Monday, 1 January 2018

2017 - Menggamit Kenangan, 2018 - Impian dan Harapan


-2017-

Alhamdulillah..berlabuh sudah tirai 2017 yang penuh warna warni dalam hidup akak. Syukur kepada Allah atas segala kebaikan yang telah dilimpahkan buat akak sekeluarga sepanjang tahun lepas.

Juga terima kasih kepada saudara mara serta rakan taulan yang sama-sama menyuntik semangat dan kegembiraan dalam diri ini sepanjang tahun lalu. Semoga Allah merahmati kita semua dengan Rahmat dan Rahim-Nya.

Inilah antara foto-foto yang amat bermakna pada diri ini sepanjang 2017. Banyak lagi yang tak dapat nak dikongsi di sini dan sebagai insan kerdil yang amat lemah, akak amat bersyukur atas pencapaian diri ini sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri dan ibu (PJJ), pensyarah dan SID serta leader kepada anak-anak Shaklee. Walau dalam masa yang sama ia perlu di baiki untuk mencapai satu tangga yang lebih baik!



Semoga lakaran peristiwa 2017 akan menjadi inspirasi buat diri akak sendiri dan mungkin jg sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan semangat buat rakan-rakan semua.


-2018-

Semoga kedatangan tahun 2018 memberi semangat baru buat kita semua. Apa yang akak pegang dari dulu ialah untuk menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada insan yang lain. Walau hanya sebesar zarah sekalipun manfaat itu.

Ayuh kita tanamkan azam untuk lakukan yang terbaik dalam hidup kita. Jom sama-sama baiki dan tingkatkan amalan rohani, serta berikan yang terbaik juga buat diri sendiri, keluarga dan apa juga tugas dan urusan kita.

Bagi akak sendiri, pelbagai perkara besar yang bakal berlaku pada tahun 2018 ini. Perkara yang dah diketahui dan mungkin juga sesuatu 'bakal diketahui', yang hanya Allah sahaja yang tahu. 

Apa jua perkara yang bakal kita hadapi sepanjang tahun 2018 ini, sama-samalah kita berfikiran positif dan mendoakan kebaikan buat kita semua.

Akhir sekali..

• sebagai anak, akak mendoakan semoga abah dan mak terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..

• sebagai isteri, sentiasa mendoakan agar suami tercinta dapat berpindah ke Kuala Terengganu dan dapat tinggal bersama akak dan anak-anak di sini..

• sebagai ibu, sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dalam aspek dunia dan akhirat. Tambahan pula si kembar berdua akan menduduki exam UPSR tahun ini..

• sebagai pensyarah, sentiasa mendoakan agar Allah mengurniakan kesabaran dan kudrat yang tinggi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan ini..

• sebagai leader #annajahgroup, sentiasa mendoakan agar anak cucu An-Najah Group akan terus melakar kejayaan pada tahun 2018 ini. Juga berharap agar #annajah group terus berkembang sepanjang 2018.

• Semoga Allah merahmati kita semua 
• Stay Focus & Think Positive 


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:
 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.