Monday 9 May 2016

Resepi Brownies Kedut Kurang Manis Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Akak doakan semoga korang semua sihat-sihat hendaknya disamping keluarga tersayang. Alhamdulillah, kali ini akak nak kongsikan resepi Brownies Kedut yang menjadi kegemaran anak-anak.

Sebenarnya, resepi ni asalnya akak ambik dari blog blogger masakan terkenal iaitu Azlita Masam Manis tapi akak ada tokok tambah sikit ikut kesesuaian. Dah beberapa kali jugak akak cuba buat Brownies Kedut ni, alhamdulillah kali ni akak buat kurang manis sebab tu jgk dapat makan banyak sikit. Kalau manis-manis sangat, boleh makan sikit je. Anak-anak pula kalau ummi masak apa saja menu terutamanya yang berasaskan coklat memang diorang suka sangat. Kali ni pun diorang yang minta buat sebab dah lama sangat ummi tak mem'baking' untuk diorang. Sekejab je licin brownies ummi.

Boleh hias ikut kesukaan anda

Memandangkan ramai kawan-kawan fb yang minta akak kongsikan resepi Brownies Kedut ni, jadi untuk tidak menghampakan korang semua, akak share di blog ni je lah..lepas-lepas ni akak pun senang nak refer. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya..

400 gm coklat compound (coklat masakan) - boleh guna Dark Coklat kalau nak kurang manis.
150 gm mentega / margerin / butter
4 biji telur ayam
160 gm gula perang (boleh juga gunakan gula castor tapi kurangkan dalam 20 gm untuk kurang manis)
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (boleh juga gunakan tepung gandum di campur 1 sudu kecil serbuk penaik)
30 gm serbuk koko

Bahan-bahan yang digunakan mudah je untuk dibeli. Petua untuk jadi kedut yang elok, pastikan korang menggunakan coklat masakan dan serbok koko yang bermutu tinggi. Kalau beli coklat yang harga murah, kadang-kadang tak jadi langsung kedutnya. Yang akak buat ni pun ada dua versi, kali pertama guna coklat masakan mahal sikit, dan kedutnya cantik sikit. Yang kedua kurang sikit kedutnya sebab guna coklat masakan lain. Tapi rasnya lebih kurang sama je. Bila dah siap sedia bahannya, jom akak kongsikan cara membuatnya pula..


Langkah Pertama:

Potong kecil-kecil coklat masakan dan masukkan dalam bekas bersama-sama dengan marjerin. Cairkan keduanya menggunakan kaedah double-boiler hingga coklat dan marjerin larut bersama. Kacau dan pastikan tidak berketul. (Double-boiler: panaskan coklat dalam bekas yang diletakkan atas air yang mendidih).

Langkah Kedua:

Pecahkan 4 biji telur ayam dan masukkan ke dalam satu bekas, masukkan gula dan pukul atau kacau menggunakan whisk. Pastikan gula hancur dan kemudian masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati.

Langkah Ketiga:

Ayak tepung bersama serbok koko supaya keduanya tidak berketul. Ketepikan.

Langkah Keempat:

Tuangkan aduna telur, gula dan esen vanila ke dalam bekas coklat yang telah cair tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan campuran tepung dan serbok koko sedikit demi sedikit sambil terus 'mengacau' adunan hingga benar-benar sebati.

Baru masuk oven

Langkah Kelima:

Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 160-180 darjah (bergantung kepada jenis oven) selama 15 minit, menggunakan api atas bawah. Alas acuan brownies (11"x11") yang telah disapu marjerin menggunakan kertas minyak. Kemudian masukkan adunan brownies dan bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak. Untuk lebih elok kejadian brownies korang, pastikan dibiarkan sejuk seketika dengan merenggangkan pintu oven sedikit selama beberapa minit. Setelah itu, boleh la korang potong brownies korang menggunakan cutter atau pisau. Siap dan sedia untuk dimakan.



Ini brownies kedua yang akak buat, kedutnya kurang sikit sebab menggunakan coklat lain jenama




Haa..macam tulah cara nak buat brownies kedut ni. Senang je kan? Macam kacang je bagi sesiapa yang selalu membaking tu. Kalau korang nak campurkan badam cincang pun boleh tau. Ok, resepi dah ada, korang mesti cuba buat tau. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh je korang tanya kat blog ni dan kalau dah buat tu, boleh juga share gambarnya di sini.

Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi ya...bye... 

19 comments:

  1. Alhamdulillah. Nanti nak masak jugak. Tkasih bg ilmu.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya brownies..nanti nak cuba la. :)

    ReplyDelete
  3. Aduh lah.
    Tengah detox gula ni..

    ReplyDelete
  4. Aduh lah.
    Tengah detox gula ni..

    ReplyDelete
  5. Pakai raw cane sugar ummi hehe...sedapnya kak...

    ReplyDelete
  6. haah..ada jgk akak guna raw cane sugar..beli kat cosway.

    ReplyDelete
  7. sy dah bt gune resepi ni..tp still lg manis..sy ni x suke manis sgt..nk tnye,blh x klau sy bt brownies tnpa letak gula?jd ke kedutnye nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba..sy pun tak pasti mcmna kejadiannyaklu tnpa gula..

      Delete
  8. Wow.. menggodanya... nk try jugak lah. Sblum ni pernah try tp byk sgt bhnnya. Ni mcm simple sikit..

    ReplyDelete
  9. Akak guna majerin ke ..kalo butter lagi bagus ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak biasa tgk stok yg ada kat rumah..tp biasanya guna butter.

      Delete
  10. Assalam kak saya nak tanya,untuk bakar kalau tak de alas kertas minyak boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..sapu marjerin kat dasar n tepi loyang. cuma waktu nak potong kena hati-hati supaya tak melekat. guna pisau untuk renggangkan bahagian tepi brownies n loyang..bahagian bawah kena hati-hati waktu nak angkat.

      Delete
  11. bru jumpa resepi akak, dah buat. terima kasih Dr Najihah

    ReplyDelete