Monday 14 September 2015

Cara Membuat Bubur Pulut Hitam Versi Periuk Noxxa

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum..

Syukur atas kesempatan yang Allah berikan untuk saya kongsikan resepi di ruangan ini buat kesekian kalinya. Kali ini saya nak kongsikan resepi memasak Bubur Pulut Hitam menggunakan periuk Noxxa. Tujuan saya kongsi kat sini juga sebenarnya sebagai rujukan saya sendiri pada masa depan.
Kebelakangan ni ramai pula yang membeli dan menggunakan periuk tekanan Noxxa ni kan..saya pun tak terkecuali..saya beli masa bulan puasa hari tu tapi lepas raya baru saya mula menggunakannya. Sebelum nak guna tu saya survey la cara-cara penggunaan dan resepinya. Siap saya beli buku resepi lagi.

Alhamdulillah dah banyak resepi juga saya dah masak menggunakan periuk Noxxa ni. Dan kelmarin saya cuba masak  Bubur Pulut Hitam pula. Ok jom saya kongsikan cara membuatnya.

Bahan-bahannya
1 1/2 cawan pulut hitam (direndam selama setengah jam)
1 ketul gula melaka
2 sudu gula pasir (jika perlu)
1/2 kotak santan
1/3 tin susu cair
1 helai daun pandan
Secubit garam
Air secukupnya

Cara membuatnya

Air paras 1/5 sukatan yang tertera teping dinding periuk (bhgn dalam)

1) Toskan beras pulut hitam yang dah direndam selama setengah jam tadi dan masukkan ke dalam periuk Noxxa.
2) Masukkan air sehingga paras 1/5 (mengikut sukatan dalam periuk) bersama daun pandan.
3) Tutup periuk, putar picu ke arah "pressure".
4) Tekan HP 30 kali (HP30) kemudian tekan on.
5) Setelah 30 minit dengar bunyi "bip", selaraskan picu pada "steam" dan biarkan udara tekanan keluar sehingga habis dan selepas itu buka penutupnya.

Selepas 30 minit. Pulut dah lembut elok.



6) Tekan butang stir fry, masukkan 2 cawan air & gula melaka..didihkan.
7) Kemudian masukkan santan, susu cair, gula pasir (jika kurang manis) dan secubit garam. Kepekatan dan kemanisan bubur adalah mengikut selera masing-masing.

Bubur dah mendidih.


8) Masak sehingga mendidih dan tekan butang off.
9) Sedia untuk dihidangkan secara panas ataupun sejuk.

Siap!
Sekian dulu untuk kali ini. Lain kali boleh saya kongsikan resepi menggunakan periuk Noxxa yang lain pula. Bye..

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Inginkan harga kaseh sayang? Pm 019-2494819. Mulai 1 june 2016 syarikat naikkan harga 7.5%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarikat telah tangguhkan kenaikan harga barangan noxxa.

      Delete
    2. Syarikat telah tangguhkan kenaikan harga barangan noxxa.

      Delete
  3. Tumpang iklan ye. Mai beli dgn akak harga kaseh-sayang. Kalau nak harga ahli jadi ahli join group akak-harga ahli RM657.20. Tahun depan 2017 naik RM719 harga ahli. Akak jual RM690 FREE 4 ebook resepi noxxa. PM/Whatsapp 019-2494819 laju-laju...

    ReplyDelete