Friday 13 March 2015

SEDEKAH MENJADIKAN KITA MAKIN 'KAYA'

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan salam kemesraan buat semua.

Di pagi Jumaat yang mulia ini, tiba-tiba diri ini rasa terpanggil untuk berkongsi tentang kebaikan bersedekah. Kebetulan pula awal-awal pagi ni leader Shaklee kami ada kongsikan video tentang kebaikan bersedekah dalam group Shaklee iReach. Dan sementelaah pula malam tadi saya ada memberi tazkirah berkenaan tajuk kelebihan bersedekah sewaktu program bacaan Yaasin bersama sahabat-sahabat muslimat Bintulu di rumah seorang penduduk tempatan di sini.

Mungkin kebanyakan daripada kita pernah mengalami situasi bilamana hendak menghulurkan sedekah atau derma, pasti kita akan membuka dompet dan membelek-belek jumlah wang yang ada sambil berkira-kira berapa RM yang akan kita hulurkan. Dan akhirnya, tangan kita dengan segala susah payahnya (kerana berperang dengan hati dalam membuat pilihan) mengambil wang yang paling sedikit nilainya dalam dompet itu. Jika ada wang RM100, RM50, RM10 dan RM5, pasti RM5 yang kita hulurkan. Dan jikapun ada yang menghulurkan RM100, selepas dah hulurkan sumbangan itu, syaitan mula berbisik-bisik..'kenapa la aku beri RM100 tu..kalau tak macam-macam dah dapat aku beli dengan wang sebanyak itu.." dan macam-macam bisikan lagi.

Begitu lumrah hidup manusia, kita sentiasa akan digoda oleh syaitan saat kita melakukan amal kebajikan. Kadang-kadang kita terdetik, 'macam mana aku nak bersedekah sedangkan duit aku pun cukup-cukup makan'. Kenapa pula agama kita menyarakan agar kita sentiasa bersedekah supaya rezeki kita makin bertambah? Pelik, makin memberi makin banyak kita dapat! Sedangkan secara logiknya lagi kita memberi, lagi berkuranglah harta yang kita ada!

Ya, itulah keberkatan SEDEKAH! Makin banyak kita memberi, makin KAYA kita jadinya! "KAYA" membawa pelbagai dimensi. Kaya harta, kaya jiwa, kaya rohani, kaya ilmu, kaya adab sopan, kaya anak-anak dan pelbagai lagi bentuk kekayaan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:

" Perumpamaan orang yang menginfaqkan (menderma) hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui.."

Sedekah umpama sebiji benih yang ditanam mengeluarkan 7 tangkai dan setiap satunya terbit 100 cabang..


Maksud ayat ini jelas menunjukkan ganjaran berlipat ganda yang Allah akan kurniakan bagi mereka yang bersedekah pada jalan Allah. Umpamanya, satu yang diberi, kita akan dapat balik dalam gandaan tujuh dan setiap satunya pula ada lagi 100 cabangnya.  Ini menunjukkan kepada kita bahawa dengan bersedekah kita akan menjadi semakin 'kaya'.

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "apabila matinya anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya di dunia ini melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.." Jika kita banyak bersedekah sewaktu hayat kita, bukan sahaja ganjarannya akan kita perolehi sewaktu di dunia bahkan ia akan berpanjangan sehingga ke akhirat kelak.

Sedekah menjadikan kita makin 'kaya'


Antara kelebihan bersedekah:

1) Dapat mensucikan diri dan jiwa kita dari sifat-sifat mazmumah seperti tamak, haloba, sombong, kedekut dan sebagainya lagi. Dengan bersedekah secara tak langsung menggambarkan seseorang itu jiwanya kaya dengan sifat-sifat mahmudah seperti rendah diri, suka memberi, tidak sombong, pemurah dan seumpamanya.

2) Dapat mensucikan harta kita kerana setiap harta dan kekayaan yang kita dapat sebenarnya terselit hak-hak dan bahagian untuk orang-orang tertentu juga. Dengan cara bersedekahlah kita dapat membersihkan harta kita daripada segala kotoran yang kadangkala tidak kita sedari.

3) Bersedekah dapat menanam sifat kehambaan kita kepadaa Allah SWT kerana kita harus sedar bahawa segala apa yang ada dimuka bumi ini adalah milik Allah. Walau sekaya mana pun kita, semua harta itu tidak akan di bawa mati..kecualilah 3 perkara seperti yang disebutkan dalam hadis di atas.

