Wednesday 27 January 2016

Resepi Waffle Paling Ringkas, Mudah dan Pantas.

Assalamualaikum.

Apa khabar puan-puan para ibu semua? Pasti ibu-ibu semua terutama yang ada anak belajar di sekolah rendah sibuk pagi-pagi memikirkan apakah menu sarapan dan bento anak-anak ke sekolah kan? Bagi yang dah buat jadual menu tu mudah la sikit, tak perlu nak pening kepala dok fikir menu sarapan pagi. Tapi bagi ibu-ibu macam akak ni, yang asyik bertangguh je nak buat jadual..memang kira tangkap muat je orang kata nak masak apa. 

Waktu malam tu anak-anak dah tanya: "ummi, esok kita makan apa..?" Ha..masa tu lah baru nak tengok stok makanan yang ada di dapur. Maklumlah, kadang-kadang nak memenuhi selera 5 orang anak berusia antara 3 tahun setengah hingga 12 tahun memang susah jugak tu. Nasiblah si baby kecik tu tak pandai nak memilih lagi. Asal ummi buat bubur je dia makan lah..hahaha

Ok kali ni akak nak share satu resepi ringkas dan mudah untuk membuat waffle. Tapi kena pastikan semua bahan-bahan ada kat rumah la. Resepi ni dah beberapa kali akak buat dalam bulan ni. Anak-anak pun suka. Ada entri yang lepas akak share resepi waffle juga tapi kali ni lain sikit. Resepi sebelum ni puan-puan boleh rujuk di sini ya. Bolehla anda cuba resepi waffle yang ni pula. Akak adun guna blender je. 

Beginilah rupa waffle yang akak buat..


Bahan-bahannya:

(Untuk sukatan tepung, susu cair, air & minyak, akak guna cawan rice cooker..saja nak memudahkan ibu-ibu semua)

3 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
2 cawan air suam
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu mentega
1/2 sudu kecil cream of tartar (kalau takde pun ok je)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ayam

Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga semua bahan sebati. Pastikan tepung-tepung tiada lagi melekat di tepi balang pengisar. Jika masih melekat, guna spatula untuk kikis tepung yang melekat dan kisar lagi hingga semua bahan sebati dan halus. Jika anda tengok adunan agak pekat, boleh tambah sedikit air dan kisar lagi biar sebati.

Sementara itu, panaskan waffle maker, bila dah sedia masukkan adunan dan bakarlah hingga masak. Hidang waktu masih panas bersama perisa kegemaran anda. Anak-anak akak suka makan bersama nutella, peanut dan jem strawberi.

Waffle Maker yang akak guna..beli kat Lazada je. 


Memang sekejab je nak sediakan adunan waffle ni tapi kena pastikan semua bahan-bahan dah tersedia lah. Kalau awal pagi tu buat memang sempat sangat lah. Semoga perkongsian resepi kali ini bermanfaat buat anda semua.

Sehingga berjumpa lagi.


Sunday 24 January 2016

Testimoni Pesakit Strok Semakin Pulih Setelah Mengambil Vivix


Assalamualaikum.

Mungkin ada di kalangan pembaca semua yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah strok. Mungkin juga anda semua dah mencuba pelbagai ikhtiar untuk menyembuhkan mereka dari penyakit strok ini. Kali ini akak nak komgsikan testimoni isteri kepada pesakit strok iaitu Pun Hafza Aen yang berikhtiar dan berusaha memberi Vivix kepada suaminya sebagai rawatan alternatif untuk merawat sang suami. Jom sama-sama kita ikuti kisah beliau.

----


Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bila dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.


Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...



(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Friday 22 January 2016

Resepi Mudah Siakap 4 Rasa

Assalamualaikum..

Terasa agak lama akak tak berkongsi resepi kat sini. Ada je sebenarnya resepi yang nak dikongsi tapi agak kesempitan masa nak menaip entri nya. Kebetulan sekarang akak tinggal di Bintulu bersama anak-anak je..suami dah dapat pindah balik semenanjung mulai awal Januari yang lalu. Memang terasa padat sangat masa sebab nak kena uruskan 6 orang anak dan selesai semua perkara. Jadi memang nak menulis entri blog ni kena cari masa di celah-celah masa yang ada. Tapi disebabkan memasak & penulisan ni dah agak sebati dengan akak, memang membuak-membuak je rasa nak menulis.

