Tuesday 22 March 2016

9 Petanda Awal Anda Mengalami Strok Haba Dan Cara Mengurangkan Suhu Panas Badan

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sana sini sekarang orang bercerita tentang cuaca panas yang sedang dihadapi oleh negara kita. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, cuaca panas dan kering yang berlaku di negara kita kini dijangka berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Ia adalah akibat atau kesan daripada fenomena El-Nino kuat yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Negeri yang dijangka paling teruk mengalami cuaca panas ialah di utara semenanjung seperti di Perlis, Kedah dan Penang. Namun begitu, kesannya turut dirasai di seluruh negara. Fenomena El-Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan jumlah hujan antara 20% - 60% dan kenaikan suhu sekitar 0.5 - 2.0 darjah celsius. Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan agar mengurangkan aktiviti luar supaya kesan-kesan negatif dari pendedahan berlebihan kepada cuaca panas seperti strok haba dapat dikurangkan.



Apakah Strok Haba?

Strok Haba atau "Heat Stroke" berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu secara mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan meningkat sehingga 41 darjah celsius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Sekiranya strok haba ini tidak dikawal, ia boleh menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal kerana ialah melibatkan komplikasi terhadap sistem saraf otak.



9 Petanda Awal Kita Mengalami Strok Haba.

1) Kerap sakit kepala, pening, kepala pusing dan kerap pitam atau pengsan.

2) Individu yang sering hilang fokus terhadap tugas atau aktiviti yang sedang dijalankan.

3) Lidah menjadi bengkak-bengkak.

4) Suhu badan naik mendadak melebihi 39 darjah celsius.

5) Nadi berdenyut laju.

6) Kulit kering dan kemerah-merahan.

7) Badan tidak berpeluh walaupun dalam suhu yang panas.

8) Badan menjadi lemah, tidak bermaya, otot lemah dan sering kekejangan.

9) Tekanan darah rendah.


Bagaimana Cara Mengurangkan Suhu Panas Badan?

Jika berlaku strok haba terhadap seseorang individu, antara langkah yang boleh diambil ialah:

1) Bersegeralah tempatkan individu terbabit di tempat yang teduh dan berhawa dingin. 

2) Dedahkan beliau kepada kipas angin.

3) Lap badan pesakit dengan tuala basah.

4) Mandikan beliau atau berendam dalam kolam untuk menurunkan suhu serta menyejukkan badan.

5) Banyakkan meminum air kosong untuk mengelakkan badan kekurangan air.


Bagi anda yang ingin mengambil suplimen ketika cuaca panas sebegini, amat disarankan untuk mengambil minuman pemberi tenaga dan penghilang dahaga terutamanya ketika cuaca panas iaitu Performance Drink. Minuman ini membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai produk Shaklee atau ingin membeli, boleh terus berhubung dengan saya di talian (call/sms/whatsApp) 013.4517098 (Pn. Najihah) @ emel ke najihah.abdul.mutalib@gmail.com. Anda juga boleh terus membeli secara online dengan menekan logo di bawah.