Saturday, 17 December 2016

Resepi Tepung Goreng Rangup Yang Pasti Memikat Selera Seisi Keluarga

Assalamualaikum.

Dah lama Kak Jiah asyik bertangguh nak kongsikan resepi tepung goreng rangup dan sedap ni dengan anda semua. Maklumlah, macam-macam kerja nak kena buat..kena dahulukan yang penting dulu lah kan? Betul tak?


Sebenarnya dah beberapa bulan Kak Jiah kongsikan secara "live" di fb resepi dan cara bancuh tepung goreng rangup ni. Suka-suka je pada asalnya buat "live" tu. Tak sangka lak video live tu jadi viral sampai ke negara jiran Singapura dan Brunei. Ratus ribu org view video tu..tak kurang ribuan orang share dari sehari ke sehari. Sampai jadi "femes" sekejab Kak Jiah masa tu..haha.. kat bawah ni la video yang viral tu..

video


Nak citer lagi pasal video tu, disebabkan viral tadi, sampaikan ada page masakan yang copy video Kak Jiah masuk page diorang akhirnya sekali lagi video tu jadi viral..tak pe, Kak Jiah tak kisah sangat pun pasal tu sebab seronok sebenarnya berkongsi ilmu dengan orang ramai ni..walaupun mungkin ramai yang tahu pasal tips ni, tapi lebih ramai lagi yang tak tahu tentangnya.

Dan disebabkan video viral tu jugak, ramai yang bagi feedback positif lepas mencuba resepi tepung goreng rangup ni. Semua bagitau diorg buat menjadi dan sedap sangat. Ada yang bgtau Kak Jiah, "suami dan anak-anak saya makan habis, berpinggan-pinggan". "Suami dan mak mertua aku berebut makan pisang goreng yang aku buat guna resepi tepung hang tu Jiah..". "Suami saya tak suka makan pisang goreng sebelum ni tapi lepas cuba resepi akak, dia jadi suka pulak.." Haa..ni lah antara komen kawan-kawam yang dah cuba.

Goreng cempedak pun sodap

Jadi, anda semua mesti cuba tau resepi tepung goreng rangup ni. Tepung ni boleh buat goreng pisang, cempedak, ubi keledek, sukun dan seumpamanya. Ok jom kita tengok resepinya..

Bahan-Bahannya:
1 1/2 - 2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kunyit (untuk kuningkan sikit, klu tak nak pun tak pe)
Air masak secukupnya


Cara Membuatnya:


Mudah saja, campurkan kesemua bahan dengan air dimasukkan sedikit demi sedikit. Kak Jiah bancuh atau adun guna tangan je. Adun biar sebati, tambah air jika tepung nampak agak pekat. Adunan biar jangan terlalu pekat atau tidak terlalu cair.


Tepung yang siap diadun

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan buah-buah kesukaan anda (pisang, cempedah dsbnya..) dan gorenglah sehingga keperangan. Angkat dan toskan atas redai. Sedap dimakan ketika panas.

Selamat mencuba semua. Jumpa lagi ya.