Ok, berkenaan resepi kali ni iaitu Siakap 4 Rasa akak ada buat baru-baru ni. Anak-anak suka sangat..suka akan rasanya dan suka ikannya. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang kaw punya lah! Siakap 4 Rasa ni anak akak yang bagi nama, sebab rasanya masam, manis, masin dan pedas. Jom akak kongsikan resepinya. Kalau ada yang ingin mencuba silakan ya.



Bahan-bahannya:

Untuk menggoreng ikan

1 ekor ikan Siakap - siap dibersihkan
1 biji telur
1/2 cawan tepung jagung
Sedikit garam

Untuk sambal tumis

3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
(Dimayang semuanya untuk tumis)
2-3 sudu besar cili kering kisar (blh krgkan atau lebih ikut kesukaan)
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos cili thai
Sedikit air
Garam & Gula secukup rasa
1/2 cawan nenas dipotong dadu
1/2 biji carot di potong memanjang
1 biji bawang besar dipotong bulat
Sedikit daun sup untuk hiasan

Cara membuatnya:

Celup ikan siakap ke dalam telur, kemudian ratakan tepung jagung yang telah dicampur sedikit garam. Goreng hingga kekuningan di dalam kuali yang mempunyai minyak yang agak banyak. Gorenglah sehingga masak, angkat dan toskan.

Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak masak tumis bawang merah, bawang putih dan halia, goreng seketika. Setelah itu masukkan cili kering kisar, kacau biar cili sedikit masak. Masukkan sedikit air, diikuti dengan ketiga-tiga sos tadi. Kemudian perasakan dengan gula dan garam kacau seketika. Akhir sekali masukkan nenas dan karot. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan bawang besar dan daun sup sebagai hiasan.

Menu ini sedap dimakan ketika masih panas bersama nasi yang masih panas juga. Dari segi rasanya, ia adalah mengikut citarasa korang semua. Sama ada nak lebih pedas, manis, masam atau masin. Resepi ni akak tak letak cuka sebab dah ada ketiga-tiga sos tadi dan air yang keluar dari buah nenas juga.

Sesekali masak spesel untuk keluarga memang seronok. Terutamanya bila tengok mereka makan bertambah. Jadi korang mesti cuba buat ni ya.

Setakat ini dulu, sehingga berjumpa lagi. Bye & wassalam.

Cara Penyediaan dan Penyimpanan Puri Sayuran dan Buah-Buahan Untuk Bubur Bayi

Assalam dan salam bahagia buat mommies semua.

Amacam semua dah guna tips untuk sediakan bubur bayi macam yang akak kongsi baru-baru ni? Alhamdulillah dari feedback yang akak terima, ramai juga yang seronok dapat tips jimat masa tu. Sebenarnya akak pun dapat info tu dari fb juga dan terus kongsikan di sini supaya senang nak rujuk bila diperlukan.

Ok, kali ni akak nak share cara penyediaan dan penyimpanan puri buahan dan sayuran untuk bubur bayi pula. Masa awal-awal kita perkenalkan makanan pejal pada bayi, elok kita beri puri saja tanpa perlu dicampur dengan bubur nasi. Sebab perut bayi baru nak belajar menerima makanan pejal. Macam anak akak Huda masa 6 bulan akak mula perkenalkan makanan pejal, akak mulakan dengan memberi puri buah pisang, betik, epal, labu dan beberapa jenis buahan lagi.

Puri yang sedia untuk dibekukan.

Selepas itu, bila dah menginjak ke usia 7 bulan, akak pelbagaikan lagi jenis buahan dan sayuran..dan sedikit demi sedikit akak mula buat bubur nasi dicampur dengan puri-puri tadi. Antara manfaat kita pelbagaikan jenis buahan dan sayuran untuk makanan bayi adalah supaya bayi kita tidak cerewet atau tidak menolak makan sayuran dan buahan bila usia makin berganjak.

Kebanyakan cara penyediaan puri senang sangat. Kita hanya perlu merebus atau.steamkan sayuran atau buahan itu sehingga lembut. Kemudian masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dan lembut. Kalau kita nak perkenalkan puri pada awal usia 6 bln, puri tersebut boleh dicampur susu ibu dan dikisar halus.