Allah SWT menjanjikan bahawa, sesiapa yang meringankan kesulitan saudaranya ketika di dunia, insyaAllah Allah akan memudahkan urusannya di akhirat kelak. Jadi perbanyakkanlah sedekah sewaktu hayat kita di dunia ini, mudah-mudah ganjarannya akan kita peroleh di akhirat sana. Jika kita menghadapi masalah ketika hidup kita yang tidak terungkai sekian lama, cubalah bersedekah dari harta yang kita ada kerana mungkin segala kesulitan itu berlaku akibat daripada hak-hak oang lain dalam harta kita yang belum kita tunaikan.

Begitu juga sekiranya kita rasakan rezeki kita serti tersekat-sekat, tak masuk dengan lancar..ada saja musibah yang melanda..cubalah perbanyakkan sedekah. Kerana janji Allah itu pasti. Allah akan ganjarkan sesuatu yang berlipat ganda buat kita. Lagi kita memberi, lagi banyak kita akan mendapat ganjaran daripada Allah..dan makin 'KAYA' kita di sisi Allah SWT. Jom sama-sama tonton video ini sebagai satu peringatan baik buat kita tentang amalan bersedekah.


Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.


Wallahua'lam. Setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Moga bermanfaat buat diri saya dan anda semua. Jumpa lagi.
   

Tuesday 10 March 2015

RESEPI MUFFIN PISANG COKLAT GEBU YANG MESTI ANDA BUAT

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Entri kali ni saya nak kongsikan dengan para pengunjung semua resepi Muffin Pisang Coklat yang sangat mudah untuk membuatnya. Sesiapa yang tak ada oven pun boleh buat sebab resepi ni hanya menggunakan periuk pengukus. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Anak-anak saya pun sukakan muffin ni.

Nak memasak ni kadang-kadang kena pandai olah mengolah resepi sedia ada. Orang kata kena kreatif juga di dapur. Resepi ni macam biasa saya olah dari buku resepi yang saya ada. Sebelum ni dah pernah buat ikut resepi buku tapi rasanya agak manis, jadi saya kurangkan sikit gulanya. Masa menyediakan adunan resepi ni kejab je dan masa memasak pun tak lama. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.



Bahan-Bahannya:

BAHAN A
1 cawan pisang masak yang dah dilenyek. Boleh menggunakan sebarang jenis pisang. Biasanya pisang emas. Tapi saya buat ikut baki pisang yang ada di rumah. Kali ni saya guna pisang awak (orang Kedah sebut), pisang yang dibuat goreng pisang tu.
1 cawan minyak masak.
3/4 cawan gula halus / gula kastor.
2 biji telur

BAHAN B (Diayak bersama)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara Membuatnya:
1. Masukkan kesemua Bahan A ke dalam mesin pengisar, kisar beberapa ketika hingga sebati.
2. Dalam bekas lain, masukkan Bahan B yang telah diayak tadi.
3. Kemudian tuang Bahan A ke dalam bekas Bahan B dan kacau hingga sebati dan tiada ketul-ketul.
4. Sementara itu, panaskan periuk kukusan.
5. Masukkan adunan dalam acuan. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak. Pastikan air betul-betul menggelegak.

Anda semua mesti mencuba resepi ni. Sangat sedap, gebu dan lembut hinggakan anak saya yang tak suka pisang pun kata sedap. Anda boleh guna kreativiti anda untuk masukkan bahan tambahan seperti coklat rice dan sebagainya. Maaf saya punya muffin bentuknya kurang elok sebab tadi tercari-cari acuan tak jumpa. Akhirnya pakai je cawan utk buat kek cawan sebab tu dia jadi mengembang sebab cawan kertas.

Selamat mencuba resepi saya kali ni. Saya amat alu-alukan komen anda jika terdapat sebarang pertanyaan yang ingin dikemukakan atau ingin kongsikan hasil masakan yang telah anda cuba terutamanya dari blog ini.

Sekian, sehingga bertemu lagi. Bye bye..

Monday 9 March 2015

KISAH SAYA DAN SHAKLEE

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang dikasihi.

Ada kalangan rakan dan kenalan saya sering bertanya, kenapa saya menjalankan bisnes Shaklee secara part-time sedangkan saya sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai Pensyarah yang telah memegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) di sebuah universiti awam yang terkenal pula. Apa agaknya yang membuatkan saya terus bersemangat untuk terlibat dengan bisnes ini walaupun saya agak sibuk dengan kerjaya hakiki dan uruskan keluarga dengan anak-anak seramai 5 orang (bakal menimang anak ke-enam tidak lama lagi)? Bahkan adakalanya saya turut terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat, menerima undangan pihak-pihak tertentu sebagai panelis, penceramah, pentazkirah dan juga terlibat dengan kerja-kerja amal untuk masyarakat Islam setempat.

