Wednesday 17 February 2016

Memantau Pelajar Praktikal di Kedah dan Perak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada minggu lepas saya selesai membuat pemantauan pelajar-pelajar jurusan Diploma Perniagaantani (DPNT), Jabatan Sains Sosial, UPM Kampus Bintulu Sarawak yang sedang menjalani latihan praktikal di beberapa buah agensi di Kedah dan Perak. Latihan praktikal atau latihan industri wajib dilakukan oleh para pelajar diploma di UPM Kampus Bintulu dan bagi pelajar DPNT mereka perlu melaluinya pada semester terakhir iaitu semester 6. 

Dan pada semester ini, para pelajar dibenarkan memilih tempat dan agensi untuk menjalani latihan praktikal di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Semester sebelum ini, hanya agensi yang terletak di negeri Sabah dan Sarawak sahaja dibenarkan kecuali pelajar yang mengalami masalah kesihatan dibenarkan membuat latihan industri di negeri masing-masing. Disebabkan pelbagai negeri yang ada, kami pensyarah terutamanya yang biasa dengan lokasi dan negeri-negeri berkenaan, dihantar untuk membuat pemantauan di sana. 

Saya telah ditugaskan untuk membuat pemantauan terhadap 11 orang pelajar yang menjalani LI di beberapa agensi di Kedah dan Perak seperti FAMA Alor Setar & Fama Batu Kurau, MADA Ampang Jajar, Alor Setar Kedah dan Pusat Ternakan Rusa di Kg. Semeliang, Kuala Nerang, Kedah. Alhamdulillah tugasan ini berjaya saya jalankan mulai 5 hingga 12 Februari yang lepas.

Di sini saya ingin kongsikan gambar-gambar sepanjang saya membuat pemantauan tersebut. Setakat ini dulu perkongsian kali ini. Sehingga bertemu lagi. Byee..

Pemantaua di MADA Ampang Jajar, Alor Setar. Bergambar dengan Penyelia Agensi dan para pelajar.

FAMA Alor Setar

Pusat Ternakan Rusa Kuala Nerang

FAMA Batu Kurau, Perak