Puri yang dah beku simpan dalam apa-apa bekas dan masukkan dalam freezer


Dari segi penyimpanan pula, puri yang disimpan sejuk tanpa beku mampu bertahan sehingga 3 hari dengan syarat tiada sentuhan dengan tangan atau kbjek yang tercemar. Dan jika dibekukan, ia dapat bertahan sehingga sebulan lamanya. Caranya masukkan dalam bekas berbentuk kiub dan bekukan. Bila dah membeku, keluarkan dari bekas kiub dan masukkan dalam plastik lutsinar atau apa-apa bekas yang selamat.

Bila bubur hampir masak, masukkan puri-puri tadi dan masak lagi hingga sebati

Inilah hasilnya


Sewaktu memasak bubur nasi, ambik seketul puri @ berapa je yang anda suka (boleh juga dicampur 2 @ jenis puri) dan masukkan ke dalam periuk bubur tersebut. Cara ini memang akan menjimatkan masa para mommies semua sewaktu di dapur. Puri-puri ini boleh disediakan awal pada hujung minggu atau pada malam hari untuk kegunaan sepanjang minggu.

Ok saya rasa sampai sini dulu perkongsian saya kali ini. Moga bermanfaat buat anda.

Thursday 21 January 2016

5 Perkara Wajib Patuh Sebelum Memilih Pakaian

Assalamualaikum wrt wbt.

Didoakan semoga anda semua berada dalam Rahmat dan Rahim Allah SWT. 

Isu tentang pemilihan pakaian ni memang tak dapat lari daripada hidup kita sehari-hari. Apa taknya, kita memang memerlukan pakaian untuk menutup aurat dan ia merupakan perkara asas yang perlu penuhi. Dan dalam Islam sendiri, antara nafkah yang wajib diberikan oleh seorang suami terhadap anak isterinya ialah dari segi pakaian.



Namun begitu, dalam keghairahan kita memilih dan membeli pakaian, terkadang kita lupa bahawa adanya had tertentu yang digariskan oleh Islam terutamanya buat para penganutnya yang mengakui beragama Islam. Biasalah kita ni terutamanya wanita, kadang-kadang tengok baju cantik je terus nak beli, sehinggakan terlupa nak pastikan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam atau tidak.

Jom sama-sama kita tengok, apakah 5 kriteria yang Islam gariskan dalam memilih pakaian supaya kita tidak terpesong jauh daripada tuntutan agama.

1. Adakah pakaian itu menutup aurat. 

Sebelum kita mengambil keputusan untuk membeli sebarang jenis pakaian, perkara yang paling utama perlu diberi perhatian ialah adakah ianya mampu menutup aurat kita dengan sempurna? Menutup aurat bukan bermaksud "membungkus" aurat. Kadang-kadang kita merasakan baju kita dah menutup seluruh aurat kita akan tetapi kita terlupa bahawa baju itu ketat, sendat, mengikut bentuk tubuh, jarang dan seumpamanya lagi.

Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raf, ayat 27 yang bermaksud: "Wahai anak Adam. janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, ia menanggalkan daripada keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.."


2. Adakah pakaian itu menyerupai pakaian berlawanan jantina dengan kita.

Dewasa ini, kita lihat telah ramai daripada kalangan wanita mahupun lelaki yang berpakaian menyerupai pakaian awan sejenis masing-masing. Perkara ini amat perlu kita ambil berat terutamanya para ibubapa supaya anak-anak kita tidak terjebak dengan situasi sebegini. 

Rasulullah saw bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari: "Allah melaknat lelaki yang bergaya seperti perempuan dan perempuan yang bergaya seperti lelaki."


3. Adakah pakaian itu menunjukkan kesombongan kita.

Elakkan daripada membeli pakaian yang dengannya kita terasa sombong dan bongkak serta lupa diri. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan leh al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan memandangnya pada Hari Kiamat."


4. Adakah pakaian itu diperbuat daripada bahan yang tidak halal.

Sebelum membeli pakaian, mesti dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang halal dan dibenarkan dalam Islam. Berkenaan ini, Rasulullah saw pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud: "Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum perempuan daripada umatku, dan diharamkan bagi kaum lelaki daripada umatku."


