Thursday 21 July 2016

Kisah Sedih Seorang Suami Yang Diserang Strok Secara Tiba-Tiba Tetapi Akhirnya Semakin Pulih Atas Usaha Si Isteri

Assalamualaikum.

Pasti ramai di kalangan kita yang pernah mendengar tentang penyakit strok kan? Tahukah anda bahawa strok adalah penyakit yang menjadi punca kematian ketiga di Malaysia selepas jantung dan kanser. Ia juga dianggap sebagai sebab utama kehilangan upaya yang teruk. Dianggar setiap tahun lebih 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Ha..jangan korang tak tahu, strok ni juga boleh menyerang semua peringkat umur termasuk kanak-kanak tetapi kebiasaannya dialami oleh orang dewasa.

Fungsi-fungsi otak. Sumber: www.nasam.org

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Akak nak kongsikan satu kisah yang amat beremosi tentang seorang lelaki yang diserang strok secara tiba-tiba. Kisah ini telah diceritakan oleh isterinya, Puan Hafza Aein. Jom kita ikuti kisahnya..

Suami Puan Hafza..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

Terima kasih Puan Hafza Aein sudi berkongsi cerita dengan ramai orang di luar sana. Alhamdulillah..sama-samalah kita berdoa agar suami puan Hafza kembalu pulih seperti sediakala. Jom tonton video testimoni kisah Puan Hafza dan suaminya.


Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai VIVIX, anda boleh hubungi akak di talian 013.4517098 | 016.8867098 (Puan Najihah)

Ayat-Ayat Motivasi

Assalamualaikum

Motivasi Buat Kita Semua..

*KENAPA AKU DIUJI ??..
QURAN MENJAWAB :*

Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

*KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??😞
QURAN MENJAWAB :*
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

*KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??😓
QURAN MENJAWAB:*
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

*KENAPA FRUST & STRESS ???😔
QURAN MENJAWAB :
* Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

*BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???😥
QURAN MENJAWAB :*
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

*APA YANG AKU DAPAT  ???..
QURAN MENJAWAB :*
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

*KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???😒
QURAN MENJAWAB :*
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

*AKU TAK SANGGUP !!!!..
QURAN MENJAWAB :*
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

*InsyaAllah _ayat-ayat_ di atas bisa menjadi pencerahan buat kita semua & selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan.
Alhamdulillah......*

#cnp

Galakan Berusaha dan Berikhtiar Dalam Islam

Assalamualaikum wrt. wbt.


Ada segelintir manusia yang sering mengeluh dan menyalahkan takdir apabila ditimpa sesuatu musibah atau ujian dalam hidup mereka. Manusia sebegini sering menyalahkan orang lain walaupun hakikatnya diri mereka sendiri tiada inisiatif, usaha atau ikhtiar untuk memperbaiki keadaan. Contohnya jika mereka ditimpa kemiskinan, tiada usaha yang mereka lakukan untuk mengatasi kemiskinan tersebut. Mereka lebih suka merintih dan menyalahkan takdir kenapa mereka dilahirkan demikian. Manusia sebegini lebih suka meminta-minta daripada orang lain, bahkan ada juga yang hanya duduk menunggu bantuan tiba.

sumber: carian google

Begitu juga keadaannya jika seseorang itu diberi ujian oleh Allah dengan penyakit yang sukar untuk sembuh seperti kanser, SLE, leukemia dan seumpamannya. Bagi mereka yang tiada semangat, mereka mungkin hanya duduk terbaring dan merintih dengan keadaan yang mereka alami. Hanya menunggu dan terus menunggu takdir dan berdoa memohon kesembuhan daripada Allah, tanpa sebarang usaha untuk berubat kerana kononnya penyakit ini tiada ubatnya. Tak perlu bersusah payah kerana akhirnya akan ‘sampai ajal’ juga.

Konsep dan fahaman sebegini adalah salah sebenarnya di sisi Islam. Pepatah Arab ada menyebut “man jadda wa jada” yang bermaksud sesiapa yang bersungguh-sungguh (yakni berusaha) pasti akan dapat. Dalam satu hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “..ikatlah untamu, kemudian bertawakkallah..”. “Ikatlah untamu” dalam hadis ini membawa maksud bahawa kita mestilah berusaha atau melakukan sesuatu sebelum bertawakkal atau menyerah kepada Allah.


