Sunday 13 November 2016

Kisah Di Sebalik Nama Dr. Forrest C. Shaklee

Korang kenal tak sapekah gerangan pakcik dalam gambar ni? Tu yg akak bergambar sebelah foto dia ni. Ha..kalau korang nak tau, dia ni bukan sebarang pakcik tau..inilah dia gambar pengasas Shaklee, syarikat pengeluar suplemen yg tersohor di dunia..ala vitamin yg akak dok makan dan jual ni la..



Hari ni akak nak citer sikit pasal Pengasas Shaklee ni..Nama penuh beliau ialah Dr. Forrest C. Shaklee..haa..nama syarikat ni pun diambil dari nama beliau lah. Macamna Dr. Forrest ni boleh terlibat dengan dunia kesihatan dan suplimen ni? Menurut kisah hidupnya, Dr. Forrest ni disahkan mengidap batuk kering sejak kecil lagi..dan betapa seriusnya penyakit batuk kering beliau.sehingga doktor mengesahkan beliau hanya boleh hidup sekitar 8 tahun sahaja.

Namun keluarganya tidak mengalah, mereka berpindah tinggal di kawasan yg mempunyai udara segar, jauh daripada pencemaran kerana mereka percaya anak mereka mampu sembuh dari penyakitnya jika tinggal di persekitaran seumpama itu..setelah beberapa lama keluarganya hidup 'berharmoni dengan alam', dengan mengambil pemakanan sihat dan segar serta menghidu udara yang tidak tercemar, akhirnya penyakit batuk kering Dr. Forrest semakin pulih walaupun kehidupan beliau tidaklah seaktif kanak-kanak lain.

Setelah meningkat dewasa, beliau sekali lagi diuji apabila beliau disahkan mengidap cancer. Setelah mendapat pengesahan daripada doktor, beliau mengambil keputusan untuk mengubati penyakit cancernya dengan mengamalkan makan tambahan yg bersifat semulajadi..

Diringkaskan cerita, akhirnya Dr. Forrest disahkan bebas daripada penyakit cancer yg dihidapi beliau. Beliau berbincang dengan anaknya utk menubuhkan syarikat suplimen supaya lebih ramau orang mendapat manfaat daripada kebaikan suplimen yg bersifat semulajadi ini. Dan syarikat itu beliau namakan sebagai Shaklee Corporation.

Dr. Forrest C. Shaklee juga merupakan orang yang mencipta mulvitamin yang pertama di dunia pada tahun 1915, yg dinamakan sebagai "vitalized minerals" yg sekarang ini dinamakan sebagai Vitalea. Ia merupakan multivitamin tertua di dunia yang berusia lebih 101 tahun. Dan kalau korang nak tahu, nama vitamin yg kita dok gunapakai sekarang ni pun diambil dr singkatan produk "vitalized minerals" yang Dr. Forrest cipta dulu.



Berbalik kepada gambar ni, ia diambil sewaktu trip percuma Shaklee ke Shaklee HQ di Pleasanton, California pada tahun 2014. Kalau korang nak tahu, konsep bangunan Shaklee HQ ni pun berdasarkan falsafah yg dipegang oleh Dr Forrest iaitu "Hidup Berharmoni Dengan Alam".

Di sini juga terdapat pusat penyelidikan khas yang dinamakan sebagai Forrest C. Shaklee Leadership Center. Di bangunan HQ Shaklee ni juga terdapat kerusi dan meja yg pernah digunakan oleh Dr. Forrest dulu dan yang bestnya kami dibenarkan bergambar kenangan kat kerusi dan meja tu..tgklah gambar akak yang sebelah kanan tu.

Oklah..dah panjang lak celoteh akak ni..nti kita ckp2 lg pasal ni ya..klu nak citer sejarah pengasas Shaklee ni memang tak habis 1 hari ni..hahaha..Teringin nak g HQ Shaklee? Jom la buat Shaklee sehabis baik. Nanti dpt la trip percuma Shaklee bagi.. Kalau belum join Shaklee, laju2 contact akak utk info lanjut k.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.