5. Adakah pakaian itu meniru pakaian penganut agama lain.

Islam juga melarang kita memakai pakaian yang menyerupai pakaian penganut agama lain. Sabda Rasululah saw yang bermaksud: "Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, ia sebahagian kaum itu."

Demikianlah 5 kriteria yang perlu kita fikirkan sebelum membeli pakaian untuk kegunaan diri sendiri mahupun ahli keluarga. Sama-sama kita ingat mengingat agar kita semua tak tersilap langkah dalam keghairahan kita memilih dan membeli pakaian.

Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua dalam memilih pakaian seharian. Setakat ini dulu perkongsian saya kali ini, semoga bertemu lai. Bye..

Tuesday 19 January 2016

Kenapa Orang Zaman Sekarang Perlu Ambil Suplimen?

Assalamualaikum.

Kali ni akak nak bercerita tentang kepentingan suplimen atau vitamin pula. Maklumlah. akak kan penjual vitamin..mestilah kena sebarkan kebaikan suplimen ni. Ada dalam kalangan kita sekarang bertanya kenapa orang sekarang digalakkan makan suplimen? Orang dulu-dulu tak ada lak makan macam-macam suplimen macam sekarang. 

Pandangan akak senang je, orang dulu-dulu mudah dapatkan makanan segar dan mentah yang bebas daripada pencemaran dan bahan kimia. Kita sekarang memang sangat tyerdedah dengan semua perkara tu. Sebab tu jugalah pelbagai jenis penyakit dan virus baru yang timbul sekarang ni. Suplimen ni bukan untuk mengubat tetapi lebih kepafa untuk mencegah. Jom akak share pandangan yang diberikan oleh group Supermom, group Shaklee under upline akak.


Berikut adalah sebahagian dari penerangan kami di #SupermomShakleeStory



1. Zaman sekarang banyak pencemaran samada yang disengajakan atau tak disengajakan...
Contohnya kualiti kandungan garam galian dalam tanah pada hari ini.... tidak sama seperti zaman dahulu dek kerana hujan asid yang terjadi akibat pencemaran asap kenderaan dan kilang-kilang... Zaman dulu tak ada asap kilang dan pembuangan sisa toksin kat sungai...


2. Zaman sekarang banyak pengubahan genetik dilakukan kepada tumbuhan dan ternakan. Contohnya ayam- ayam yang ada dipasaran kebanyakkannya telah disuntik supaya cepat gemuk dengan matlamat peniaga cepat untung... dan boleh gandakan hasil. Ayam-ayam tersebut juga kurang bergerak dan banyak lemak...dalam lemak nilah dipercayai terdapat banyak punca penyakit.

Tanaman juga menggunakan baja-baja yang mengubah genetik (GMO) contohnya tembikai zaman dulu ada biji..tetapi tembikai zaman sekarang dah diubah genetik supaya tiada biji...apakah anda masih fikir kandungan nutriennya sama seperti makanan zaman dahulu.??

Dan lagi....Tahukah anda untuk memenuhi keperluan vitamin C tubuh seseorang itu, beliau harus makan lebih kurang 10 biji buah oren (zaman sekarang) yang elok!!! Jadi kalau setakat makan sebiji buah oren belum mencukupi...


3. Saya ingat lagi masa zaman saya kecil-kecil dahulu... Buah duiran hanya berbuah setahun sekali... Tapi hari ini kita boleh dapatkan durian hari2!! Sama seperti padi...dulu setahun sekali..sekarang setahun dua kali...mungkin dimasa depan 3 atau 5 kali sebab kecanggihan teknologi.... Persoalan : adakah kandungan nutrien nya sama seperti dahulu???


4. Zaman sekarang orang dah tak hidup cergas seperti orang zaman dahulu. Orang zaman dahulu tak ada internet, mereka bekerja mengeluarkan peluh seperti bekerja di kebun dan banyak menggunakan tenaga. Hari ini kebanyakkan kita kurang bersenam dan banyak habiskan masa menempuh trafik jem. Maka pengambilan Supplemen dapat membantu mengurangkan stress tingkatkan kadar metabolisma, dapat membantu cara kehidupan kita zaman kini agar kekal sihat

.


