Thursday 22 February 2018

Resepi Soft Cookies Ala Famous Amos Yang Sangat Sedap

Hai Assalamualaikum semua.

Hari ni akak nak share resepi untuk buat Soft Cookies ala Famous Amos. Anak-anak akak ni suka sangat beli Soft Cookies ni kalau jumpa booth Famous Amos. Soft Cookies ni bentuk dia besar sikit daripada biskut chips more tu. Rasanya lembut-lembut liat gitu.



Berbanding biskut choc chip Famous Amor yang kecik tu, anak-anak lebih suka beli soft cookies ni..tapi korang faham-faham je lah, sekeping harganya dah lebih RM4 tau. Jadi lepas godek-godek di youtube, maka terjumpalah satu resepi ni. Akak buat 2 kali adunan berbanding yang ditunjuk dalam video tu. Nanti korang carilah video tu kat youtube..hehe

Ok jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahannya:

1 cwn butter (cairkan)
1 cwn gula castor
1 1/4 gula perang (brown sugar) - gula blh kurangkan ikut kesukaan
2 biji telur
1sd esen vanilla
2 1/2 cwn tepung serbaguna/gandum
1sd kecil baking powder
1sd kecil soda bikarbonat
Coklat masakan (dark @ milk choc) @ klu xde sgt blh letak choc chips

Cara membuatnya:

1) Kacau (3-5 minit) kedua2 gula bersama butter yg dicairkan
2) Dalam bekas lain, pukul telur n vanilla hingga kembang.
3) Masukkan adunan telur ke dalam adunan gula n butter td dan kacau sebati
4) Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat ke dalam bekas adunan. Adun sampai sebati.
5) Akhirnya, masukkan coklat masakan yang telah dicincang ikut kesukaan (banyak @ sikit) atau coklat chips.

*Simpan adunan sekurang2nya 30 minit dlm peti ais.





6) Sudukan adunan dan susun atas dulang non-stick (tengok gambar).
7) Panaskan oven selama 10 minit, suhu 170-180°C.
8) Bakar cookies selama 12-15 min.
9. Biarkan sejuk seketika sebelum di susun dalam bekas.

Tengah bakar

Siap..


Itu sahaja perkongsian resepi kali ni. Akak dah 3 hari berturut-turut buat cookies ni tau. Suka sangat anak-anak. Siap cakap "rasa betul-betul sama macam soft cookies Famous Amos.." hehe

---

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.