Dah lama juga akak terfikir-fikir, nak ke tulis entri untuk resepi Laksa Kedah ni. Sebabnya rasa mesti dah ramai orang tahu buat kuah laksa, senang je kan..tapi bila ramai pula yang dok minta resepi kuah laksa akak, so hari ni akak pun merajinkan diri menaip entri untuk resepi kuah laksa yang selalu akak buat tu.
Akak dan suami memang peminat laksa. Maklumlah mungkin sebab sejak kecik dok makan laksa kan..dan suami pula memang kampung kat tepi laut. Perkampungan nelayan area Kuala Muda, Kedah memang ikan fresh banyak la. Bila kawen dengan suami, rumah mertua selalu juga buat laksa, sedap. Ikan pun free je sebab ada adik ipar dan abang ipar yang pergi ke laut. So, memang senang sangat la nak buat laksa kan.
Macam belah mak akak, kami kena beli ikan. Bukan keluarga nelayan. hihi..kiranya ambik masa juga kalau nak buat laksa tu. Ingat lagi masa kecik-keci, sekali mak buat laksa memang suka sangat lah. Akak pun tak tahu sejak bila akak mula pandai masak kuah laksa ni. Haha..mungkin sebab dok tengok mak masak kot. Jadi pandai dengan sendiri..aiseh!
Ok jom lah kita tengok bahan-bahan untuk buat 1 Set Laksa kedah.
Bahan Kuah.
5-6 ekor ikan kembung / sardin / tamban (tulang banyak sikit)
1 labu bawang besar (Kalau saiz kecil, 2 labu pun boleh)
6-7 biji bawang merah (banyak pun ok kuah rasa sedap)
6-7 biji cili kering (kalau nak pedas tambah lagi)
2 inci belacan (anggaran, kalau suka lebih letak lebih)
Garam secukup rasa
Perencah Hilal (jika ada dan jika suka, kalau takde pun takpe)
Daun kesum (ikut suka banyak mana nak)
Bunga Kantan (jika suka - akak suka potong nipis-nipis)
5-6 keping Asam keping (kalau suka masam, letak lebih)
Cara Membuatnya.
1. Siang dan bersihkan ikan. Rebus ikan, letakkan beberapa keping asam keping dan sedikit garam dalam air rebusan ikan tu.
2. Bila mendidih, ikan dah masak, matikan api, keluarkan ikan dari periuk. Jangan dibuang air rebusan.
3. Perisi isi ikan dan asingkan isi dengan tulang.
4. Masukkan isi ikan dan sedikit air (boleh ambil air rebusan tadi) ke dalam blender, blender ikut kesukaan anda, nak isi ikan hancur sikit atau nak kasar.
5. Dah selesai, tuangkan kesemuanya ke dalam periuk bekas air rebusan ikan tadi.
6. Masukkan tulang-tulang ikan bersama sedikit air ke dalam blender, blend hingga hancur. Tapis airnya ke dalam periuk berisi isi ikan dan air rebusan tadi. Buang sisa tulang ikan, tak perlu masukkan ke dalam periuk. Cuma airnya sahaja diambil setelah di tapis. Kalau letak sisa tulang ikan, jenuh kuah laksa penuh tulang. hahaha
6. Rebus cili kering, masukkan ke dalam blender bersama bawang besar, bawang merah dan belacan. Blend hingga hancur. Kemudian, masukkan bahan cili kisar ini ke dalam periuk berisi isi dan air rebusan ikan tadi.
7. Sambil tu, boleh masak dengan api sederhana.
8. Lepas tu, masukkan daun kesum, bungan kantan, asam keping, garam, serbuk perencah HILAL dan masak hingga mendidih. Biar kuah laksa mendidih lama sikit supaya kuah tak cepat basi dan rasa kuah ikut citarasa anda. Tambah apa yang kurang jika perlu (garam, asam keping dll).
9. Bila dah lama mendidih, tutup api dan siap untuk dimakan.
Bahan Laksa dan Hiasan / Taburan Ulaman
Laksa - kalau beli laksa bungkus / kering, rendam laksa seketika dan rebus hingga lembut.
Daun selom @ pucuk janggus @ pucuk putat @ ulam raja - dipotong halus dan nipis.
Bawang Besar di mayang nipis.
Timun di potong memanjang dan nipis.
Telur Rebus
Limau nipis jika suka
Nenas dipotong halus jika suka
Cili padi dipotong halus jika suka.
Cara Hidangan.
Hidangkan laksa, tabur kesemua bahan dan tuangkan kuah laksa, sedia untuk dimakan.
Ha..senang je kan? Pejam mata pun boleh buat. Hehehe.. ok kepada yang tak pernah buat Laksa Kedah, selamat mencuba ya. Jumpa lagi.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:
✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
📠Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.