5. Zaman sekarang kadar stress semakin tinggi. Stress adalah punca utama kepada kebanyakkan penyakit. Kenapa mereka stress? kerana hidup dizaman sekarang adalah jauh lebih sukar. Orang zaman dulu tak ada tanggung loan rumah 30 tahun..orang zaman sekarang hutang keliling pinggang!! mana tak stress?? Pengambilan Supplemen seperti B complex contohnya memang membantu dalam menurunkan kadar stress.


6. Hari ini persaingan adalah jauh lebih sengit berbanding zaman dahulu. Hanya yang terbaik akan dapat survive. Contohnya dalam peperiksaan..kalau zaman dahulu dalam satu kampung hanya seorang dapat masuk universiti...tapi zaman sekarang setakat lulusan universiti belum tentu dapat kerja.. Maka seseorang perlu tingkatkan prestasi diri untuk menonjol dan cemerlang

Dalam acar sukan juga terbukti bahawa pengambilan makanan yang seimbang dan supplemen yang cukup serta baik dapat meningkatkan prestasi atlet. Ramai olahragawan olimpik telah membuktikannya ... malah bekas Atlet terkenal negara Watson Nyambek juga mengakui keperluan Supplemen dalam membantu beliau berprestasi cemerlang. Beliau mengambil Shaklee.

.

7. Ada orang kata makanlah makanan Sunnah. Memang betul makanan sunnah adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun kualiti makanan sunnah yang dahulu dan sekarang adalah jauh berbeza. Zaman dahulu makanannya suci tak tercemar seperti yang diterangkan dalam point 1 dan 2 diatas. 

Sebenarnya..Jika di kaji semula...dan di fikir kembali, di dalam supplement juga terdapat kandungan makanan sunnah didalammnya...sebagai contoh labu didalam Nurtiferon Shaklee..

Melainkan makanan Sunnah tersebut kita tanam sendiri atau kita telah pastikan kesuciannya, tidak tercemar, tidak menggunakan baja kimia, kambingnya tidak disuntik dsbnya... maka ia memang adalah yang terbaik... 

Tapi ....Disamping makan makanan sunnah yang lainpun kena ikut sunnah juga....
Contohnya cara makan Rasulullah yang penuh hikmah dan sunnah yang lainnya juga harus diikuti.. seperti makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang... dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun ia tak bermakna bahawa pengambilan supplement tidak penting untuk orang zaman ini.


8. Seperti sabda Rasulullah "Antum A'lamu Biumuri dunyakum" (Kamu Lebih Tahu Mengenai Urusan Duniamu.) -Hadith Riwayat At Thabarani..

Maka kita harus trus mengkaji, pelajari dan membuat pertimbangan sebaiknya apa perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan ujian hakikat kehidupan pada masa kini. Pilihlah apa yang terbaik buat diri dan keluarga.. dan janganlah saling merendahkan pandangan orang lain. kita sama-sama cari yang terbaik

Hari ini ramai cendiakawan bidang kesihatan dan doktor-doktor yang telah ubah tanggapan dan mereka kini menyarankan pengambilan Supplemen. Mereka sedar bahawa Pencegahan dan Perawatan adalah dua perkra berbeza. Menjaga keihatan adalah berbeza dengan pengubatan penyakit.

Mereka sedar Supplement bukan ubat.

Jadilah seperti mereka.

Credit to #supermomshakleestory
Video credit to RED COMEL TV

Cara Penyediaan Homemade Chicken Stock Untuk Bubur Bayi

Assalamualaikum & selamat bertemu kembali.

Seperti yang dijanjikan, kali ni akak nak kongsikan cara nak buat homemade chicken stock untuk diguna sewaktu memasak bubur bayi. Masa akak post kat fb menu bubur baby akak Huda yang baru menginjak 8 bulan, ada kawan pm bgtau tak elok letak chicken stock dalam makanan bayi. Sangkanya akak letak chicken stock yang siap dibeli macam jenama maggie atau knorr. Bila akak terangkan stok ayam tu akak buat sendiri, baru dia teruja dan excited nak cuba buat juga.



Senang je sebenarnya nak buat chicken stock ni. Korang boleh buat guna tulang ayam @ boleh guna isi ayam. Kalau guna tulang ayam, lena rebus lama sikit untuk dapatkan patinya. Lepas dah dapat pati tu, bolehlah masukkan dalam bekas kiub dan bekukan.

