Tuesday 24 May 2016

Projek "Brownies Untuk Cikgu" Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Dah beberapa akak bertangguh untuk menulis entri berkenaan sambutan Hari Guru tahun ini. Dek kerana kekangan masa membuatkan akak asyik terlupa mengenainya. Sementelaah sekarang ni pula akak agak sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah..memang tak menyempat rasanya.

Tapi, disebabkan akak ingin simpan kenangan itu dalam blog ni, maka akak curi-curi masa juga untuk menulisnya. Sekurang-kurangnya dapat akak tunjukkan pada anak-anak bila besar nanti. Dah menjadi kebiasaan bagi akak dan anak-anak akan sediakan sedikit hadiah atau cenderamata kecil buat para guru yang mengajar anak-anak setiap kali tiba Hari Guru. Ia hanyalah sebagai tanda terima kasih kami buat para guru yang telah mendidik dan mengajar anak-anak di sekolah mahupun PASTI atau Taska UPM.

Sementelaah tahun ni pula adalah sambutan Hari Guru terakhir anak-anak di Bintulu memandangkan tak lama lagi kami akan berpindah ke Terengganu..jadi anak-anak memang 'excited' sangat nak berikan hadiah kenangan buat guru mereka.

Setelah berfikir-fikir apa yang nak diberikan kepada guru anak-anak kali ni, akak mencadangkan kepada anak-anak supaya sama-sama membaking brownies untuk diberikan kepada guru mereka. Anak-anak suka je sebab memang brownies ni menjadi favourite mereka..tiap kali buat memang habis lah.

Jadi bertungkus lumuslah kami anak beranak menyiapkan brownies untuk cikgu ini. Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Dan inilah hasilnya...anak-anak sangat gembira dan tak sabar nak berikan hadiah buat para guru mereka..di sini akak sediakan gambar-gambar brownies untuk tatapan korang semua..ok, sehingga bertemu lagi..bye..

p/s..untuk resepi brownies ni, korang boleh tengok di link ini..