Tuesday 24 May 2016

Projek "Brownies Untuk Cikgu" Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Dah beberapa akak bertangguh untuk menulis entri berkenaan sambutan Hari Guru tahun ini. Dek kerana kekangan masa membuatkan akak asyik terlupa mengenainya. Sementelaah sekarang ni pula akak agak sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah..memang tak menyempat rasanya.

Tapi, disebabkan akak ingin simpan kenangan itu dalam blog ni, maka akak curi-curi masa juga untuk menulisnya. Sekurang-kurangnya dapat akak tunjukkan pada anak-anak bila besar nanti. Dah menjadi kebiasaan bagi akak dan anak-anak akan sediakan sedikit hadiah atau cenderamata kecil buat para guru yang mengajar anak-anak setiap kali tiba Hari Guru. Ia hanyalah sebagai tanda terima kasih kami buat para guru yang telah mendidik dan mengajar anak-anak di sekolah mahupun PASTI atau Taska UPM.

Sementelaah tahun ni pula adalah sambutan Hari Guru terakhir anak-anak di Bintulu memandangkan tak lama lagi kami akan berpindah ke Terengganu..jadi anak-anak memang 'excited' sangat nak berikan hadiah kenangan buat guru mereka.

Setelah berfikir-fikir apa yang nak diberikan kepada guru anak-anak kali ni, akak mencadangkan kepada anak-anak supaya sama-sama membaking brownies untuk diberikan kepada guru mereka. Anak-anak suka je sebab memang brownies ni menjadi favourite mereka..tiap kali buat memang habis lah.

Jadi bertungkus lumuslah kami anak beranak menyiapkan brownies untuk cikgu ini. Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Dan inilah hasilnya...anak-anak sangat gembira dan tak sabar nak berikan hadiah buat para guru mereka..di sini akak sediakan gambar-gambar brownies untuk tatapan korang semua..ok, sehingga bertemu lagi..bye..

p/s..untuk resepi brownies ni, korang boleh tengok di link ini..






Tuesday 17 May 2016

Buah Pinggang Bocor: Alhamdulillah..Selepas Minum Vivix Shaklee Sebotol, Keputusan Ujian Buah Pinggang Suami Saya Kembali Normal

Assalamualaikum.

Salam ceria buat semua. Akak nak kongsikan testimoni pelanggan akak berkaitan penyakit Buah Pinggang Bocor. Korang semua tahu tak apa itu penyakit Buah Pinggang Bocor atau dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai Nephrotic Syndrome? Alhamdulillah, sejak akak menjadi pengedar Shaklee ni, banyak juga akak dapat ilmu dan info tentang penyakit-penyakit yang sebelum ini kadang-kadang akak tak pernah ambil tahu pun. 

Tapi selepas terjebak dengan Shaklee, sedikit demi sedikit akak cuba mencari info dan dapat perkongsian juga dari rakan-rakan SID tentang sesuatu penyakit. Selalunya bila dapat pelanggan yang mengalami sebarang penyakit, kami akan refer pada ahli group dan sama-sama diskas sebab ada kalangan ahli group yang pernah mengalami atau ada maklumat tentang penyakit berkenaan.

Penyakit Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Antara gejala atau tanda-tanda seseorang mengalami penyakit ini ialah pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

Sebelum akak mendapat info daripada seorang rakan bahawa suaminya mempunyai tanda-tanda penyakit ini, akak memang dah agak familier dengan penyakit Buah Pinggang Bocor. Sebabnya sebelum ini akak ada dapat customer yang mengalami penyakit yang sama. Ditambah pula salah seorang ahli group Shaklee akak, suaminya juga mengalami penyakit ini. Memang kami selalu juga berdiskusi dalam group tentang penyakit suaminya. Dan yang lebih mengujakan ialah, suami kawan akak ni dah sembuh sepenuhnya selepas mengambil Vivix Shaklee. 

Korang boleh rujuk testimoni beliau dalam video ini..


Alkisahnya, berbalik kepada customer akak tadi, customer ini yang juga kawan akak menghubungi akak untuk membeli set kehamilan untuk beliau. Dalam masa bercerita tu, dia kongsikan dan minta pandangan tentang penyakit suaminya, yang telah berjumpa dengan Dr.., dan Dr memaklumkan suami beliau mempunyai gejala penyakit buah pinggang bocor. Beliau sangat risau dengan situasi itu kerana suaminya masih muda dan beliau ingin berikhtiar dengan Vivix Shaklee.