Dalam al-Quran, ada merakamkan kisah tentang Nabi Ayyub yang diuji oleh Allah dengan penyakit kronik yang terlalu lama sehingga menjangkau 100 tahun. Menurut kitab Durratun Nasihin menceritakan bagaimana Nabi Ayyub adalah seorang kaya yang pemurah, dikurniakan rezeki dan zuriat yang ramai. Dalam masa yang sama baginda sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Namun, Allah telah menguji kesabaran Nabi Ayyub apabila hartanya habis dibakar oleh iblis, kemudian baginda menderita pula penyakit kronik sehingga masyarakat sekeliling termasuk isteri dan ahli keluarga baginda sendiri menjauhi dan meninggalkannya. Nabi Ayyub berusaha mengubati penyakitnya dengan pelbagai ikhtiar namun masih tiada bertemu penawarnya.

Salinan buku HT3S

Sehinggalah pada suatu hari baginda berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani..”, surah al-Anbiya ayat 83. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya. Allah memakbulkan permintaan Nabi Ayyub dan tidak membiarkan nabi-Nya menderita lagi. Allah memerintahkan Nabi Ayyub supaya menghentakkan kaki ke tanah lalu keluarlah air yang sejuk dan dingin sebagai penawar kepada penyakit yang baginda alami. Kisah ini ada dirakamkan dalam surah al-Anbiya ayat 84. Dengan izin Allah, penyakit Nabi Ayyub telah pulih bahkan baginda dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda, ahli keluarga dan masyarakat turut kembali kepada baginda.

Daripada kisah Nabi Ayyub ni, menyaksikan kepada kita bagaimana seorang nabi pun turut melakukan usaha dan ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit dengan pelbagai cara walaupun pada hakikatnya, baginda boleh saja duduk berdoa sepanjang masa memohon bantuan daripada Allah. Dan analogi daripada perintah Allah yang meminta baginda menghentak kaki ke tanah adalah satu usaha juga untuk mencari penawar kepada penyakit yang baginda alami.

Namun begitu, harus saya tekankan di sini bahawa sebagai umat Islam kita hendaklah bergantung kepada Allah 100% tanpa ada rasa ragu-ragu. Mohon dan berdoalah kepada Allah secara berterusan dan istiqamah sama ada pada waktu senang mahupun susah. Hadis riwayat Hakim ada menyebut: “Ingatlah Allah di waktu senangmu, maka Allah akan mengingatimu ketika susah..” Jangan pula kita terus melupakan peranan Allah sebagai Yang Maha Menyembuhkan tatkala ditimpa kesakitan, tanpa memohon secebis doa pun daripada-Nya. Sehinggalah saat kritikal baru kita nak mengingati Allah seolah-olah kita membelakangi kekuasaan-Nya. Sewajarnya, memohon, berdoa dan ingatlah Allah terlebih dahulu sebelum kita melakukan sebarang usaha dan ikhtiar dan setelah itu berdoalah lagi dan lagi sehingga akhirnya kita berserah dan bertawakkal kepada Allah Azza Wa Jalla.

Untuk dapatkan buku ini, boleh hubungi akak 013.4517098


Kesimpulannya, sebagai umat Islam beberapa perkara berikut perlu kita amalkan dalam kehidupan kita tatkala ditimpa ujian mahupun musibah:

1)    Meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.
2)    Sentiasa mengingati Allah dan berdoa kepadaNya SEBELUM dan SESUDAH berusaha atau berikhtiar.
3)    Sentiasa SABAR dan REDHA dengan ketentuan Allah.
4)    Melakukan USAHA dan IKHTIAR dengan YAKIN, JUJUR dan IKHLAS.
5)    Sentiasa BERSYUKUR atas apa sahaja hasil atau keputusan yang diperoleh.
6)    Sentiasa MUHASABAH diri sendiri, tanpa menyalahkan orang lain, menyalahkan takdir atau bersangka buruk dengan Allah dan manusia lainnya.


Wallahua’lam bissawab.

Ditulis Oleh:

Dr. Najihah binti Abdul Mutalib
Pensyarah Kanan
Jabatan Kenegaraan dan Peradaban
Pusat Pendidikan Asas dan Liberal
Universiti Malaysia Terengganu.

Nota kaki: Artikel ini telah disiarkan dalam buku Himpunan Testimoni Supermom Shaklee Story yang diusahakan oleh Group Shaklee Supermom.

Tuesday 19 July 2016

Bawang Putih: Antibiotik Semulajadi Untuk Tubuh

Assalamualaikum.

