Sunday 18 December 2016

Aktiviti Riadah Malam di Jeti Sungai Merbok (Jeti Semeling) Untuk Seisi Keluarga

Masa balik kampung minggu lepas, sempat Kak Jiah bawa anak-anak ke kawasan Jeti Sungai Merbok atau lebih dikenali sebagai Jeti Semeling tak jauh dari rumah kami di Bandar Laguna Merbok. Ia juga merupakan laluan utama kami sekeluarga pulang ke rumah mak abah di Kampung Singkir. Sebenarnya, dah beberapa kali suami Kak Jiah suarakan pada akak dan anak-anak yang dia nak bawa kami ke situ sementelaah akak dan anak-anak pulang bercuti di Kedah (maklumlah, kami kan PJJ Kedah-Terengganu). Katanya waktu malam, macam-macam aktiviti riadah ada kat situ.


Kebetulan suami Kak Jiah pernah ke situ sekali ke dua kali, lagipun memang dekat sangat dengan rumah kami yang suami duduki di BLM tu. Kata suami, ada orang main roller blade, scooter, basikal, ada belon panas (masa dia pergi tu) dan macam-macam aktiviti lagi lah.



Jadi anak-anak apa lagi, memang excited sangat lah nak pergi. Lagipun memang dia orang ada roller blade sorang satu, seronok sangat lah kalau main kat situ kawasan tar yang luas. Malam yang dijanjikan, lepas selesai solat Isyak semua kami pun keluar dari rumah mak di Singkir. Plannya kami terus ke TESCO dulu sebab ada nak beli barang. Lepas selesai semua baru ke Jeti Semeling tu. Masa sampai dah jam 10 malam lebih. tapi orang masih ramai.


Kat situ, ramai yang buat sewa scooter, roller blade, basikal, kereta dan motor untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi. Penjual dan pengusaha yang buat sewa tu lebih kepada konsep car boot. Untuk scooter, sewaan untuk 15 minit (kanak-kanak) dikenakan bayaran RM5. Untuk scooter dewasa 15 minti RM8. Basikal berkembar 3 tu kami tak naik lak, so tak pasti berapa bayarannya.


Tempoh sewaan untuk sejam pun ada. Tapi Kak Jiah tak pasti berapa bayarannya sebab kami sewa untuk 15 minit saja. Ada juga peniaga yang menjual makanan dan minuman, pakaian kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Anak-anak seronok sangat main kat situ. Memang sesuai la bawa anak-anak ke situ pada waktu malam especially waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Santai-santai bersama keluarga kan. memang best, si maknya pun teruja nak naik scooter tu..haha..jom layan video yang sempat Kak Jiah rakam malam tu.





Ok, sampai sini dulu coretan Kak Jiah kali ni. Sehingga berjumpa lagi..bye..