Tuesday 20 December 2016

Percutian Singkat Ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.

Cerita ni dah tiga minggu berlalu, tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan lambat sikit Kak Jiah dapat update entri tentang kisah percutian kami ke Bukit Gambang Resort City. Sebenarnya ia adalah percutian yang tak dirancang, maksud akak bukannya plan dari awal, dua tiga bulan sebelum..bukan..ini kira on the spot punya plan jugak la.



Kisahnya pada 24-26 November yang lepas iaitu Khamis sampai Sabtu akak terpilih sebagai peserta Bengkel Penyelidikan anjuran UMT bertempat di Resort World, Kemaman. Kiranya 25 November tu bermulanya cuti sekolah bagi anak-anak. Disebabkan tiada yang dapat jaga anak-anak akak sebab suami hanya akan sampai ke Terengganu pada Khamis malam Jumaat, maka slot bengkel pada hari Khamis dan malamnya akak tak dapat hadir. Alhamdulillah pihak urusetia memahami masalah dan kekangan yang akak hadapi dan akak diberi keizinan untuk hadir ke bengkel tersebut mulai pagi Jumaat.

Bila dapat tahu ada bengkel tu iaitu seminggu sebelumnya, baru akak terfikir nak bawa anak-anak sekali ke Resort World, Kemaman..alang-alang dia orang pun tengah bercuti kan. Jadi bila diskas dengan kawan, dapatlah kami share bilik yang disediakan penganjur dan dia juga bawa ahli keluarga. Makanya bilik yang akak tempah personal tu kami kongsi berdua bayarannya dan kawan tadi ambik bilik yang disediakan oleh urusetia. So, save la bajet kan..ini pun dicadangkan oleh pihak urusetia jugak memandangkan ada juga peserta yang ingin membawa ahli keluarga.

Bila akak dapat tahu Bukit Gambang Water Park tak jauh sangat dari Kemaman, maka akak ambil keputusan nak bawa anak-anak mandi manda di sana. Kami bermalam satu malam sahaja di Resort World Kemaman, habis je Bengkel jam 12 tengahari terus kami check out dari hotel tu. Sebelum bertolak ke Bukit Gambang, sempat akak dan suami layan permintaan anak-anak untuk tengok filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng di Mesra Mall Kertih, tak jauh dari Resort World Kemaman. Jam 3 lebih baru kami semua bertolak ke Bukit Gambang.

Perjalanan mengambil masa sejam lebih sikit je, jam 5.30 mcm tu kami sampai di Bukit Gambang Resort City. Akak dah booked awal penginapan di BGRC tu, tiga hari sebelum bertolak ke sana. Akak booked bilik untuk famili di Carribean Bay, bayaran semua sekali satu malam lebih kurang RM400 . Sebabnya ada caj tambahan sebab anak ramai kan. Family Room ada 2 bilik dan bilik air dan satu ruang tamu, juga ada tv. Akak tak pasti mungkin ada penginapan yang murah lagi dari bilik yang akak pilih tu. Lagi pula akak ni anak-anak dah 6 orang, belum masuk akak dan suami lagi. Dan bilik yang akak booked tu pula tak termasuk makan tau. Dan lagi satu, walau dah buat bayaran penuh secara online, waktu nak check in tu masih kena bayar deposit RM100 dan akan diberi semula masa check out.







Tapi, kedai makan banyak je area situ. Malam tu kami keluar jalan-jalan area Gambang dan makan malam kat restoran berdekatan je. Kiranya tak perlu risau la tentang makanan sebab gerai makan banyak. Disebabkan keletihan, kami tak ikut pun Night Safari, kami pilih untuk pergi ke Water Park sahaja seharian esoknya supaya anak-anak puas bermain di situ. Tiket masuk ke Water Park untuk dewasa RM45 dan kanak-kanak RM35. Kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 110cm tidak dikenakan bayaran.

Paginya, kami terus check out dan pegi sarapan di gerai berhampiran. Jam 9.30 baru kami ke Water Park sampailah hampir jam 4 baru anak-anak selesai. Jom akak kongsikan gambar-gambar kami sepanjang berada di BGRC dan water park tu. Sebenarnya anak-anak yang suka sangat main air ni. Ummi dan baba join la sekaki..hehe

Jom layan gambar kami masa kat sana..















Ok, itu saja coretan akak kali ni..sehingga berjumpa lagi. Byeeee...


Sunday 18 December 2016

Aktiviti Riadah Malam di Jeti Sungai Merbok (Jeti Semeling) Untuk Seisi Keluarga

Masa balik kampung minggu lepas, sempat Kak Jiah bawa anak-anak ke kawasan Jeti Sungai Merbok atau lebih dikenali sebagai Jeti Semeling tak jauh dari rumah kami di Bandar Laguna Merbok. Ia juga merupakan laluan utama kami sekeluarga pulang ke rumah mak abah di Kampung Singkir. Sebenarnya, dah beberapa kali suami Kak Jiah suarakan pada akak dan anak-anak yang dia nak bawa kami ke situ sementelaah akak dan anak-anak pulang bercuti di Kedah (maklumlah, kami kan PJJ Kedah-Terengganu). Katanya waktu malam, macam-macam aktiviti riadah ada kat situ.


