Monday 23 October 2017

Cikgu Ini Kongsikan Cara Beliau Legakan Masalah Ulser Mulut

Ulser mulut merupakan perkara biasa yang boleh berlaku pada semua orang. Namun begitu, keadaan ulser yang dialami oleh seseorang mungkin berbeza antara satu dengan yang lain. Sehingga kadangkala ia boleh menjejaskan aktiviti seharian si pengidap ulser itu.



Kebiasannya, apabila berlaku ulser, individu itu akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Walaupun nampak ulser ini tidak begitu kritikal sakitnya tetapi ia boleh menjejaskan produktivit kerja harian seseorang. Jika tidak diambil tindakan sewajarnya, pesakit boleh juga terkena demam dan kelesuan akibat ulser mulut yang berpanjangan. Dan ada di kalangan pesakit yang sentiasa mengalir keluar air liurnya akibat ulser ini.

Testimoni Pesakit Ulser Mulut

Kali ini akak nak kongsikan dengan anda semua kisah seorang cikgu yang dulunya amat kerap mengalami ulser mulut. Alhamdulillah kini beliau telah bebas ulser setelah konsisten mengambil vitamin Shaklee. Jom ikuti kisah beliau.

Apa khabr semua? Nama saya Nor Silawati binti Ngah. Saya lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan FB terutama rakan-rakan SID. Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffect Cik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX.


Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yg sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41kg ke 43kg. Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.

Kisah Dahulu 


Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa. Kenapa mengganggu? kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan. Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.


Sekali terkena, dua atau tiga biji. Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar. Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala. Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu. Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut. Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.


Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.


Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni. Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.

Apa Yang Cik Laa Amalkan?


Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung. Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi dan Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.



Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak. Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut. Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap. Makan pon jadi kurang selera.


Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur. Bila di ingat balik, mungkin asbab konsisten 4 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut dan Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sndiri. Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah...


Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut? Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor. Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.


Sebagai contoh ESP, iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa. Selain itu, Zinc juga sangat membantu dalam penyembuhan luka tapi sekakarang Zinc takde stok. Boleh ganti dengan Vitalea kerana dalam Vitalea jugak ada kandungan zinc.


Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.


B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.

Syukur...Masalah Ulser Dah Selesai


Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini. Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.


Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan. In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.

Alhamdulillah seronok dengar cerita cikgu Sila ni kan? Jika anda berminat untuk dapat vitamin Shaklee sebagai ikhtiar untuk merawat ulser anda, boleh terus order secara online dengan hanya klik butang order di bawah. Atau boleh juga menghubungi akak melalui medium di berikut untuk sembang lebih lanjut mengenainya.




Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.