Akak biasa buat guna isi ayam je. Malas nak merebus lama-lama kalau guna tulang ayam tu. Bahan-bahannya senang je..jom kita tengok bahan-bahan untuk buat chicken stock.

1) Ayam dipotong dadu (ikut suka banyak mana nak.
2) Daun sup jika suka @ apa-apa sayur yang anda suka
3) Air secukupnya.

Caranya; rebus kesemuanya hingga ayam empuk. Setelah itu, sejukkan seketika dan kisar kesemuanya menggunaka  blender hingga halus. Lepas tu, masukkan dalam bekas kiub ais. Pastikan bekas bertutup sebelum dibekukan.

Cara penyimpanan; setelah beku, keluarkan daripada bekas kiub, masukkan dalam plastik, labelkan diluar plastik untuk memudahkan pengecaman dan simpan di bahagian beku peti sejuk. Setiap kali masak bubur bayi anda, bolehlah masukkan seketul kiub dalam bubur. Memang sedap bubur tu. InsyaAllah bayi anda pasti sukakannya.

Simpan dalam plastik lutsinar dan labelkan


Untuk pengetahuan korang, kiub ayam ni boleh disimpan beku sehingga sebulan lamanya. Meh akak belanja gambar kuib ayam homemade yang akak buat. Senang sangat anak buatnya, lepas ni kiub pati bilis pun korang boleh buat. Kadang-kadang nak masak ni kita kena kreatif juga kan?

Ok setakat ni dulu perkongsian kali ini. Moga bermanfaat buat anda semua. Bye..

Oppsss..sebelum tu, jangan lupa tonton video testimoni akak ni ya..hehe


Saturday 16 January 2016

Air Kencing Berbuih Petanda Anda Mengalami Nephrotic Sydrome atau Buah Pinggang Bocor

Assalamualaikum & Salam Bahagia buat semua.

Koang pernah dengar tak penyait Nephrotic Syndrome? Mungkin ada yang biasa dengar tak kuraang juga yang baru pertama kali dengar kan? Haa..akak sejak dok menjual vitamin Shaklee ni, alhamdulillah banyak juga nama-nama penyakit yang tak pernah diambiltahu sebelum ni akak dah dapat info sikit-sikit sebab bila dah dapat customer ada masalah tertentu, akak akan cari maklumat berkenaan masalah atau penyakit tersebut.

Nephrotic Syndrome ni atau dengan kata lain disebut sebagai buah pinggang bocor sebenarnya banyak juga dialami oleh orang kita. Jom baca kisah benar adik Shaklee akak Hartini Badri dan suaminya yang pernah mengalami sendiri pengalaman tragis ini. Moga ada manfaatnya buat korang semua ya.

---------

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??



Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.


Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.


Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.


Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.


Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah. 

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail

---

Jika korang inginkan info lanjut mengenai produk shaklee, boleh contact akak di talian 013.4517098 (Pn. Najihah)


Jumpa lagi korang...bye.

Tips Jimat Masa Sediakan Bubur Bayi Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum & salam ceria buat semua.

Bagi sesetengah ibu, faktor masa menjadi salah satu sebab dia agak 'malas' untuk sediakan bubur bayi. Biasalah seorang ibu..dah nama pun ibu pasti banyak tugas lain yang perlu dilakukan tambahan pula bagi ibu bekerjaya yang hanya mempunyai masa yang terhad untuk melakukan kerja-kerja rumah terutamanya pada waktu hari bekerja.



Untuk masak bubur bayi pula, kadang-kadang memang mengambil masa yang agak lama dari step awal menyediakan bahan-bahan hinggalah nak memasak beras menjadi bubur. Akak dulu pun memang jenis malas juga tapi untuk anak keenam ni, jadi rajin pula bila dah tau tips jimat masa ni. hahaha..sebenarnya ia adalah hasil pembacaan juga, walaupun kita ni dah lama jadi ibu, jangan la malas untuk menambah ilmu ya terutamanya ilmu-ilmu berkaitan keibubapaan, ilmu masak memasak dan lain-lain lagi lah.