Kebetulan suami Kak Jiah pernah ke situ sekali ke dua kali, lagipun memang dekat sangat dengan rumah kami yang suami duduki di BLM tu. Kata suami, ada orang main roller blade, scooter, basikal, ada belon panas (masa dia pergi tu) dan macam-macam aktiviti lagi lah.



Jadi anak-anak apa lagi, memang excited sangat lah nak pergi. Lagipun memang dia orang ada roller blade sorang satu, seronok sangat lah kalau main kat situ kawasan tar yang luas. Malam yang dijanjikan, lepas selesai solat Isyak semua kami pun keluar dari rumah mak di Singkir. Plannya kami terus ke TESCO dulu sebab ada nak beli barang. Lepas selesai semua baru ke Jeti Semeling tu. Masa sampai dah jam 10 malam lebih. tapi orang masih ramai.


Kat situ, ramai yang buat sewa scooter, roller blade, basikal, kereta dan motor untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi. Penjual dan pengusaha yang buat sewa tu lebih kepada konsep car boot. Untuk scooter, sewaan untuk 15 minit (kanak-kanak) dikenakan bayaran RM5. Untuk scooter dewasa 15 minti RM8. Basikal berkembar 3 tu kami tak naik lak, so tak pasti berapa bayarannya.


Tempoh sewaan untuk sejam pun ada. Tapi Kak Jiah tak pasti berapa bayarannya sebab kami sewa untuk 15 minit saja. Ada juga peniaga yang menjual makanan dan minuman, pakaian kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Anak-anak seronok sangat main kat situ. Memang sesuai la bawa anak-anak ke situ pada waktu malam especially waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Santai-santai bersama keluarga kan. memang best, si maknya pun teruja nak naik scooter tu..haha..jom layan video yang sempat Kak Jiah rakam malam tu.





Ok, sampai sini dulu coretan Kak Jiah kali ni. Sehingga berjumpa lagi..bye..


Saturday 17 December 2016

Percutian Mewah Lima Bintang Ke Langkawi Tajaan Shakee Khas Buat Insan Kesayangan

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Pada 19 hingga 21 November yang lepas, para leaders Shaklee yang layak menyertai insentif trip percutian mewah Shaklee telah berlepas ke Pulau Langkawi. Haa..salah sorang daripada mereka ialah Kak Jiah la. Alhamdulillah, sejak join Shaklee kira-kira 4 tahun lepas dah 3 tahun berturut-turut Kak Jiah layak join trip percuma Shaklee.


Bermula pada tahun 2014, Kak Jiah dapat join trip 5 bintang Shaklee ke Global Conference Shaklee di Long Beach, Californa, USA. Masa tu kami juga dibawa melawat ke Sans Francisco dan HQ Shaklee di Pleasanton. Itulah pengalaman pertama Kak Jiah join trip Shaklee..dah tu terus layak dapat international trip lak kan. Memang teruja sangat la kan.

Tahun 2015, Kak Jiah dapat 2 tiket join national trip lak. Masa tu Shaklee bawa jalan-jalan KL je lah. Tapi tinggal di hotel Palace of The Golden Horses. Wah..memang teruja jugak sebab kalau biasa-biasa takdenye nak tinggal hotel mewah gitu kan.

Dan tahun ni lak, alhamdulillah Kak Jiah dapat tiket ke Pulau Langkawi pulak. Tapi Kak Jiah tak dapat join, last minute dah tu..so Kak Jiah bagi je nama suami untuk gantikan Kak Jiah. Yang bestnya trip Shaklee ni, kita boleh berikan hadiah tiket kita tu pada insan tersayang termasuk pasangan, anak atau ibubapa kita termasuklah mak dan ayah mertua kalau yang empunya diri tak dapat join.


Walaupun Kak Jiah tak dapat join diorang ke Pulau Langkawi tapi Kak Jiah sentiasa dapat update dari suami dan rakan-rakan leaders yang ada di sana. Walaupun hanya ke Pulau Langkawi, tapi bila ditaja secara percuma denga status percutian mewah pulak tu, pasti sape pun akan teruja kan?

Suprise Gift

Suprise Gift

Duit Poket

Shaklee bagi macam-macam, dari bagasi, tiket flight, t-shirt, dah tu duit poket pun bagi lagi. Penginapan lak bukan calang-calang hotel, diorang menginap di Westin Hotel. Kat Hotel siap dapat suprise gift dari Shaklee. Makan pun sedap-sedap tau.