Secara jujurnya, pada awal perkenalan saya dengan Shaklee, saya hanya menjadi pembeli vitamin Shaklee untuk diri sendiri selama setahun. Lepas setahun iaitu pada September 2012, Allah bukakan hati saya untuk menjadi ahli Shaklee, itu pun niat asalnya hanyalah untuk mendapat harga ahli setiap kali membeli produk Shaklee. Dan sementelaah pula, saya sememangnya amat berpuashati dengan vitamin Shaklee yang dah saya amalkan selama setahun sebelumnya.

Kenapa agaknya saya terpikat untuk membeli vitamin Shaklee sedangkan banyak lagi jenama lain yang berada di pasaran?

Setelah membuat sedikit pencarian dan 'penyelidikan', beberapa kriteria yang ada pada Shaklee menyebabkan saya tertarik untuk menjadikan vitamin Shaklee sebagai suplimen harian saya. Antara sebabnya:

1) Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America (ISA), badan antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM dan sijil ini diperbaharui setiap tahun. Rujukan lanjut mengenai Badan Yang Diiktiraf JAKIM sila klik link tertera. Sebagai umat Islam, status kehalalan sesuatu produk patut berada pada kedudukan pertama sebelum kita membuat pilihan. 

2) Shaklee telah lama bertapak dan terkenal sebagai sebuah syarikat nutrisi semulajadi no. 1 di Amerika Syarikat dan sudah tentunya di Malaysia. Jadi, saya tidak gusar lagi untuk memilih Shaklee sebagai makanan tambahan saya dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan keluarga saya. Shaklee juga telah mencipta multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 oleh Dr. Forest C. Shaklee dan sejak itu syarikat ini terus mencipta pelbagai lagi produk produk kesihatan semulajadi yang lain.

3) Produk Shaklee telah melalui pelbagai ujikaji R&D bagi memastikan ketulinan dan keberkesanan produknya. Syarikat ini telah melaburkan hampir US300 juta Dolar Amerika dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Oleh sebab itu saya merasa lebih selamat untuk memilih suplimen shaklee memandangkan semua produknya telah menjalani ujikaji klinikal yang sepatutnya.

4) Produk Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Ini juga merupakan faktor penting mengapa saya memilih Shaklee sebagai suplimen harian dan sumber untuk menjana pendapatan. Standard yang dimiliki oleh Shaklee memang tiada tandingan memandangkan Shaklee telah menjalankan lebih daripada 350 ujian untuk setiap ramuan baru bagi mengesan bahan pencemaran berbahaya dan menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahunbagi memastikan ketulinan dan kebolehan potensi sebenar. Pelbagai penerbitan hasil daripada ujikaji yang dijalankan juga telah diterbitkan bagi membuktikan keberkesanan dan kualiti produk-produknya.

Apa yang saya dapat setelah sertai Shaklee?

Pada awalnya niat asal saya jadi ahli Shaklee hanyalah untuk membeli dengan harga ahli iaitu diskaun antara 15 - 20% daripada harga jualan. Pada masa tu saya ambik keputusan untuk join Shaklee selepas lebih setahun menjadi pengguna tegar Shaklee setelah merasai sendiri keberkesanannya terhadap diri dan keluarga saya. Tahap kesihatan saya, suami dan anak-anak bertambah baik setelah mengambil Shaklee sebagai suplimen harian kami.

Selepas 2 minggu menjadi ahli Shaklee, saya terfikir sendirian.. "kenapa aku tak share je kebaikan Shaklee ni pada kawan-kawan supaya ramai lagi yang dapat hidup sihat dengan Shaklee?". Daripada mengadap fb sesaja, dapat juga saya berkongsi kebaikan dan manfaat Shaklee dengan orang lain. Alhamdulillah, perkongsian saya di fb tentang Shaklee mendapat feedback yang baik daripada rakan-rakan fb saya.

