Wednesday 12 September 2018

Panduan Pengeluaran Wang KWSP Untuk Menunaikan Haji

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.


Alhamdulillah, hari ni saya terpanggil untuk buat perkongsian berkenaan urusan pengeluaran wang KWSP untuk tujuan menunaikan haji. Alhamdulillah, saya baru seminggu sampai ke tanahair selepas menunaikan haji dan berada di Madinah dan Mekah selama 47 hari.




Sebelum proses penyerahan surat jawapan tawaran haji yang saya terima pada bulan November 2017, saya baru dapat info bahawa boleh dibuat pengeluaran wang KWSP untuk tujuan menunaikan haji ni. Kebetulan, wang dalam akaun Tabung Haji belum saya penuhkan dan belum cukup dengan jumlah kos urusan haji tahun ni iaitu mesti ada dalam akaun TH sekurang-kurangnya RM10,000. Untuk serahkan surat penerimaan setuju menunaikan haji tahun ni, saya mesti penuhkan jumlah berkenaan dalam akaun TH.

Tarikh akhir untuk serahkan surat penerimaan adalah pada 6 Disember 2017, saya ke TH cawangan UTC Kuala Terengganu pada 4 Disember 2017 untuk cukupkan duit RM10,000 tu dan serahkan surat penerimaan setuju. Kebetulan, saya sengaja bersuara dan bertanya kepada staf kaunter TH tu berkenaan pengeluaran wang KWSP untuk urusan haji tu.

Rupanya, saya dimaklumkan oleh staf berkenaan, jangan penuhkan lagi akaun TH kalau betul saya nak keluarkan wang KWSP saya. Kalau dah penuh RM10,000 dalam akaun TH, saya tak dapat lagi keluarkan wang KWSP tersebut kerana katanya, wang KWSP hanya boleh dikeluarkan untuk urusan haji maksimum RM3000 sahaja yang bertujuan untuk menampung perbelanjaan tambang haji. 

Pihak KWSP akan pastikan akaun TH kita belum cukup RM10,000 baru kita dibenarkan untuk keluarkan duit tersebut. Jadi lepas berfikir beberapa lama dan atas cadangan staf TH tu juga, saya hanya cukupkan dalam akaun TH saya hampir RM7000 kerana saya nak cuba ke pejabat KWSP untuk keluarkan RM3000 itu. Lagipun, duit KWSP tu kalau sesaja nak keluarkan memang tak dapat la kan?

Tapi saya fikir, sempat ke dengan tempoh nak serah surat setuju tu, staf TH maklumkan insyaAllah sempat. Terus saya ke pejabat KWSP Kuala Terengganu untuk urusan seterusnya. Dan selepas dimaklumkan saya layak untuk memohon, saya terus isi borang berkaitan dan hanya perlu beri surat tawaran haji dan no akaun TH untuk dimasukkan duit.

Alhamdulillah, saya mohon pada pagi 4 Disember 2017, petang 5 Disember telah dikreditkan ke akaun TH saya. Dan pada 6 Disember 2017, saya terus serahkan surat penerimaan setuju untuk tunai haji pada tahun ini setelah mencukupkan lebih dari RM10,000 dalam akaun TH saya termasuk duit KWSP yang telah dikreditkan terus ke akaun TH sebanyak RM3000.

Surat pengesahan penerimaan tawaran haji yang saya terima
 selepas menyerahkan jawapan setuju


Berikut saya kongsikan beberapa info untuk urusan pengeluaran wang KWSP untuk urusan menunaikan haji..

• pastikan anda dah terima surat tawaran haji.

• pastikan amount dalam akaun TH belum cukup untuk bayaran haji (seperti dalam surat tawaran haji).

• minimum baki wang KWSP (akaun 2) untuk membolehkan wang dikeluarkan mestilah sekurang2nya RM4000.


• jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan (untuk mencukupkan bayaran haji) hanyalah RM3000.




• jika wang dalam akaun TH dah cukup utk bayaran haji tahun tersebut, anda tidak layak memohon.




• jika wang KWSP anda dlm akaun 2 tidak cukup RM4000 juga anda tidak layak memohon.




• bawa fotokopi surat tawaran haji dan salinan terkini akaun tabung haji anda untuk urusan pengeluaran di mana-mana cawangan KWSP.




• jika layak, duit akan dikreditkan terus ke akaun TH anda selepas tempoh lebih kurang seminggu. Dalam kes saya, keesokan hari dah dapat duit (dikreditkan ke akaun TH).


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang berhasrat untuk mengeluarkan wang KWSP bagi menampung perbelanjaan haji anda pada masa akan datang.

----

Oh ya, kepada anda yang berminat nak mencuba atau tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee, bolehlah hubungi saya untuk kita sembang-sembang lanjut. Kalau nak vitamin untuk kesihatan sepanjang menunaikan haji dan umrah pun saya boleh cadangkan yang terbaik. InsyaAllah..saya akan melayani anda sebaiknya.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: 



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu 

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.