Setelah akak menunjukkan video di atas dan bercerita serba sedikit mengenainya, beliau dan suami bersetuju untuk membeli 2 botol vivix Shaklee. Mereka berusaha untuk consume vivix sebelum temujanji seterusnya dengan Dr pakar. Alhamdulillah, selepas sebotol minum Vivix, suami beliau menghadiri temujanji dengan Dr., dan alhamdulillah keputusan ujian darah menunjukkan beliau bebas daripada penyakit buah pinggang bocor.

Berikut adalah perbualan akak dengan pelanggan akak tadi. Syukur sangat bila dapat kongsikan dengan ramai orang tentang Vivix dan bagaimana ia dapat membantu pesakit buah pinggang bocor kembali normal dengan izin Allah.




Info Tentang Vivix


  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantumelambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.


  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imunitas (kekebalan) dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Jika anda inginkan info lanjut tentang VIVIX atau sebarang jenis produk Shaklee, jangan segan silu untuk berhubung dengan akak melalui whatsApp atau mesej ke no 013-4517098 (Pn. Najihah). Anda juga boleh berhubung dengan akak melalui emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com. Anda juga boleh membeli VIVIX secara online hanya dengan klik  DISINI atau jika ingin membeli produk Shaklee yang lain boleh klik DISINI.

Sekian dulu perkongsian kali ini, sehingga berjumpa lagi. Bye. 

Tuesday 10 May 2016

Pengakuan Eksklusif: Saya Tertipu Dengan Bisnes Shaklee!!

Assalamualaikum wrt. wbt.

Korang semua mesti pernah dengar cerita-cerita atau kisah orang atau kawan-kawan korang yang pernah tertipu oleh bisnes skim cepat kaya, bisnes MLM dan seumpamanya kan? Sampaikan ada yang terpaksa bergolok bergadai sebab nak membayar hutang along yang dibuat semata-mata nak melabur dalam bisnes yang 'konon'nya boleh memberi keuntungan dan pulangan yang besar.

Haa..kali ni akak pun nak buat pengakuan esklusif tau..selama ni akak memang pendamkan saja, tak nak heboh-heboh nanti korang semua tau habis. Tapi, akak dah tak boleh tahan lagi dok simpan penipuan Shaklee ni. Gelisah akak dibuatnya..mana taknya, makin dibiarkan, makin menjadi-jadi pula kegilaannya.



Kalau korang nak tau, masa akak mula join Shaklee dulu (agak lama dah, tahun 2012 dulu) niat akak hanya nak beli vitamin Shaklee dengan harga ahli je. Akak tak tahu pun rupanya Shaklee ni bisnes MLM sebab upline akak tak pernah sebut pun pasal ni. Kiranya produk-produk Shaklee ni kalau bukan dari syarikat MLM pun, ia tetap laku. Sebab apa akak cakap macam ni? Sebab produk Shaklee semua bermutu tinggi, dijamin selamat, HALAL, semulajadi dan telah menjalani ujian klinikal oleh para saintis terkemuka. 

Jadi, tak perlu nak paksa-paksa orang untuk membeli. Bahkan pelanggan yang datang dan hubungi akak sendiri tanpa sebarang paksaan. Kat sini dah awal-awal akak tertipu sebab apa yang ada dalam fikiran akak adalah sebaliknya. Kalau sebut MLM akak dah imagine ia adalah satu bisnes penipuan..jenis bisnes yang suka paksa-paksa orang membeli. Dah la paksa, kena pula beli stok banyak-banyak, kalau takde duit kena la korek atau pinjam kat mana-mana semata-mata untuk pelaburan yang besar saat ingin join sesetengah MLM tersebut kononnya akan dapat pulangan juga yang besar-besar sahaja.


Rupanya akak tertipu dengan MLM Shaklee! Kalau upline akak awal-awal lagi bagitau akak yang Shaklee ni MLM mungkin akak takkan join disebabkan tanggapan awal akak tentang MLM tadi. Kenapa akak kata akak tertipu? Sebab setelah akak join, akak tak kena paksa pun beli produk atau stok banyak-banyak. Ikut suka akak lah nak beli banyak mana pun. Bila dah masuk group support kami, akak sendiri yang terbuka hati untuk kongsi kebaikan Shaklee dengan kawan-kawan di FB..