Sebelum ni saya mengadap fb hari-hari tanpa dapat apa-apa faedah sangat, bahkan kadang-kadang banyak buang masa, tambah dosa, terjebak dengan aura-aura negatif  tapi lepas join Shaklee dan mula serius berkongsi kebaikan Shaklee, pelbagai kebaikan dan manfaat yang saya dapat daripadanya. Bahkan dalam group Shaklee kami sendiri amat ditekankan tentang amalan-amalan baik yang wajib diamalkan selain menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Dari segi kerohanian, banyak juga manfaat yang saya dapat sejak join Shaklee ni. Mungkin juga saya mendaftar di bawah group yang amat mementingkan amalan-amalan rohani sebegini. Bahkan antara kami saling ingat mengingati dan saling menyeru supaya berbuat kebaikan. Saya juga dapat kenal ramai ahli keluarga Shaklee yang amat rapat, yang boleh berbincang tentang pelbagai perkara sama ada berkaitan bisnes Shaklee mahupun di luar daripada bisnes ini.

Walaupun saya hanya menjalankan bisnes Shaklee ni secara part time, hanya dengan berkongsi kebaikan Shaklee di fb dan kadang-kadang bercerita dengan kawan-kawan secara offline, saya dapat bantu suami dan keluarga untuk menjana pendapatan bulan. Bermula dari bonus 3 angka, ia meningkat menjadi 4 angka dan 5 angka! Bahkan lebih daripada gaji hakiki yang saya terima. Alhamdulillah...saya sangat bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan buat saya dan keluarga. Dan sudah semestinya semua itu tak akan saya kecapi jika saya masih rasa malu-malu dan malas untuk berusaha. Untuk pengetahuan semua, saya hanya berkongsi mengenai kebaikan Shaklee di luar waktu kerja iaitu petang, malam dan hujung minggu atau cuti umum.

Mungkin juga disebabkan minat berniaga dan kecintaan saya terhadap produk dan bisnes Shaklee menyebabkan saya tidak rasa letih untuk melakukan ini semua. Saya juga sangat gembira apabila sama-sama dapat membimbing rakan-rakan dan anak-anak Shaklee saya mencapai apa yang mereka inginkan. Dan kebelakangan ini saya mula berjinak-jinak dengan blog pula. Saya berkongsi kebaikan Shaklee melalui blog, yang merupakan 'pelaburan' jangka panjang saya dalam bisnes Shaklee ini.

Selain daripada cash bonus, saya juga sudah merasa bonus kereta yang Shaklee beri setiap bulan juga dalam bentung tunai. Bergantung kepada pengedarnya untuk gunakan bonus itu membeli kereta atau apa-apa sahaja. Alhamdulillah..bonus kereta saya juga sudah mencapai 4 angka.

Saya dan suami ketika menerima replika kunci kereta pada Shaklee National Conference 2014
Dan yang paling tak tergambar di fikiran saya sewaktu sertai Shaklee ialah bonus pelancongan daripada Shaklee. Sungguh tak saya sangka macam-macam bonus yang Shakler ganjarkan kepada para pengedarnya yang bertungkus lumus menjalankan bisnes mereka. Dan alhamdulillah saya adalah salah seprang daripada mereka ini. Selepas setahun lebih menyertai Shaklee, saya dapat melancong secara PERCUMA ke USA iaitu pada bulan Ogos 2014 yang lalu.


Bergambar dengan latar belakang Golden Gate Bridge di Sans Francisco sewaktu trip percuma Shaklee Ogos 2014

Setelah lebih dua tahun saya join Shaklee, saya berasa amat bahagia berada dalam kalangan insan-insan positif yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk terus kaya dan berjaya dalam hidup bukan hanya untuk kepentingan peribadi tetapi juga untuk membantu mereka yang amat memerlukan. Dan dengan asbab Shaklee juga, Allah gerakkan hati saya untuk serta Seminar Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan kendalian Dr. Azizan Osman pada Februari 2015 yang lalu. Amat banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada saya selama ini dan salah satu daripadanya yang amat saya syukuri ialah Allah bukakan hati saya untuk serius berkongsi kebaikan Shaklee untuk kebaikan semua.
Bersama ahli keluarga Shaklee ketika berada di Global Conference Shaklee, Long Beach USA 

Antara perkara yang paling manis sejak menjadi Pengedar Sah Shaklee adalah setiap kali mendapat feedback positif daripada pelanggan selepas mereka menggunakan vitamin Shaklee. Seronok kerana dapat membantu ramai orang untuk hidup lebih sihat dengan Shaklee dan sudah pastinya atas izin Allah SWT jua.

