-anak untuk tengok filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng di Mesra Mall Kertih, tak jauh dari Resort World Kemaman. Jam 3 lebih baru kami semua bertolak ke Bukit Gambang.

Perjalanan mengambil masa sejam lebih sikit je, jam 5.30 mcm tu kami sampai di Bukit Gambang Resort City. Akak dah booked awal penginapan di BGRC tu, tiga hari sebelum bertolak ke sana. Akak booked bilik untuk famili di Carribean Bay, bayaran semua sekali satu malam lebih kurang RM400 . Sebabnya ada caj tambahan sebab anak ramai kan. Family Room ada 2 bilik dan bilik air dan satu ruang tamu, juga ada tv. Akak tak pasti mungkin ada penginapan yang murah lagi dari bilik yang akak pilih tu. Lagi pula akak ni anak-anak dah 6 orang, belum masuk akak dan suami lagi. Dan bilik yang akak booked tu pula tak termasuk makan tau. Dan lagi satu, walau dah buat bayaran penuh secara online, waktu nak check in tu masih kena bayar deposit RM100 dan akan diberi semula masa check out.







Tapi, kedai makan banyak je area situ. Malam tu kami keluar jalan-jalan area Gambang dan makan malam kat restoran berdekatan je. Kiranya tak perlu risau la tentang makanan sebab gerai makan banyak. Disebabkan keletihan, kami tak ikut pun Night Safari, kami pilih untuk pergi ke Water Park sahaja seharian esoknya supaya anak-anak puas bermain di situ. Tiket masuk ke Water Park untuk dewasa RM45 dan kanak-kanak RM35. Kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 110cm tidak dikenakan bayaran.

Paginya, kami terus check out dan pegi sarapan di gerai berhampiran. Jam 9.30 baru kami ke Water Park sampailah hampir jam 4 baru anak-anak selesai. Jom akak kongsikan gambar-gambar kami sepanjang berada di BGRC dan water park tu. Sebenarnya anak-anak yang suka sangat main air ni. Ummi dan baba join la sekaki..hehe

Jom layan gambar kami masa kat sana..















Ok, itu saja coretan akak kali ni..sehingga berjumpa lagi. Byeeee...