Monday, 20 November 2017

Punca dan Komplikasi Resdung Serta Cara Rawatannya Yang Selamat

Resdung adalah salah satu penyakit yang banyak di hadapi oleh kebanyakan orang pada masa kini. Ia menyerang tanpa mengira peringkat umur dan jika tidak dirawat, ia boleh menjadi kronik dan sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia boleh mengundang pelbagai masalah kepada si pengidapnya.



Resdung biasanya berlaku disebakan oleh virus, bakteria atau kulat. Menurut Dr. Amir Izwan bin Mohamed Dahan, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Menurut beliau, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.

Gejala Resdung.

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca Resdung.

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi Resdung.

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Menurut Dr. Amir Izwan, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Set Resdung Shaklee




Testimoni Pengguna

Kisah 1: Silawati Eila
"Set pertama sy dengan shaklee...set resdung..set ni la yg buat sy jatuh cinta dgn shaklee...nk share pengalaman mengambil alfalfa, bcomplex dgn vitamin c..ms mula2, memang tiap hari bersin, tekak asyik berkahak, nk2 bila bgn tdo..pastu hidung pon selsema..tp sy teruskan jugak mkn...bila da hmpir sebulan, sy dpt rasakn perbezaanya..sy da kurang bersin atau selsema bila bgn pagi, bila cuaca sejuk,bila sy terpaksa bermalam di luar, atau balik rumah lmbt...xde da bersin bila mkn budu, mkn tomyam seafood dan mkn benda2 yg allergic bg org resdung..muka pon da x gatal2 mcm dulu...alhamdulillah.."

Kisah 2: Wan Zainab Wan Muhammad


"Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.
Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.

Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk.

Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.
Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.
Selepas itu, saya memberanikan diri untuk mencuba satu jenama kosmetik tempatan. Kulit muka semakin pulih dan apabila saya berhenti menggunakannya, kulit muka ditumbuhi jeragat dan juga jerawat.
Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.
Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.
Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :

1. Gatal-gatal kulit muka hilang

2. Pori-pori mengecil

3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!
Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi."

Kisah 3: Norhafizah Zamri





"Nama saya Nurhafizah Zamri, saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak mengganggu setiap pagi hari-hari saya sejak dari sekolah lagi.


Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupon tempat kerja saya bersin setiap pagi ..arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan.



Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan. Bukan pada makanan laut seperti sotong udang dan ketam sahaja malah pada semua makanan seperti ayam dan ikan yang tidak fresh juga akan menyebabkan saya mengalami kegatalan pada hidung dan mata. Yang lagi teruk mata saya akan membengkak, berair dan gatal kemerahan dengan teruknya.



Boleh bayangkan tak saya juga tidak boleh membeli ayam di Tesco kerana ayam-ayam disana sudah tidak segar lagi. Pasar malam adalah hanya tempat saya membeli makanan basah .



Oleh kerana takutkan kehilangan hidung yang sering diperkataan saya mula cuba mencari penawar untuk permasalahan saya. 



Untuk permulaan saya hanya mengamalkan vitamin C sahaja dah sebulan kemudian baru lah menambah Alfalfa sebagai 1 set resdung.



Saya konsisten makan dalam sebulan dan telah menunjukan tidak balas bahawa saya tidak lagi bersin diwaktu pagi dan mengalami kegatalan pada mata dan hidung saya.



Saya juga boleh makan makanan laut tanpa berpantang lagi seperti selalu. Alhamdulillah ..akhirnya saya keluar dari masalah saya yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sejak dari sekolah lagi."

Jika anda ingin mendapatkan Set Resdung Shaklee boleh berhubung dengan saya seperti no tertera di bawah. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan klik butang order di bawah. Pembelian secara online amat mudah, boleh menggunakan kad debit atau kredit. Setelah pembelian dibuat, boleh hubungi saya untuk konsultasi selanjutnya.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.