Mungkin ramai di kalangan kita yang suka beriadah dan bersukan sama ada bersama famili atau kawan-kawan di tempat awam mahupun dalam tempat yang tertutup. Alhamdulillah, sejak berpindah ke Terengganu ni, jika ada masa terluang akak akan bawa anak-anak berjogging di kawasan tasik berhampiran Stadium Tertutup Gong Badak terutamanya pada hujung minggu.
Dan aktiviti ini akan jadi lebih meriah jika suami ada bersama pada minggu tersebut. Anak-anak akak ni memang suka bersukan. Kalau kat sekolah tu, macam-macam acara sukan yang mereka ikuti. Sejak di Bintulu, kami ada belikan raket tennis untuk anak-anak sebab di sana selalu juga kami bawa anak-anak bermain tennis di gelanggang tenis UPM Bintulu. Kadang-kadang ummi dan baba pun join sekali.
Bila datang ke Gong Badak ni, akak dan suami tercari-cari juga kat mana ada gelanggang tenis atau badminton yang boleh kami bawa anak-anak untuk bermain, beriadah untuk keluarkan peluh dan eratkan hubungan famili. Ada pernah bawa anak-anak main di gelanggang tenis / badminton dalam UMT tapi berebut dengan student pula. Jadi agak kurang selesa bagi akak dan anak-anak.
Satu hari tu, suami terjumpa signboard tentang gelanggang badminton tertutup di kawasan Gong Datok. Memang terletak di laluan akak dan anak-anak berulang alik ke rumah. Setelah suami akak pergi dapatkan info tentang kadar sewaan dan sebagainya, mulalah kami menyewa court di situ untuk beri keselesaan kepada anak-anak untuk bermain.
Biasanya kami akan sewa untuk 2 jam RM30. Minimum jam sewaan ialah 2 jam. Dibuka malam dan hujung minggu. Petang hari bekerja pun buka kalau tak silap. Gelanggang badminton ni terletak berdekatan dengan Gerai Nasi Kerabu Pok Din dan sebelah gelanggang ni ada kedai gunting rambut, guest house dan Restoran Edde.
Antara kemudahan yang ada dalam gelanggang tu termasuklah tandas dan surau. Dalam bangunan tertutup tu ada 6 gelanggang yang boleh di sewa. Memang puas la main dengan anak-anak, sekadar untuk keluarkan peluh dan boleh juga asah skill anak-anak dalam permainan badminton.
Berikut akak kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil ketika akak dan suami bawa anak-anak bermain badminton di situ. Sesiapa yang tinggal berdekatan, dan tercari-cari tempat beriadah untuk famili dan kawan-kawan, bolehlah bawa mereka bermain badminton di sini.
Sekian, sehingga bertemu lagi. Bye..
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:
✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
📠Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu