Sunday, 20 November 2016

Ummi Berbangga Dengan Pencapaian Mu Anakku!

Pada Khamis lepas, berakhirlah segala debaran yang ditunggu-tunggu selama ini. Keputusan Peperiksaan UPSR 2016 mula diumumkan di sekolah-sekolah mulai jam 10 pagi. Ramai yang kecewa dengan keputusan UPSR yang menjunam jatuh tahun ini. Semuanya gara-gara format baru dan sistem pemarkahan yang agak tinggi tahun ini.

Ummi tunaikan janji belanja makan chicken chop
Akak dari awal memang target anak sulong akak (Haziq) untuk mencapai keputusan yang terbaik. Ibu mana yang tak nak lihat anaknya berjaya, betul tak? Dan Haziq sendiri memang usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang. Bila dinyata, "insyaAllah bang long akan dapat 6A" katanya. Sebagai ibu, akak sememangnya meletakkan kepercayaan atas keyakinan beliau..terus memberi dorongan dan galakan untuk berusaha.

Dalam masa yang sama, bang long memang tak pernah lupa membaca yasiin sepanjang tempoh peperiksaan, solat hajat bermula dari sebelum exam sehingga keputusan diumumkan. Dalam hati akak, memang terdetik: "aku redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal anakku perolehi.."

Sebelum keputusan diumumkan pagi Khamis (17 November 2016), dah terdengar ura-ura bahawa result UPSR jatuh merudum. Awal-awal pagi dah dapat beberapa mesej, tanya result anakanda Haziq macamana. Padahal masa tu belum jam 10 pagi. Adik ipar wassap bagitau, "result teruk tahun ni, kak jihah terima je lah apa saja keputusan yang bang long akan terima..sek saya target 20 orang 6A tapi 1 orang je dapat.."

Lepas tu, dapat pula mesej dari kawan akak, bertanyakan hal sama. "sek aku sorang pun tak dak 6A wei.." katanya..akak masih boleh bertenang, walaupun ada juga debarannya. Maklumlah anak sulong..dan mengingatkan harapan bang long yang dia boleh dapat 6A. Tak lama lepas tu, dapat lagi pm bertanyakan result Haziq juga, kawan ni bagitau result BI Penulisan paling menjunam sebab format baru yang bertukar last minute.

Disebabkan Haziq calon menumpang di SK Tg. Gelam, Terengganu, resultnya akan diumumkan di sek lama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Majlis Islam Sarawak Bintulu. Kebetulan, SK Agama diumum sebagai sekolah terbaik iaitu lulus 100%, jadi majlis pengumuman untuk bahagian Bintulu diadakan di sana. Makanya, agak lambat keputusan diketahui. 

Result Bang Long yang cikgu kelas sek lama snap


Akak masih belum ke sekolah Haziq memandangkan keputusannya pun tidak diumumkan di sini. Tepat jam 10, akak buat semakan result melalui SMS. Berdebar menunggu balasan sms, tak lama lepas tu, dapat reply keputusan Haziq 3A, 2B, 1C. Tapi tak dimaklumkan subjek apa yang dapat gred tadi. Walaubagaimana pun, akak amat bersyukur dengan keputusan itu bila dengar ada kawan inform anaknya takde A langsung. Dan sek lama Haziq pun pelajar paling cemerlang hanya mendapat 5A. 

Terus memandu ke sek Haziq selepas tu, majlis pengumuman keputusan sedang berjalan di sekolahnya. Satu persatu nama murid diumumkan bermula dari bawah. Sedih melihat anak-anak menangis sendu sedan bila target tak tercapai. Ada yang ditarget 6A, result sebenar 1A sahaja. Kesian sungguh. Dan paling sedih tenguk wajah guru-guru yang sugul dan kecewa kerana mereka telah berusaha keras siang malam mendidik anak murid mereka.

Haziq masih relax, akak panggil Haziq dan maklumkan padanya result yang beliau perolehi. Tenang je dia masa tu. Sekolah sini hanya seorang pelajar yang mendapat 4A, 4 orang mendapat 3A.Yang lain 2A ke bawah. Alhamdulillah, Haziq dan Ummi sama-sama dapat terima keputusan dengan tenang. Malah akak amat bangga dengan pencapaian Haziq ni memandangkan situasi UPSR tahun ni tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

Sebenarnya, apa yang paling membanggakan ummi ialah Bang Long tak pernah tinggalkan solat 5 waktu, setiap malam mesti mengadap ummi baca al-Quran, kadang-kadang bang long tolong ummi ajarkan adik-adik, dah 2-3 kali khatam al-Quran, anak yang paling suka tolong ummi tanpa banyak soal seperti adik-adik lain. Ini sebenarnya yang paling membahagiakan ummi.

Tahniah di atas pencapaianmu anakku. Doa ummi semoga bang long akan berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak soleh yang menjadi aset ummi dan baba setelah kami tiada nanti. Amiin.

2 comments:

  1. Terharu baca post sis... tahniah sis berjaya mendidik anak yg hebat ini.

    ReplyDelete