Ok, meh akak nak share tips jimat masa sediakan bubur bayi ni. Salah satunya ialah dari segi penggunaan beras. Biasanya akak dulu-dulu kalau masak bubur nasi guna apa-apa jenis beras pun mesti sampai sejam lebih dok merebus beras saja. Akak memang tak pernah guna slow cooker atau apa-apa jenis periuk canggih yang lain. Akak masak bubur anak guna dapur gas biasa je. Kali ni apa kata para ibu semua kisar atau blend dulu beras tu menggunakan blender kering hingga hancur. Kalau nak halus lagi bagus, nanti bubur tu dah masak tak perlu blend lagi, boleh terus bagi bayi makan je sebab dah halus dan lembut. 

Masukkan beras dalam blender

Blend hancur

Blend banyak terus pun boleh, 1 atau 2 pot ke, boleh simpan dalam bekas. Tiap kali nak masak, tuang je 3 sudu besar, basuh guna tapis teh tu dan terus masukkan dalam periuk. Masukkan air, tak perlu banyak sangat kalau 3 sudu besar beras tu, letak je 2 hingga 2 1/2 cawan air. Kalau letak air banyak terpaksa masak lama lak untuk keringkan air tu. Biasanya akak masak 20 hingga 30 minit je. Ha..masa hampir masak tu boleh la tambah sayur apa yang korang suka.

Lagi satu tips jimat masa ialah, korang sediakan awal-awal puri sayuran atau buah-buahan yang korang nak masukkan dalam bubur bayi tu. Korang siap buat masa hujung minggu ke, dan korang jangan tak tahu pulak, puri sayur atau buah tu boleh simpan beku dan tahan sampai sebulan. Untuk Huda ni akak memang buat siap-siap puri sayuran atau buahan tu pada hujung minggu. Masa malam atau awal pagi masak bubur terus masukkan puri tu. Memang jimat masa tak perlu nak potong-potong sayur lagi masa nak buat bubur tu.

Antara puri sayuran yang akak buat. Nanti akak kongsi tentang puri pula ya.


Lagi satu, korang pun boleh buat pati ayam atau pati ikan bilis dan simpan beku. Sama juga nanti tinggal masukkan je waktu bubur nasi hampir masak. Ha..untuk buat puri dan pati ayam tu nanti akak kongsi dalam entri lain ya. Untuk kali ni, akak kongsikan 3 tips ni dulu untuk jimatkan masa korang memasak bubur bayi.

Tak perlu lagi nak tunggu lama-lama beras empuk, tak perlu lagi habiskan masa awal pagi tu nak potong sayur, nak potong ayam dan tak perlu lagi nak blend bubur tu sebab beras dan puri sayuran atau buahan tu kita dah blendkan awal-awal.

Sekarang ni akak memang tengah teruja nak sediakan bubur dan puri untuk pelbagaikan makanan bayi akak Huda. Lagipun Huda dah mencecah 8 bulan, dah boleh bagi macam-macam rasa baru. Masak sambil bergembira je ni, jangan stress-stress lak. Hahaha.. Macamana? Ok tak tips ni? Korang cuba lah nanti..buat masa hujung minggu senang sikit.

Ok sampai jumpa lagi. Bye..

>>> Jangan lupa tonton video akak ni ya..kalau sudi, like la video ni kat youtube tu..<<<


Tuesday 12 January 2016

Pengedar Shaklee Aktif Di Bintulu, Sarawak (COD\POS)

Assalamualaikum.

Saya adalah pengedar Shaklee aktif di kawasan Bintulu Sarawak. Saya menjalankan khidmat COD ke sekitar bandar Bintulu dan kawasan sekitarnya. Pengeposan juga dilakukan melalui perkhidmatan bas dan Pos Malaysia.



Jika anda tercari-cari Pengedar Shaklee aktif di kawasan Bintulu, anda bolehlah berhubung dengan saya melalui whatsApp atau sms ke no 0134517098. InsyaAllah stok vitamin dan produk Shaklee lain sentiasa tersedia untuk anda.

Shaklee adalah produk suplimen yang telah lama berada di pasaran dunia dan Malaysia. Vitalea Shaklee merupakan produk multivitamin pertama di dunia yang berusia lebih 100 tahun. Shaklee adalah produk yang disahkan HALAL, SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM.

Jika anda ingin membeli atau ingin menyertai kami menjalankan bisnees Shaklee, segeralah berhubung dengan saya, Pengedar Shaklee Aktif di kawasan Bintulu Sarawak dan juga seluruh Malaysia.