Akak berani share tentang kebaikan Shaklee ni sebab akak sendiri dan guna produk-produknya dan akak sendiri dah merasai kebaikan Shaklee. Lepas akak share tu, tibaa-tiba ramai pula kawan-kawan akak yang tertarik nak beli Shaklee. Akak tertipu lagi. Akak memang tak tau yang akak akan dapat bonus yang lumayan macam ni. Dah la dapat untung runcit, setiap tengah bulan dapat pula bonus tunai dari Shaklee..siap terus masuk dalam akaun bank lagi. Memang sangat-sangat membantu akak untuk menambah sumber kewangan keluarga. Maklumlah anak ramai dalam hidup yang serba mencabar ni, memang kepala asyik memikir je apa-apa kerja sampingan yang boleh dibuat untuk kebaikan akak sekeluarga. Lepas jumpa bisnes Shaklee ni, memang akak tak fikir pasal bisnes lain dah. 

Sebelum join Shaklee dulu, akak ada dengar juga sesetengah MLM tu, bila orang tu dah melabur atau membeli sekian-sekian produk, upline terus menghilang diri bila dah dapat keuntungan besar. Tapi yang peliknya dengan bisnes Shaklee yang akak join ni, para upline sangat-sangat supportive terhadap downlines dan ahli group mereka. Siap menganjur pelbagai aktiviti dan bagi hadiah yang lumayan lagi terhadap pencapaian yang ditunjukkan oleh para ahli group mereka tak kira dah level ke berapa pun. Memang akak best sangat..dah la tak kedekut ilmu, duit, masa dan tenaga juga tak berkira. Lagi sekali akak tertipu dengan tanggapan awal tadi gara-gara Shaklee!

Lagi satu kalau korang nak tahu, pihak pengurusan Shaklee sendiri memang sangat transparent! Contohnya setiap tengah bulan bonus Shaklee pasti akan dapat..tak pernah lewat tapi awal ada lah. Jika berlaku apa-apa kejadian, mereka pasti bertanggung jawab dan tak pernah pula mereka nak lari bersembunyi bagai..apa-apa bonus atau intensif yang ahli patut dapat, pasti akan dapat. Contohnya bonus kereta, bonus kepimpinan, bonus pelancongan dan lain-lain lagi. Pasal bonus dan insentif ni akak tertipu juga sebab sebelum join Shaklee ni akak tak tau pun boleh dapat macam-macam intensif daripada Shaklee ni.

Akak nak bagitau korang ni, sejak akak join Shaklee antara intensif yang akak dah dan pernah dapat ialah bonus tunai hasil jualan produk Shaklee, bonus kepimpinan, bonus kenaikan pangkat, bonus kereta, bonus pelancongan dan lain-lain lagi. Untuk bonus pelancongan tu akak dah pergi ke USA secara PERCUMA dan melancong dalam negara. Ha..ini memang benar-benar tertipu tau sebab sangat-sangat tak sangka akan dapat semua ni!!

Kalau korang nak tau juga, akak jalankan bisnes Shaklee ni secara part-time je. Kerja hakiki akak sebagai pensyarah berjalan seperti biasa. Akak cuma kongsikan kebaikan Shaklee ni di fb, instagram dan blog di luar waktu kerja, hujung minggu dan hari cuti sahaja. Tapi mesti ada kerajinan, keinginan, usaha dan konsistensi. Kalau korang tak percaya apa yang akak cakap ni, cuba korang tengok video ni..malas la akak nak cakap lebih-lebih, korang tengoklah sendiri pengakuan daripada Puan Fatimah Azzahra ni..

Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.

Kan betul apa akak cakap. Bisnes Shaklee ni memang menipu. Gambaran akak tentang MLM sebelum sertai Shaklee terus tersasar jauh setelah menyertainya. Bahkan akak jadi makin seronok pula kerana disamping dapat menjana pendapatan sampingan untuk keluarga, akak juga dapat berkongsi kebaikan Shaklee dan membantu ramai orang di luar sana..

Rupa-rupanya, penipuan yang akak nyatakan ini sebenarnya adalah kelebihan yang ada dalam bisnes Shaklee berbanding bisnes MLM yang lain. Jadi akak ingin mengajak kawan-kawan semua..yang sedang mencari-cari ruang untuk menjana pendapatan sampingan, ayuhlah serta akak dan ahli group kami untuk sama-sama merebut peluang yang Shaklee tawarkan untuk semua.

Jika korang semua berminat untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee, korang boleh hubungi akak di talian 013-4517098 (whatsApp / sms) atau pm di FB akak Najihah Abdul Mutalib atau melalui emel najihah.abdul.mutalib@gmail.com. InsyaAllah akak akan cuba menjawab segala pertanyaan korang tentang Shaklee.