Jika anda di luar sana yang masih tercari-cari dan terfikir-fikir terutamanya para suri, bagaimana untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga, jangan malu jangan segan untuk hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes Shaklee. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam Shaklee sebenarnya adalah dari kalangan mereka yang bergelar suri rumah. Hanya bekerja dari rumah tetapi berjaya mendapat pendapatan sehingga mencecah 5 - 6 angka. Saya boleh dihubungi melalui wassap atau sms ke 013-4517098 @ melalui fb @ fb page saya ummihusna vitashop.

Sekian dulu coretan saya untuk kali ini. Walaupun agak panjang, harap anda semua tak bosan membacanya. Moga dapat bertemu lagi di lain masa. 

Akhirnya, jom sama-sama kita saksikan video hebat ini..


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.

Sunday 8 March 2015

RESEPI KEK MENTEGA PALING SEDAP DAN MUDAH

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali buat semua pengujung blog ini.

Kali ni saya nak share resepi Kek Mentega paling sedap dan nak buatnya pun mudah. Bahan-bahan basic je diperlukan. Sebenarnya dah beberapa lama juga hasrat hati nak buat kek ni untuk santapan kami sekeluarga tapi disebabkan kekangan masa asyik bertangguh je.

Alhamdulillah petang tadi saya diberi kesempatan masa untuk mem'baking' Kek Mentega ni untuk anak-anak selepas lebih seminggu mixer dan oven kat rumah ni berehat. Resepi ni saya olah sedikit dari buku resepi yang saya beli beberapa tahun lepas. Jom kita tengok bahan-bahannya.



Bahan-Bahannya:

1 buku mentega / 250 gm margerin (suhu bilik).
200 gm gula kastor.
290 gm tepung gandum.
2 sudu kecil soda bikarbonat - diayak bersama tepung.
(boleh juga gunakan tepung naik sendiri dan tak perlu tambah soda bikarbonat lagi)
1 sd esen vanilla.
4 biji telur
4 sudu makan susu cair atau susu segar.
Sedikit coklat cip / coklat rice / kismis jika suka.

Cara Membuatnya:

1) Pukul mentega & gula kastor menggunakan mixer atau manual sehingga kembang.
2) Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
3) Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan.
4) Akhir sekali masukkan tepung berselang seli dengan susu cair tadi dan pukullah hingga sebati.
5) Sementara itu panaskan oven pada suhu 185 darjah celsius selama 10 minit.
6) Sapu loyang dengan mentega dan alaskan dengan kertas minyak jika perlu.
7) Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Kemudian taburkan coklat cip / coklat rice / kismis jika suka.
8) Bakar pada suhu 185 darjah celsius selama 50-60 minit atau sehingga masak. Suhu dan tempoh bergantung kepada jenis oven.

Kek ini sedap dimakan ketika panas mahupun sejuk. Bila dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Mudah kan?

Selamat mencuba dan jumpa lagi..

KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum..didoakan anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti anak-anak sepanjang hari, kelmarin. Dan seperti biasa, ummi pun kena join juga aktiviti anak-anak sebagai tanda sokongan buat mereka. Sebagai ibu bapa, amat penting bagi kita memberikan sokongan terhadap kecenderungan dan minat anak-anak supaya mereka terus bersemangat dan merasa dihargai atas segala usaha mereka.

Anak-anak kembar saya Husna dan Husni terlibat sebagai wakil sekolah dalam acara Action Song dan Nasyid peringkat bahagian Bintulu. Kedua-dua acara berlangsung di tempat yang berbeza sementara anak saya yang belajar di Pasti Bintulu juga terlibat dengan lawatan sekolah. Kiranya pagi kelmarin agak kelam kabut uruskan anak-anak mengalahkan hari sekolah. Alhamdulillah juga tempat lawatan Pasti dengan tempat pertandingan Action Song tidak jauh antara keduanya.

Akhirnya, anak sulung Haziq yang berusia 11 tahun tolong temankan adiknya Hakim ke lawatan Pasti, ummi dan Hanis ke Dewan Suarah beri sokongan untuk Husna dan kawan-kawan dalam pertandingan Action Song. Sementara Husni ditemani oleh babanya untuk hadir ke Majlis Tilawah Quran dan Festival Nasyid untuk sekolah rendah dan menengah.

Kebetulan pula, lepas je tamat acara action song, ummi terpaksa bergegas ke acara nasyid sebab babanya terlibat pula dengan urusan jenazah kenalan baik di Bintulu ni yang baru meninggal pagi kelmarin. Alhamdulillah, setibanya di Martabat tempat acara nasyid berlangsung ummi terus bergegas masuk dewan, gembira rasa hati kerana kumpulan nasyid SK Agama yang diwakili Husni baru nak memulakan persembahan. Sempat juga ummi tengok anak ummi jadi pemain shaker dan tambourine kat belakang tu.