Bilik Hotel


Trip tempohari diorang dibawa melawat ke beberapa tempat menarik seperti Cable Car dan Kilim Geo Park..malam pulak ada dinner dan juga dibawa ke tempat shopping menarik di Langkawi. jom Kak Jiah tunjukkan gambar-gambar menarik sepanjang mereka berada di sana.








Korang adik kakak kalau ada yang nak merasa trip percuma Shaklee macam ni, jom lah sertai Shaklee di bawah team Kak Jiah. InsyaAllah kalau korang betul-betul bersemangat waja, korang pun akan merasa pelbagai insentif menarik dari Shaklee.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Resepi Tepung Goreng Rangup Yang Pasti Memikat Selera Seisi Keluarga

Assalamualaikum.

Dah lama Kak Jiah asyik bertangguh nak kongsikan resepi tepung goreng rangup dan sedap ni dengan anda semua. Maklumlah, macam-macam kerja nak kena buat..kena dahulukan yang penting dulu lah kan? Betul tak?


Sebenarnya dah beberapa bulan Kak Jiah kongsikan secara "live" di fb resepi dan cara bancuh tepung goreng rangup ni. Suka-suka je pada asalnya buat "live" tu. Tak sangka lak video live tu jadi viral sampai ke negara jiran Singapura dan Brunei. Ratus ribu org view video tu..tak kurang ribuan orang share dari sehari ke sehari. Sampai jadi "femes" sekejab Kak Jiah masa tu..haha.. kat bawah ni la video yang viral tu..



Nak citer lagi pasal video tu, disebabkan viral tadi, sampaikan ada page masakan yang copy video Kak Jiah masuk page diorang akhirnya sekali lagi video tu jadi viral..tak pe, Kak Jiah tak kisah sangat pun pasal tu sebab seronok sebenarnya berkongsi ilmu dengan orang ramai ni..walaupun mungkin ramai yang tahu pasal tips ni, tapi lebih ramai lagi yang tak tahu tentangnya.

Dan disebabkan video viral tu jugak, ramai yang bagi feedback positif lepas mencuba resepi tepung goreng rangup ni. Semua bagitau diorg buat menjadi dan sedap sangat. Ada yang bgtau Kak Jiah, "suami dan anak-anak saya makan habis, berpinggan-pinggan". "Suami dan mak mertua aku berebut makan pisang goreng yang aku buat guna resepi tepung hang tu Jiah..". "Suami saya tak suka makan pisang goreng sebelum ni tapi lepas cuba resepi akak, dia jadi suka pulak.." Haa..ni lah antara komen kawan-kawam yang dah cuba.

Goreng cempedak pun sodap

Jadi, anda semua mesti cuba tau resepi tepung goreng rangup ni. Tepung ni boleh buat goreng pisang, cempedak, ubi keledek, sukun dan seumpamanya. Ok jom kita tengok resepinya..

Bahan-Bahannya:
1 1/2 - 2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kunyit (untuk kuningkan sikit, klu tak nak pun tak pe)
Air masak secukupnya


Cara Membuatnya:


Mudah saja, campurkan kesemua bahan dengan air dimasukkan sedikit demi sedikit. Kak Jiah bancuh atau adun guna tangan je. Adun biar sebati, tambah air jika tepung nampak agak pekat. Adunan biar jangan terlalu pekat atau tidak terlalu cair.


Tepung yang siap diadun

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan buah-buah kesukaan anda (pisang, cempedah dsbnya..) dan gorenglah sehingga keperangan. Angkat dan toskan atas redai. Sedap dimakan ketika panas.

Selamat mencuba semua. Jumpa lagi ya.


Wednesday 14 December 2016

Banyaknya Pintu Rezeki Dari Allah Buat Kita

Mungkin ramai dari kalangan kita yg sering mengeluh, atau tertanya2 dlm diri sendiri..kenapa rezeki aku selalu je tak cukup..kenapa perniagaan aku masih tak berjaya..kenapa kehidupan aku masih susah..sedangkan aku dah bekerja keras..aku buat mcm semua sifu aku ajar..aku kerja keras pagi petang siang malam..kiranya usaha dr segi fizikal tu mmg complete lah. Tapi masih jgk tak "kaya" macam orang lain..masih jgk tak berjaya macam orang lain..



Terkadang kita selalu terlupa bahawa byk lagi amalan2 pembuka rezeki yg kita sering pinggirkan. Kita merasakan usaha keras kita dah cukup utk mendambakan rezeki.dari Allah..tp kita terus lupa tentang amalan rohani yang kita anggap remeh tapi sebenarnya itulah amalan yang menjadi sebab musabab Allah melimpahkan rezeki buat hambaNya.