Berapa ramai kat sini yang suka makan bawang putih mentah, cer angkat tangan? Selalunya kita ni memang susah sikit nak telan makanan atau minuman berubat ni mentah2 kan?

Bawang putih adalah salah satu tumbuhan atau makanan herba yang telah digunakan oleh orang-orang dulu untuk memperbaiki kesihatan tubuh.badan. Ia dapat menguatkan sistem imun tubuh badan kita dan merupakan antibiotik semulajadi yang amat efisien bg melawan pelbagai jenis penyakit.

Sebab tu org tua2 suka buat ulam je bwg putih ni..tapi kan, kalau korang tak dapat mkn bwg putih mentah tu, jgn risau..sbb Shaklee ada Garlic Complex.

Yang untungnya Garlic Complex Shaklee ni juga mengandungi ekstrak herba Rosemary dan Spearmint. Ha..untung tau, beli sebotol Garlic, dpt mkn sekali 2 herba td..klu nak g cari sendiri daun herba tu entah bila nak jumpa kan?

Meh akak kongsikan bbrp fungsi Garlic Complex Shaklee, antaranya:

» Menguatkan sistem bagi melawan pelbagai penyakit.
» Herba Spearmint dapat menigkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
» Menghalang elergi spt sinus, asthma, hidung sensitif, selsema dll.
» Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
» Mencegah kanser.
» Menurunkan kolesterol.
» Menstabilkan glukos.






Cadangan pengambilan: 2 tablet sehari. Tak perlu lagi nak telan bwg putih sampai terpaksa tutup hidung bagai kan? Ya..inilah alternatif terbaik bagi anda..

Untuk info lanjut, boleh hubungi akak di talian 0134517098 | 0168867098

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu,
Dr. Najihah Abdul Mutalib.

#tsunamishaklee
#team6

Monday 18 July 2016

Kenapa Tubuh Kita Perlukan Imuniti Yang Tinggi?

Dalam keadaan cuaca sekarang ditambah pula dengan cara pemakanan serta bahan mentah (makanan) yang kita ambil sehari-hari amat memungkinkan kita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.
Golongan kanak-kanak dan warga tua, tak terkecuali kita juga sangat perlukan perisai bagi mencegah penyakit-penyakit terutamanya yang mudah berjangkit dr mendekati tubuh badan kita. Sebab tu lah kita perlu mencari perisai awal utk mencegah semua ini berlaku.
Akak memang risau kalau salah sorang anak jatuh sakit..maklumlah dalam keadaan anak 6 ni dan sorang diri pula menjaga mereka, kalau berjangkit memang parah jadinya..
Jadi, sebagai langkah pencegahan awal..inilah beberapa jenis vitamin yang akak dan anak-anak makan ikut situasi dan keadaan.

° Nutriferon - ummi & anak (makan bila perlu shj).
° Chewable Vita C - anak-anak ambil setiap hari.
° SR Vita C Plus - ummi ambil setiap hari.
° Omega Guard - anak-anak ambil setiap hari, ummi - bila perlu.
° Garlic Complex - ummi ambil bila perlu.
Kalau korang nak tahu, inilah antara vitamin pilihan keluaran Shaklee yang mempunyai fungsi yang terbaik untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan kita.
Kalau korang masih tercari-cari suplimen atau antibiotik semulajadi yang selamat dan bebas bahan kimia, Shaklee lah jawapannya. Hubungi akak untuk info lanjut ya.
SHAKLEE - Halal . Selamat . Berkesan . Semulajadi.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu,
Dr. Najihah Abdul Mutalib
013.4517098 | 016.8867098
#tsunamishaklee
#team6
#shakleekualaterengganu
#oms #annajah

Wednesday 13 July 2016

Tanggapan Saya Terhadap MLM Berubah Setelah Kenal Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Bertemu Kembali..

Dulu akak selalu baca ttg Bisnes MLM yg diumpamakan seperti sistem piramid atau skim cepat kaya. Hanya orang bawahan yg perlu kerja keras..leaders atau pimpinan atas hanya boleh duduk goyang kaki tapi duit masuk.

Ada juga bisnes MLM yg akan dapat duit hanya.dengan menaja orang. Siapa join dulu dia akan dapat keuntungan selama-lamanya..dan mcm2 lagi lah sogokan cerita2 ngeri dan sadis yg akak dengar ttg bisnes MLM ni..