Husni, duduk 2 dari kiri bersama guru dan rakan-rakan

Untuk acara Action Song, kumpulan SK Agama hanya mendapat tempat saguhati. Wajah Husna dan kawan-kawan agak kecewa tapi para ibu bapa dan guru saling memberi kata-kata semangat dan peransang supaya anak-anak dapat menerima hakikat bahawa dalam pertandingan semestinya ada kalah dan menang. Yang penting usaha gigih dan semangat berpasukan yang mereka tunjukkan.

Sementara Husni dan kawan-kawan pula mendapat tempat ketiga acara nasyid walaupun mereka target untuk mendapat tempat pertama. Sebagai ibu, saya merasakan mereka sudah buat yang terbaik. Para guru juga dah beri komitmen yang sangat tinggi untuk melatih anak-anak murid mereka. Mudah-mudahan anak-anak dapat belajar sesuatu dengan menyertai pertandingan dan mewakili sekolah dalam acara-acara terbabit.

Husna berdiri 4 dari kanan.

Pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada pelajaran dalam kelas semata-mata tetapi juga melibatkan unsur-unsur luaran kelas yang banyak mengajar anak-anak kemahiran-kemahiran lain yang tidak terdapat dalam buku. Umpamanya seperti kerja berpasukan, keyakinan diri, keberanian, semangat juang yang tinggi, berani mencuba sesuatu yang baru dan sebagainya lagi. Saya amat mengharapkan agar apa sahaja ilmu yang anak-anak dapat di dalam dan luar kelas dapat membentuk mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, babgsa dan negara suatu hari nanti.

Sekian dulu coretan saya untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi pada masa lain. Bye bye..


Sunday 1 March 2015

REVIEW SHAWL INDAHIJABBE SELEPAS SETAHUN LEBIH MEMBELI...

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Kali ni saya nak buat "review" sikit tentang shawl yang sudah lebih setahun rasanya saya membelinya di Butik Indahijabbe yang terletak di Bangi Gateway. Bayangkan masa saya membeli tudung ni, kedai-kedai di Bangi Gateway masih banyak yang belum buka dan butik ni pun baru beroperasi di situ pada waktu itu. Ketika itu saya berulang alik ke Bangi dari Bintulu kerana sedang menyiapkan urusan akhir tesis PhD saya di UKM.

Kenapa baru sekarang nak bagi review? Sebabnya baru sekarang saya tahu cara macamana nak pakai dan ia nampak labuh. Bayangkan dah lebih setahun terperap, selepas banyak kali juga saya cuba memakainya, tapi setiap kali pakai mesti lepas pusing-pusing jadi pendek pada pandangan saya dan tak memenuhi kriteria kelabuham tudung yang saya sendiri tetapkan untuk kegunaan saya..hahaha..

Bukannya apa, kadang-kadang instamt shawl ni bila dipakai nampak labuh di depan tapi bila pusing belakang rupa-rupanya singkat. Shawl Indahhijabbe ni boleh dikategorikan sebagai instant shawl juga. Rupanya lebih kurang sama dengan shawl nealofar. Dah siap dijahit, hanya sarung dan pusing sahaja. Saya tak pasti mungkin sekarang dah banyak pilihan lain di butik berkenaan.

Saya terpanggil untuk share tentang kelabuham tudung ni bilamana hari ni terdetik nak mencuba lagi. Dan bila saya pakai dan pusing dengan cara baru (tak ikut dah cara lama yang biasa saya pakai awal-awal dulu), dan alhamdulillah ia boleh jadi labuh depan dan belakang rupa-rupanya. Punyalah lama saya tak guna shawl ni semua sebab kononnya tak memenuhi kriteria saya. Dah terfikir-fikir je nal infaq kat siapa lah shawl-shawl ni. Bayangkan saya siap beli 5 helai shawl ni dulu. Nasib, selamat dan lepas ni boleh la pakai di waktu santai.

Kalau ada antara pembaca semua yang meminati tudung labuh, boleh jenguk-jenguk ke butik Indahijabbe di Bangi Gateway. Jika anda ingin mlihat koleksi terkini, anda boleh klik www.indahijabbe.com. Mungkin sekarang pun dah ada macam-macam lagi jenis kain dan bentuknya. Kain ni saya tak pasti nak sebut kain apa. Tapi yang pasti ianya tak perlu digosok!

Ok setakat ini dulu perkongsian saya. Jumpa lagi..