Friday 11 November 2016

Resepi Istimewa Prawn Macaroni With Cheese Yang Memikat Selera Anak-Anak

Rasa macam lama sangat tak share resepi kat blog ni. Hari ni akak nak kongsikan resepi western food lak. Anak-anak akak seramai 6 orang ni memang penggemar makanan Barat. Makanan-makan seperti Pizza, Spagetti, Makaroni, Lasagna, Chicken Chop dan seumpamanya tu memang menjadi pilihan dia orang lah. Kira dia orang ni jarang naik jemu kalau hari-hari makan jenis makanan western tu. Cumanya kena selang seli lah menunya.



Antara yang mereka suka sangat order kalau ke Secret Recipe sudah tentunya Prawn Macaroni With Cheese. So, hari ni disebabkan kemalasan ummi nak masak nasi dan lauk pauk maka terjadilah menu Prawn Macaroni With Cheese ni. Ok jom kita tengok resepinya.


Bahan-bahannya:


Pasta Makaroni (direbus dengan masukkan sedikit garam dan minyak). Dah selesai rebus boleh toskan.



Bahan Kuah:

Bawang Putih 3 ulas (cincang halus)

1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)

 2 - 3 sudu margerin (untuk tumis)

Udang yang telah dibuang kulit

Sekotak 1 Ltr Susu Segar @ Full Cream Milk (akak guna Dutch Lady)

2 sudu besar tepung gandum

1 kiub pati ayam

Garam secukup rasa

Serbuk lada hitam (ikut kesukaan)

Cheddar Cheese (dipotong dadu)

Sayuran seperti cendawan butang, lada benggala dan lain-lain ikut kesukaan.




Cara Membuat Kuah:



  • Panaskan margerin, Tumis kedua-dua jenis bawang dan masukkan udang dan bahan-bahan sayu jika ada. Goreng seketika. Pastikan api sederhana sahaja.



  • Kemudian masukkan tepung gandum, kacau seketika.



  • Masukkan susu segar 1 liter, diikuti kiub pati ayam, garam dan lada hitam. Kacau beberapa ketika.



  • Akhir sekali masukkan cheddar cheese yang dah dipotong dadu.



  • Biarkan mendidih sekejab. Bila dah masak tuangkan atas makaroni dan sedia untuk dimakan.



Mudah je kan? Ni kalau makan kat SR mau habis beratus ringgit kami anak beranak. Lepas ni boleh buat sendiri je lah..ok, selamat mencuba semua, jumpa lagi.