Wednesday 20 April 2016

Impian Jadi Nyata..Kami Memenangi Tempat Kedua Peraduan Supermom Shaklee Story Musim Pertama.

Assalamualaikum..
Selamat bertemu kembali. Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria hendaknya.

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Supermom Shaklee Story (3S) Musim Pertama di pejabat Supermom. Peraduan yang berlangsung sejak November tahun lepas, telah mendapat sambutan yang amat baik dari semua SID dan pelanggan mereka di bawah group Supermom kelolaan Master Hadhatina & Master Mohd. Kamarul Bahrin. 

Peraduan 3S Musim pertama ini berlangsung dalam dua peringkat. Alhamdulillah akak berjaya bersama 10 peserta lain untuk masuk ke peringkat kedua walaupun niat awal hanya untuk berkongsi kebaikan Shaklee dan memeriahkan pertndingan. Pada peringkat kedua, setiap peserta perlu merakam video testimoni di pejabat Supermom sendiri. Pengalaman merakam video ini ada akak kongsikan di entri ini.  Dan kisah testimoni akak pula korang boleh baca di sini.

Hadiah-hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga


Hadiah utama bagi peraduan 3S musim pertama ialah Percutian ke Bali untuk 2 orang sementara hadiah Naib Juara pula adalah TV LED 32 inc. Memang kami sekeluarga mengimpikan untuk dapat hadiah TV tu sebab semua boleh dapat manfaat..akak, suami dan anak-anak seramai 6 orang ni.


Alhamdulillah, pada majlis penyampaian hadiah tersebut, akak diumum sebagai pemenang tempat kedua dan memenangi TV tersebut. Walaupun tak dapat hadir ke majlis tersebut kerana faktor jarak yang jauh, akak wakilkan upline akak untuk menerima hadiah tersebut. Berkat usaha mempromosi video akak tu dan doa seluruh ahlikeluarga, alhamdulillah impian kami sekeluarga menjadi kenyataan.

Ni lah hadiah kami..wakilkan upline tolong ambil. TQ ummi Mai..


Keputusan Pertandingan..

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada akak sepanjang pertandingan tersebut berlangsung. Oh ya..sekarang ni sedang berlangsung musim kedua pertandingan 3S ini dan hadiahnya lagi lah menarik. Tempat pertama percutian ke Disneyland Hong Kong. Korang boleh refer ke page Supermom Shaklee Story untuk maklumat lanjut. Mana tahu kan rezeki masing-masing, kot-kot dapat ke Hong Kong ke..kan best tu..kalau korang pengguna Shaklee dan ada testimoni benar dan menarik, sila lah join contest 3S tu..

Oklah, setakat ini dulu perkongsian akak kali ini. Hingga bertemu lagi. Bye..

10 comments: