Tuesday, 20 June 2017

Resepi Red Velvet Almond Cookies Yang Pasti Memikat Selera Semua

Salam Ramadhan yang ke 25. Pejam celik pejam celik kejab je dah nak raya kan? Korang dah ready ke dengan persiapan raya, baju, kuih-muih? Alhamdulillah persiapan raya kami sekeluarga ala kadar je. Tak delah order kuih banyak-banyak, ada jiran tunjuk kuih raya dia ambik order, akak pun order la 2 jenis sebagai meraikan jiran..hehe..



Dalam kepala memang ada plan nak buat beberapa jenis biskut raya tahun ni. Tiap kali tengok resepi biskut raya, berkobar-kobar je rasa nak buat biskut raya. Jadinya, malam tadi sempat la akak membaking Red Velvet Cookies ni. Resepi ni pun akak ambik dari page Cikgu Azlina Ina Fans. Memang best resepi-resepi cikgu Azlina ni tau. Ok jom kita tengok ada tak bahan-bahan ni kat rumah korang, kalau ada boleh buat la malam ni..kejab je ni..


BAHAN-BAHANNYA:

Bahan A
150 gm (1/2 cawan) marjerin
1 cawan gula perang (blh kurangkan sikit jika nak kurang manis).
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren
1 sudu kecil cuka masakan
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 3/4 cawan tepung gandum (akak guna tepung jagung Cap Ros)

Bahan D
Coklat Chips Putih
Almond Slice


CARA MEMBUATNYA:

1. Kacau Bahan A menggunakan whisk hingga sebati.

2. Masukkan Bahan B dan kacau lagi.

3. Masukkan Bahan C (tepung) sedikit demi sedikit dan adun menggunakan tangan.

4. Akhir sekali masukkan Bahan D coklat cip dan almond ikut kesukaan anda. Tapi, kalau tak nak manis, coklat cip tak perlu banyak sangat sebab kalau banyak nanti manis pula jadinya.

5. Adun guna tangan sampai sebati, rehatkan adunan dalam peti sejuk (chiller) lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan tutup bekas dengan plastik wrap atau apa-apa penutup,



6. Panaskan oven suhu 175-180 darjah selsius, sapu loyang kuih dengan marjerin. Ambik adunan kuih tadi, bentuk ikut suka anda, saiz pun ikut suka. Macam akak ni besar sikit, boleh kecikkan sebab dia mengembang juga.





7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Senang je nak buat cookies ni. Rasa dia memang sedap. Korang cubalah sendiri ye. Oh ya, adunan ni kalau buat kecik-kecik boleh dapat dalam 70-80 biji cookies. Akak dapat 3 balang comel ni. Boleh bagi mak dan mertua sorang sebalang raya nanti..

Ok korang, selamat mencuba ya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.