Sebelum mengundur diri, jom tonton video testimoni saya ni dulu..sampai jumpa lagi..bye..


Sunday 10 January 2016

Pengalaman Menarik Rakaman Video Testimoni Sendiri di Pejabat Supermom

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Kali ni akak nak kongsikan pengalaman menghadiri sesi rakaman video testimoni Shaklee yang di adakan di pejabat Supermom di Shah Alam pada bulan Disember yang lepas. Korang ingat lagi tak tentang peraduan Supermom Shaklee Story yang akak sertai tempohari? Haa..peraduan yang group Supermom Master Hadhatina anjurkan tu..yang tu la..



Dalam peraduan bulan November tu, akak terpilih sebagai pemenang tempat ke-3 dan layak untuk ke peringkat kedua. Pada peringkat kedua kami dikehendaki menjalani sesi rakaman video testimoni tersebut yang akan dijalankan di pejabat Supermom. Dan video-video tersebut akan disiarkan di channel youtube dan perkiraan pemenang berdasarkan 'likes dan views' video testimoni tersebut di youtube.

Alhamdulillah, akak berkesempatan pergi menjalani rakaman video testimoni akak sendiri sewaktu pulang bercuti ke kampung pada bulan Disember lepas. Baru tahu susah rupanya bercakap depan kamera dan depan orang ni. Tak sama tau dengan bercakap atau bagi kuliah kepada pelajar. Sesi rakan akak sampai terpaksa 'cut' beberapa kali. Tak tahu lah orang lain mungkin dah biasa, tapi akak sendiri macam jadi kaku pula bila berada depan kamera.

Tapi, akhirnya berjaya juga menyiapkan rakaman tersebut. Dan setelah diedit oleh pihak Supermom, inilah hasil video testimoni set kehamilan dan berpantang Shaklee dari akan sendiri. Korang jangan senyum-senyum tau tengok 'kekakuan' akak dalam video ni. Hehe..

Haa..lepas ni boleh la ramai-ramai tengok, lepas tu bagi 'like' dan 'share' video testimoni akak ni di fb atau blog korang. Mana tahu kan, hasil dari sokongan korang semua, akak terpilih sebagai pemenang nanti kan?! InsyaAllah kalau dah rezeki takkan ke mana. Tapi sebenarnya akak ni suka-suka je join Pertandingan Supermom Shaklee Story ni. Kata orang, nak memeriahkan suasana sambil-sambil dapat kongsi kebaikan Shaklee..ok..jom tgk video akak ni ya..jeng..jeng..jeng.. selamat menonton!




Jumpa lagi ya.

Saturday 2 January 2016

Selamat Tinggal 2015...Selamat Datang 2016!

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum & selamat bertemu kembali. Didoakan agar anda semua dirahmati Allah sentiasa.

Sudah masuk hari kedua kita melangkah ke tahun baru 2016. Pasti kita semua mengharapkan kedatangan tahun baru ini membawa 1001 kebaikan, kejayaan, kekayaan, kebahagiaan dan segala yang positif buat kita.

Saya mengharapkan agar kita dapat mengambil iktibar dari segala peristiwa yang berlaku pada tahun 2015 yang lalu. Apa yang baik kita jadikan pengajaran dan tauladan, yang tidak baik kita jadikan sempadan. Tinggal dan buangkan jauh-jauh segala sifat negatif yang kita ada pada tahun lalu, sebaliknya tanamkan azam untuk menjadi insan yang memiliki segala sifat positif pada tahun 2016 ini.

Dan bagi saya sendiri, saya amat mengharapkan agar kedatangan tahun 2016 ini membawa bersama kebaikan dan rahmat Allah SWT. Saya amat mengharapkan agar saya dapat bertukar tempat kerja ke negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman sementelaah suami saya dah dapat pindah mengajar di sana. Saya juga berharap akan dapat meningkatkan prestasi dan kualiti dari sudut ibadah, kehidupan peribadi, kerja hakiki, bisnes, kehidupan keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

Sama-samalah kita menanam azam untuk menjadi insan yang lebih baik pada tahun 2016 ini berbanding tahun sebelumnya.

Selamat Tinggal 2015, Selamat Datang 2016!

Sehingga bertemu lagi..bye!