Tatkala pintu2 rezeki lain telah tertutup, pintu2 ini sentiasa terbuka..cumanya kita sentiasa kena ketuk2nya selalu. Ada bbrp amalan pembuka pintu rezeki yg sering kita lupa..akak nk kongsikan di sini bbrp perkara sbg ingatan buat diri sendiri.dan rakan2 jg..antaranya ialah:

1) Istighfar.
Merupakan salah satu pintu rezeki yg terbesar. Semakin kerap kita beristighfar, semakin hampir pintu rezeki dibuka utk kita. Hadis riwayat Abu Dawud ada menyatakan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yg selalu beristighfar, maka Allah akam membuka jalan keluar daripada setiap kesempitan, memberi ketenangan daripada setiap kebimbangan dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka."

2) Luangkan masa untuk ibadah.
Kadang2 kita bekerja keras sampai terlupa utk menjaga masa kita dgn Allah. Ibadah wajib kita buat sambil lewa, apatah lagi ibadah sunat. Dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: " wahai anak Adam, luangkanlah masa untuk menyembahku, nescaya Aku akan memenuhi hatimu dgn kekayaan dan Aku akan tutupi kefakiranmu. Jika engkau enggan, maka Aku akan sibukkan hatimu, namun Aku tidak.menutupi kefakiranmu." (Riwayat Ibn Hibban)

3) Menjalinkan Silaturrahim.
Ia bererti kita menjalinkan hubungan silaturrahim dgn orang yg telah atau belum kita kenali. Dlm hal ini, kita mesti bersikap ramah, sopan dan sentiasa bermanis muka. Jangan malu dan segan utk memulakan salam atau menegur terlebih dahulu. Sabda Rasululkah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah silaturrahim." (Riwayat al-Bukhari)

4) Bersedekah atau Infaq pada jalan Allah.
Bab bersedekah ni pun kita sering abaikan..sedangkan bersedekah ini adalah antara pintu utama untuk membawa rezeki melimpah ruah kepada kita. Berilah walau sedikit, insyaAllah akan diganti dengan sesuatu yg lebih banyak. Menurut Riwayat al-Bukhari berkenaan sedekah (infaq) ini, Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari dua malaikat turun ke bumi, salah satunya berdoa: "Ya Allah, berilah ganti untuk orang yang menginfakkan hartanya." Yang satu lagi berdoa: "Ya Allah, berilah kebinasaan bagi orang yg menyimpan hartanya."

Dalam bab bersedekah ni, akak teringat kata2 al-Marhum Ustaz Dato' Dr. Haron Din.."jangan tunggu kaya baru nak bersedekah.." sbb kadang2 kita ni sgt berkira2 utk memberi..dalam hati terdetik: "duit aku sendiri tak cukup, mcmna nak bersedekah". Dan macam2 lagi la kan.. Betul tak? Dulu2 akak pun kdg2 ada terfikir mcm ni..tp sbnrnya, bersedekah dikala kita sgt memerlukan duit tu lg afdhal. Tak semestinya bersedekah dgn harta, kita menolong org dlm kesusahan pun dikira sedekah.

Pernah tak korang rasa lps bersedekah walau sedikit atau lps korang bantu ringankan beban org lain..tau bg pertolongan pd kwn2 dsbgnya, rezeki korang mcm mudah sgt masuk? Akak sendiri pernah rasa tau..lps bantu org lain, atau sedekah, Allah teruskan gantikan sedekah tu dgn order yg masuk sikit ataupun byk..kdg2 Allah beri rezeki melalui suami atau anak2 kita.

Jom akak nak share 10 tips mudah utk sedekah:

° Bersedekah dgn ikhlas dan jujur kerana Allah.
° Jangan mengungkit atau menyakiti hati penerima.
° Tak perlu fikir nilai pemberian, kecil atau besar.
° Ukirlah senyuman ketika bersedekah.
° Bersedekah ketika kita sendiri sangat memerlukan.
° Sentiasa bersangka baik dgn Allah. Bukan semua balasanNya bersifat cash and carry atau magis.
° Berdoa dan mengharap agar Allah menerima setiap sedekah kita.
° Jangan menangguh2 niat utk bersedekah.
° Ingatlah bhw sedekah blh memadam dosa dan setiap kemurkaan Allah.
° Hiasi setiap amalan dgn bersedekah..contoh sblm solat, ketika berpuasa, ketika sedsng sibuk bekerja dll.

Mudah2an perkongsian ini dpt memberi manfaat buat kita semua dlm mencari rezeki halah dan mendpt redha Allah. Jom sama2 muhasabah diri supaya hidup kita lebih berkat hasil rezeki yg dikurniakan oleh Allah.

Ikhlas,
Al-Faqirah Ila Allah.
#kakjiah

#tsunamishaklee #liveAmazing #shakleeeffect #ejazG3 #OMSGroup #shakleegongbadak