Setakat ini dulu perkongsian akak kali ini, sehingga bertemu lagi. Bye..

Monday 9 May 2016

Resepi Brownies Kedut Kurang Manis Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Akak doakan semoga korang semua sihat-sihat hendaknya disamping keluarga tersayang. Alhamdulillah, kali ini akak nak kongsikan resepi Brownies Kedut yang menjadi kegemaran anak-anak.

Sebenarnya, resepi ni asalnya akak ambik dari blog blogger masakan terkenal iaitu Azlita Masam Manis tapi akak ada tokok tambah sikit ikut kesesuaian. Dah beberapa kali jugak akak cuba buat Brownies Kedut ni, alhamdulillah kali ni akak buat kurang manis sebab tu jgk dapat makan banyak sikit. Kalau manis-manis sangat, boleh makan sikit je. Anak-anak pula kalau ummi masak apa saja menu terutamanya yang berasaskan coklat memang diorang suka sangat. Kali ni pun diorang yang minta buat sebab dah lama sangat ummi tak mem'baking' untuk diorang. Sekejab je licin brownies ummi.

Boleh hias ikut kesukaan anda

Memandangkan ramai kawan-kawan fb yang minta akak kongsikan resepi Brownies Kedut ni, jadi untuk tidak menghampakan korang semua, akak share di blog ni je lah..lepas-lepas ni akak pun senang nak refer. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya..

400 gm coklat compound (coklat masakan) - boleh guna Dark Coklat kalau nak kurang manis.
150 gm mentega / margerin / butter
4 biji telur ayam
160 gm gula perang (boleh juga gunakan gula castor tapi kurangkan dalam 20 gm untuk kurang manis)
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (boleh juga gunakan tepung gandum di campur 1 sudu kecil serbuk penaik)
30 gm serbuk koko

Bahan-bahan yang digunakan mudah je untuk dibeli. Petua untuk jadi kedut yang elok, pastikan korang menggunakan coklat masakan dan serbok koko yang bermutu tinggi. Kalau beli coklat yang harga murah, kadang-kadang tak jadi langsung kedutnya. Yang akak buat ni pun ada dua versi, kali pertama guna coklat masakan mahal sikit, dan kedutnya cantik sikit. Yang kedua kurang sikit kedutnya sebab guna coklat masakan lain. Tapi rasnya lebih kurang sama je. Bila dah siap sedia bahannya, jom akak kongsikan cara membuatnya pula..


Langkah Pertama:

Potong kecil-kecil coklat masakan dan masukkan dalam bekas bersama-sama dengan marjerin. Cairkan keduanya menggunakan kaedah double-boiler hingga coklat dan marjerin larut bersama. Kacau dan pastikan tidak berketul. (Double-boiler: panaskan coklat dalam bekas yang diletakkan atas air yang mendidih).

Langkah Kedua:

Pecahkan 4 biji telur ayam dan masukkan ke dalam satu bekas, masukkan gula dan pukul atau kacau menggunakan whisk. Pastikan gula hancur dan kemudian masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati.

Langkah Ketiga:

Ayak tepung bersama serbok koko supaya keduanya tidak berketul. Ketepikan.

Langkah Keempat:

Tuangkan aduna telur, gula dan esen vanila ke dalam bekas coklat yang telah cair tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan campuran tepung dan serbok koko sedikit demi sedikit sambil terus 'mengacau' adunan hingga benar-benar sebati.

Baru masuk oven

Langkah Kelima:

Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 160-180 darjah (bergantung kepada jenis oven) selama 15 minit, menggunakan api atas bawah. Alas acuan brownies (11"x11") yang telah disapu marjerin menggunakan kertas minyak. Kemudian masukkan adunan brownies dan bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak. Untuk lebih elok kejadian brownies korang, pastikan dibiarkan sejuk seketika dengan merenggangkan pintu oven sedikit selama beberapa minit. Setelah itu, boleh la korang potong brownies korang menggunakan cutter atau pisau. Siap dan sedia untuk dimakan.



Ini brownies kedua yang akak buat, kedutnya kurang sikit sebab menggunakan coklat lain jenama




Haa..macam tulah cara nak buat brownies kedut ni. Senang je kan? Macam kacang je bagi sesiapa yang selalu membaking tu. Kalau korang nak campurkan badam cincang pun boleh tau. Ok, resepi dah ada, korang mesti cuba buat tau. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh je korang tanya kat blog ni dan kalau dah buat tu, boleh juga share gambarnya di sini.

Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi ya...bye...