Tapi...segala tanggapan salah akak terhadap sistem MLM ini berakhir setelah mengenali Shaklee...bisnes MLM tidak salah, tapi bagaimana ia dioperasikan oleh para pengamalnya itu yg perlu diperhalusi.

Alhamdulillah, setelah mengenali Shaklee akak boleh katakan disini bahawa Shaklee adalah salah satu bisnes MLM yang PATUH SYARIAH sebagaimana yg digariskan oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.

Shaklee menjual barangan yg berkualiti dan diiktiraf Halal..semua produk Shaklee melalui ujian klinikal dan kajian yang mendalam oleh para pakar dan saintis Shaklee. Tiada barangan yg memudaratkan dan haram yg dikeluarkan oleh Shaklee.

Shaklee menjual produknya pada harga yg sangat berpatutan sesuai dgn kualiti produknya. Tiada barangan yg dijual dgn harga yg terlalu mahal sehingga menindas para pembeli. Contohnya Vitamin C Shaklee dijual pada harga RM92.50 sebotol yg mengandungi 180 biji dan tahan sehingga 6 bulan. Bahkan harga ahli lebih murah dari harga jualan.

Keuntungan yang diperoleh oleh para pengedar Shaklee adalah berdasarkan hasil jualan produk bukan keuntungan atas angin..lagi banyak mereka menjual lagi banyak bonus yang akan mereka perolehi. Pengedar Shaklee walaupun dia adalah seorang leader yang mempunyai 100 orang dibawahnya, sekiranya jualannya adalah 0, maka dia tidak akan mendapat apa-apa bonus. Malah, jika orang bawahannya yang berusaha lebih, dialah yang akan mendapat bonus lebih berdasarkan usahanya.

Segala bonus dan keuntungan telah dijelaskan dengan terperinci oleh pihak Shaklee dalam Kit Permulaan yang diperolehi setelah seseorang itu join Shaklee..dan selalunya para leaders akan menerangkan dengan lbh lanjut sekiranya seseorang itu ingin serius berbisnes Shaklee. Dengan kata lain tiada keuntungan tersembunyi dalam Shaklee.

Bonus leadership yang diperolehi oleh para leaders hanya setakat 6 level sahaja..itupun jika leaders itu aktif menjual dan menaja..tidak seperti sesetengah bisnes MLM yg masih mendapat bonus leadership sehingga level 10 ke atas..ini memungkin leaders itu tidak kenal dan tidak mampu untuk mengadakan coaching sebaiknya..

Para leaders kami sentiasa membantu ahli bawahan sama ada dgn mengadakan kelas online mahupun offline..tapi dlm dunia kecanggihan IT sekarang, kelas online lebih praktikal memandangkan para ibu terutamanya tak perlu lagi keluar rumah pada waktu mlm dan sebagainya..

Inilah beberapa perkara tentang MLM Shaklee yang dapat akak sebutkan di sini dan semua ini akak dapat lihat dan alami sendiri setelah sertai Shaklee, sebab tu lah sampai sekarang akak masih setia dengan Shaklee kerana akak mempunyai keyakinan yang tinggi dengan bisnes Shaklee.

Selain itu, akak juga memang mengamalkan dan menggunakan produk-produk Shaklee jadi mudah bagi akak utk explain lanjut kepada pelanggan. Lagi pula, semua urusan jualbeli hanya dilakukan secara online! Sangat mudah kan?

Lagi satu yg buatkan akak jatuh cinta dgn Shaklee bila mana akak tengok leaders dlm group kami tiada yang suka menunjuk-nunjuk kekayaan mereka seperti sesetengah leaders dalam bisnes MLM lain. Malah kehidupan mereka nampak biasa sahaja walaupun sebenarnya mereka mempunyai pendapatan yang membanggakan.

Dan perkara yang paling "mengikat" akak dengan group Shaklee kami ialah amalan rohani dan ukhuwwah sesama ahli yang amat ditekankan oleh para leaders dan ahli kumpulan..hubungan kami bukan setakat rakan bisnes bahkan lebih daripada itu..banyak mengajak kepada amalan kebajikan dan inilah sebenarnya perkara yang paling akak sayang setelah sertai Shaklee.

Anda ingin merasai semua ini dan banyak lagi? Jom sertai akak dan grup kami hari ini. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee, hubungilah akak di talian 0134517098 atau 0168867098..atau terus pm akak di facebook akak melalui link ini.